Tengku Seducer: 22

7K 477 30
                                    

Habis berpeluh Ian dan Mighdad setelah selesai berlumba motor dengan kumpulan yang lain. Masing-masing taknak kalah tunjukkan skil baru. Baru sahaja dia ingin mencari Alessandra, sosok tubuh isterinya melangkah laju ke arahnya. Tahu-tahu je orang rindu.

"Wifey baby, where have you been? Dah buat kawan baru ke?" tegur Ian sejurus sahaja Alessandra berdiri tegak di hadapannya. Tegang sahaja raut wajah isterinya.

"Tepi. I nak pinjam baby Black you," arah Alessandra tegas.

Kening Ian bertaut pelik. "Nak pinjam dia buat apa? Baik pinjam tuan dia sayang. Hm? Nak tak? Naklah please."

"I tak ada masa nak layan you punya mengada. You tahu tak budak-budak perempuan dekat sana itu cabar I race dengan diorang?"

"Siapa?"

"Zaila and the shits," jawab Alessandra selamba.

"Pft." Ian tergelak. Rasa kelakar pula gelaran itu.

"It's not funny Ian. You tahu tak dia panggil you 'cinta'? Lepas itu, dia tak percaya I isteri you. Nampak sangat selama ini you pura-pura you single!" tuduh Alessandra melulu.

"Hey, sayang. Tak baik tau tuduh suami sendiri macam itu. Aku jarang jumpa diorang, sebab itu diorang tak tahu perkembangan hidup aku. Okay, okay lepas ini aku janji aku beritahu yang kita dah berkahwin dekat satu dunia. Boleh?"

"Dah terlambat. I dah sahut cabaran dia. Baik you ke tepi. Bagi I pinjam baby Black you atau I pinjam lelaki lain punya? Choose Ian Hayf," ugut Alessandra. Dia tahu Ian tak akan beri keizinan untuk dia berinteraksi dengan lelaki lain.

Ian menarik kepala Alessandra untuk dekat dengannya. "Aku boleh mati kalau tengok kau mintak pertolongan lelaki lain sedangkan suami kau ada dekat sini. Guna baby Black aku."

Tiba-tiba suasana menjadi riuh-rendah dengan tepukan yang bergema dan sorakan gembira. Ah, Zaila sudah tiba di garisan permulaan.

"Kau betul ke nak race dengan dia itu? Zaila salah seorang racer profesional dalam kumpulan ini," tanya Ian khuatir.

"You risaukan I atau risaukan dia? Baik you pilih sekarang!" Kolar jaket Ian dicengkam erat.

"Of courselah aku pilih isteri aku. Cuma, aku risaukan kau sebab aku tak pernah tahu pun kau pandai race?"

"Banyak lagi you tak tahu pasal I. You sendiri pernah kata, I tak perlu risaukan diri I sebab you ada untuk risaukan I. So just enjoy the show husband, I will win you over." Alessandra kenyitkan mata.

God damn, she's hot.

•••

Mereka sekarang bersiap sedia di garisan permulaan. Ian sibuk membantu Alessandra memakai helmet dan jaket kulit miliknya disarungkan kepada sang isteri sebagai perlindungan tambahan.

"Ingat sayang, kau menang atau kalah, aku tetap milik kau," pesan Ian dengan rasa resah di hati.

Alessandra tersenyum sinis. "Tak ada istilah kalah dalam hidup I."

"Tapi kau selalu je kalah dengan godaan aku. Maklumlah, aku kan seksi," selar Ian.

"Oh shut up, Ian." Alessandra mendengus perlahan. Apalah ubat untuk lelakinya yang kuat perasan ini?

Tak menunggu masa yang semakin suntuk, Alessandra dan Zaila masing-masing menyiapkan diri. Sesekali Alessandra menderumkan enjin motor sekadar ingin menambahkan rasa gerun dalam hati perempuan itu.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon