Ariff hanya menjeling lalu turut membaringkan tubuh disebelah Aira. Tubuh kecil Aira ditarik untuk dia dakap.

"Ish, tepilah." Aira menampar tangan Ariff. Tapi Ariff tidak menghiraukannya. Aira menjelingnya lalu tidur membelakangi Ariff.

Tolonggg! Saya single. Macam mana saya boleh sesat dekat sini ni?

☜⁠ ☞

Menyinar mata Aira memandangnya. Dia terus berlari lalu memeluk figura tersebut.

Tangisan perlahannya dilepaskan dibahu figura itu.

"Ish mak budak ni. Cengeng betul." Syaz membalas pelukan tersebut.

Air mata tidak berhenti mengalir. Sudah setahun dia tidak melihat sahabatnya, akhirnya. Keluar juga kau dari terus meringkuk dalam penjara tu.

HAHAHAHAH. Tak-tak. Gurau-gurau.

Syaz mengusap lembut kepala Aira. Aira melepaskan pelukan rindunya.

"Aku minta maaf Syaz.."
.
.
.

"Ha, ni! Kau nak tahu takk!?" Syaz menepuk-nepuk peha Aira. Aira terus berpaling memandangnya.

"Apa-apa? Gosip hangat ker?" Aira menyoal. Syaz pula mengangguk laju.

Amboi dua mak budak ni! Bab nak mengumpat bukan main laju erk?

"Kau ingat tak Farhanis?" Syaz mula bercerita. Aira mengangguk.

Mestilah i ingat budak tu.

"Siapa Farhanis?" Sampuk Ariff. Syaz menunding jari telunjuknya dibibir. Menyuruh Ariff diam.

Ibu-ibu tengah berbincang awak jangan sibuk.

"Kau tahu tak? Rupanya, Farhanis tu dah lama meninggal." Aira terus memasang riak terkejut.

"Innalillah... Bila?" Soal Aira terkejut.

"Tak silap aku, dua tahun lepas kut.." Syaz menekanya.

"Dia baru umur 19 kan? Macam mana boleh meninggal?" Soal Aira masih terkejut dengan berita tersebut.

"Haa itu lah yang nak dijadikan cerita!" Syaz merapikan kedudukannya.

"Farhan. Dia rog*l adik dia sendiri. Sampai Farhanis mengandung! Lepas tu dia tak nak tanggungjawab. Dah dia tak nak tanggungjawab, dia buat apa lagi? Dah nama pun jantan tu gila, dia bunuh terus!" Ujar Syaz panjang lebar. Membulat mata Aira dibuatnya.

Dia fikir hanya dia yang pernah dirog*l mamat psycho tu. Rupanya adik dia sendiri pun dia sanggup rog*l.

"Siyes aa weh?" Soal Aira tidak percaya.

"Aku ada bukti. Sini aku tunjuk." Syaz mengeluarkan telefon dari poketnya lalu tangan menekan-nekan skrin telefon.

"Ni. Ni gambar yang polis ambil dalam markas dia dengan Erina." Ujar Syaz seraya telefon ditangan ditunjuk kepada Aira.

Korang ingat chapter 32? Yes! Chapter tu ada bagitahu fasal mayat kan? Yang lama dibiarkan tuuu. Ha tu lah mayat adik dia.

Dari belakang mereka berdua, muncul lah si penyibuk yang curi-curi dengar dari tadi. Ariff memanggul kepala di belakang isterinya lalu turut memandang kearah skrin telefon.

"Eww! Jijiknya. Dah berapa lama dia biar bangkai adik dia macam tu?" Ujar Aira seraya menolak telefon milik Syaz sudah tidak mahu melihat.

"Dari mula-mula dia bunuh tu sampai hari dia mati tu, dia tak tanam. Ni pun aku dapat gambar dari polis." Aira mengangguk faham.

"Mana kau tahu tu Farhanis? And macam mana pula kau boleh ada gambar dia?" Soal Ariff secara tiba. Mereka berdua terus memandang Ariff yang sedari tadi sibuk memasang telinga.

"Ish. Aku tahu tu Farhanis sebab aku dengar polis tu sembang. Sembang macam nak bagi jiran sebelah dengar jer pun. Gambar tu pula aku minta dekat polis lah."

"Macam mana kau minta?" Soal Aira pula. Syaz mengambil nafas lalu menghembus. Sabor jelah dengan dua ketul ni.

Betul lah orang kata. Jodoh tu cerminan diri. Dua-dua lembab.

"Aku cakap kata Farhanis tu kawan aku lah. Lepastu aku minta lah gambar dekat polis tu. Polis tu pun bagi." Kata Syaz. Aira dan Ariff terus mengangguk faham.

"Ehh, Amsyar mana? Aku nak tengok dia." Syaz memandang kiri kanan depan belakang mencari figura si bayi.

"Ada tu haa. Dekat Raykal." Balas Ariff.

"Tengah buat apa?"

"Tengah joging kut?" Perli Ariff. Syaz mengerut kening.


"Tanya lagi! Tengah tidur lah! Takkan dia nak bangun tolong jemur kain pula!" Perli Ariff makin menjadi. Aira terus tertawa sambil memukul-mukul lembut dada bidang Ariff.

Ariff hanya menjeling. Maleh akuu!

"Tak. Kau pahal! Aku tanya jer kan." Syaz mencebik. Dia terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar.

"Oi. Nak pergi mana tu?" Soal Aira.

Takkan merajuk kut? Kata sikit dah koyak.

"Aku nak pergi cari Amsyar lah." Syaz terus berjalan keluar dari rumah tersebut. Terus hilang figura Syaz dari pandangan mereka berdua. Mereka saling berpandangan.

Ariff tersenyum manis lalu mencuit hidung Aira. Aira menggeletis suka.

"Awak." Panggil Aira.

"Yer, sayang?"

"Haritu awak cakap suruh tunggu Amsyar lahir dulu. Sekarang dia dah lahir. Awak nak tak kalau-"

"Tak nak!" Laju Ariff mencantas. Aira terdiam.

Laju jer kau potong! Tunggu lah bagi aku habis cakap dulu!

"Kenapa pula?" Aira mula memuncungkan bibirnya.

"Amsyar masih kecil, sayang. Kita tunggu dia besar sikit, okey?" Aira mengangguk perlahan.

"Nanti kalau dia dah besar, tiap-tiap masa kita buat. Pagi petang siang malam. Tak payah makan, duduk jer dalam bilik, okey?" Ujar Ariff dengan wajah semakin mendekat. Aira lantas menolak wajahnya menjauh.

"Ish, gatal awak ni." Aira menjelingnya.

"Kau juga yang minta kan?"

"Tak pe lah.. tak jadi.." ujar Aira lalu melarikan anak matanya. Seram sejuk pula Aira.

"Kenapa tak jadi? Haritu cakap nak buat team bola sepak." Kata Ariff dengan senyuman nakal terukir.

"Tak pe, tak pe. Saya dah fikir masak-masak. Anak kita seorang sudah lah." Aira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Alaaa.. tak best lah anak seorang jer.. buat lah banyak-banyak.."

"Ish! Beranak seorang jer pun penat saya tekan. Ni nak suruh lahirkan team bola. Memang tak lah." Laju Aira membidas.

Ariff terus menjelingnya. Haritu minta sangat. Bila orang bagi dia pulak taknak. Maleh akuu!

Alhamdulillah, Aira dah fikir masak-masak HAHAHAHAH.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now