Tengku Seducer: 7

5.5K 397 23
                                    

IAN mencari media sosial milik Alessandra. Tak tidur semalaman dia memikirkan alternatif terakhir untuk dia menghubungi wanita itu. Dari semalam, Alessandra mengabaikan pesanan dan panggilannya. Pasti masih berkecil hati.

Tangannya berhenti mengetik pada satu profil Instagram.

'@thesandra_' 

Melihat kepada gambar profil, dan posting, sahlah ini Alessandra. Fuh, nasib baik wanita itu tidak private Instagramnya. Satu persatu postingan milik Alessandra diperhatikan dan dibaca.

'Drinking coffee with loves'
'Red roses, my favourite ❤️'

Tepat, satu story daripada Alessandra tiba-tiba muncul.

2 minit yang lepas! Location dibaca.

Ian senyum senget. Nak lari mana Malaiqa?



"Kau seriuslah putuskan hubungan kau dengan tengku Dilan? Habis itu misi kau macam mana?" Soal Dahlia. Mulutnya sibuk mengunyah roti.

"I don't care anymore. He's too annoying. Aku penat. Aku dah buat macam-macam tapi mata dia asyik pandang perempuan abaya itu," balas Alessandra.

"Perempuan abaya mana pula babe? Ramai betul perempuan dia." Dahlia berkerut.

"Memang. He's a professional playboy. I benci dia," ujar Alessandra.

"Alah, chill babe. Kenapa kau marah sangat ini? Sebelum-sebelum ini pun sama aje perangai diorang dengan tengku Dilan. Tak ada pun kau nak mengamuk sampai begini," bidas Dahlia.

Dia pelik dengan perangai Alessandra yang berubah sejak jalankan misi menggoda tengku Dilan. Mana tidaknya, tak pernah-pernah Alessandra berputus asa semudah ini.

"Tengku Dilan lain. Lelaki-lelaki tua itu lain."

"Apa yang lain?" Dahlia tersenyum penuh makna.

"Dia-"

"Hai koala," bisik satu suara datang dari arah belakang.

Sepantas kilat, Alessandra memalingkan kepala memandang ke arah suara itu. What the.. Tengku Dilan?!

Mukanya dimasamkan. "What are you doing here?"

Ian mengabaikan soalan Alessandra, malah dia memandang Dahlia. "Hey, aku nak pinjam kawan baik kau sekejap boleh?"

Dahlia terpinga-pinga. Lelaki mana pula ini? Tak akanlah Sandra lakukan dua kerja dalam satu masa?

"B-boleh tapi you siapa? You kawan Sandra ke?"

Alessandra ternganga. Apa bodoh sangat Dahlia ini pergi tanya tengku Dilan dia siapa?

"Kenapa you minta izin Dahlia? You patut minta izin I," selar Alessandra tidak berpuas hati.

"Okay then, gangster koala. Aku nak pinjam kau sekejap boleh?" pinta Ian dengan suara gemersiknya.

"Too bad, tengku. Tak boleh. Sebab apa? Sebab I taknak. Pergi balik," ujar Alessandra mendatar. Langsung dia tak ingin nak hadap muka Ian.

"Betul taknak?" bisik Ian tepat-tepat di sebelah telinga Alessandra.

Alessandra mendengus kasar. "You tak faham ba-"

Strett

Terdiam Alessandra apabila Ian menolak kerusinya kebelakang dan diangkat tubuhnya ke atas bahu bidang Ian.

"Turunkan I! Ian!" Belakang badan Ian didebik berkali-kali.

Baru sahaja Dahlia ingin bangkit menolong kawannya, Ian menghalang.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now