Tapi ada Dahlia peduli ke? Sikit pun tak. Bahkan Dahlia membalas tatapan sinis Arina. Kemudian, Dahlia menyambung mengambil lauk. Malas dia mahu melayan perempuan tiga suku ni. Takut nanti dia pun jadi tiga suku juga.

Arina yang melihat Dahlia tidak melayannya langsung merasa sebal. Dia meletakkan cawan yang digunakan lalu berjalan mendekati Dahlia.

"Kau tahu tak yang kau ni munafik? Pakai tudung dan abaya konon. Ingat cantik sangat? Padahal aslinya terbuka sana sini." Sinis Arina berkata.

Dahlia masih mendiamkan diri. Sikit pun dia tak balas. Macam dicakapkan tadi. Dia malas nak layan. Kan perempuan ni tiga suku.

"Eh. Kau pekak aku tengah cakap dengan kau ni." Arina menyenggol siku Dahlia. Untung Dahlia sudah selesai mengambil semua lauk.

Kini, baru lah Dahlia berdiri menghadap Arina. Dia menarik nafas dalam lalu hembus perlahan.

"Kau nak apa ni? Aku takda tenaga lah nak bergaduh dengan kau malam ni. Kalau kau nak gaduh sangat.. gaduh esok je eh? Aku nak makan dengan laki aku ni." Balas Dahlia bersahaja.

Semakin panas hati Arina apabila reaksi yang dia dapat dari Dahlia hanya lah reaksi 'malas mahu layan'.

"Kau kahwin dengan abang Dylan sebab harta kan? Aku dengar-dengar kau ni orang kampung. Tak sama taraf dengan abang Dylan. Mesti kau nak kikis harta dia kan? Hidup mewah dengan menggunakan harta orang lain. Perempuan mata duitan." Kutuk Arina selamba.

Dahlia menguap selari menayangkan riak malas. Malah, riak yang tersangat malas. Benda ni dah jadi perkara biasa. Dia tak ambil hati pun.

"Orang lain yang kau maksudkan tu 'SUAMI' aku. Jadi takda salah kalau aku gunakan harta suami aku." Sengaja Dahlia menekan perkataan suami di hadapan Arina supaya Arina tidak berkhayal macam sekarang.

Semakin menggelegak hati Arina. Arina memandang sekeliling mereka dan tanpa sengaja matanya tertancap pada bekas air panas.

Tanpa kata, Arina mendapatkan bekas air panas tersebut lalu disimbah pada Dahlia.

Dahlia yang sudah dapat mengagak tindakan Arina, dia langsung mengelak. Tapi tidak dapat dia mengelak sepenuhnya. Lengannya terkena sedikit sehingga Dahlia menjerit kesakitan.

"AWW!! Sttt.. aww, panas.." Dahlia memegang lengannya yang terkena air panas tadi akibat simbahan Arina.

Puas hati Arina melihat Dahlia dalam kesakitan.

"Sayang!" Menjerit Raja Dylan memanggil Dahlia. Dia berlari ke dapur apabila mendengar jeritan isterinya sebentar tadi.

Laju-laju dia menuruni tangga dan menghampiri Dahlia. Arina yang melihat kedatangan Raja Dylan, laju-laju dia meletakkan bekas air yang dipegang menjauh darinya.

"Abang.. panas.. stt.. sakit, abang. Sayang sakit.. tsk.. tsk.." Menangis Dahlia sehingga tersedu-sedan. Dia menunjukkan lengannya yang sudah berwarna merah kepada Raja Dylan.

Raja Dylan yang melihat lengan isterinya begitu terus dibawa ke arah sinki dan dilakukan di bawah air paip untuk meredakan sedikit rasa perih yang dirasakan Dahlia.

"Sakit lagi?" Mengangguk Dahlia sambil masih menangis.

Selepas itu, Raja Dylan menoleh memandang Arina. Pandangannya berubah sangat tajam.

Arina yang berdiri dengan diam dan tidak bergerak serta menunduk memandang ke bawah. Dia takut. Sungguh dia takut.

Raja Dylan berjalan mendekati Arina. Tanpa berkata apa-apa, pipi kiri Arina ditampar dengan kuat. Jatuh terjelupuk Arina ke lantai.

"Siapa bagi kau izin untuk sentuh dan sakitkan isteri aku?" Soal Raja Dylan perlahan dan nada suara yang keras.

Semua yang ada di situ hanya diam. Tiada seorang pun berani maju ke depan apabila melihat wajah sangar Raja Dylan. Mereka tahu yang Raja Dylan sangat marah sekarang. Jadi, masing-masing takut.

Arina diam tidak berkutik. Dia hanya menangis sambil memegang pipinya.

"Aku tanya, KAU JAWAB!" Jerkah Raja Dylan dengan dada nya turun naik menahan rasa amarah yang mahu meledak.

Nek Pah yang melihat Raja Dylan seakan mahu mengamuk langsung cepat campur tangan.

"Sudah. Nenek tak nak ada pergaduhan atau keributan. Tapi.." Nek Pah mengalihkan perhatiannya kepada Arina yang sudah ditenangkan oleh Puan Khatijah.

"Nenek nak tahu apa masalah kamu sampai boleh simbah Dahlia dengan air panas, Arina." Kata Nek Pah serius.

Arina tidak menjawab. Dia tiada keberanian mahu mengangkat wajahnya untuk melihat Nek Pah. Bahkan mamanya sendiri, Puan Khatijah.

"Menangis? Kena tampar sikit menangis? Eh, sakit kau tu sebanding dengan sakit isteri aku yang kau simbah dengan air panas. Kau bodoh ke apa, perempuan?!" Marah Raja Dylan sambil mengetap rahangnya.

"Ri-Rina min-minta maaf.. tsk.. Rina t-tak sen-sengaja.." Arina memohon maaf.

"Maaf? Sampai mampos aku tak maafkan kau. Kau dengar sini perempuan. Aku sikit pun tak pernah jentik isteri aku bahkan sampai nak menyakiti isteri aku pun aku tak pernah. Tapi kau.. kau boleh simbah air panas pada isteri aku. Kau memang babi lah perempuan!" Raja Dylan menyepak kaki Arina.

Dahlia yang melihat suaminya semakin marah. Cepat-cepat dia menghampiri Raja Dylan lali dipeluk suaminya dari belakang. Wajahnya disembamkan ke belakang badan Raja Dylan.

"Abang.." Lirih suara Dahlia menyeru suaminya.

"Bawa isteri kamu naik atas, berehat dalam bilik. Sapu ubat pada lengan dia tu." Arah Nek Pah pada Raja Dylan.

Takut bila dibiarkan. Memang teruk Arina ni kena dengan Raja Dylan.

Tanpa bantahan, Raja Dylan menarik tangan isterinya. Dia membawa Dahlia naik ke bilik tidur mereka. Sempat dia memijak kaki Arina tadi.

~~~~~~~~~~

Sejak mereka masuk ke dalam bilik tiga puluh minit yang lepas, tiada satu bicara pun yang terdengar. Hanya kedengaran suara tangisan sendu Dahlia saja yang memenuhi segenap ruang bilik mereka.

Raja Dylan merasa bersalah dengan apa yang sudah terjadi. Dia senyap sambil mengubati lengan isterinya. Disapu ubat kepada lengan Dahlia.

"Stt.. sakit." Adu Dahlia apabila Raja Dylan tanpa sengaja tertekan sedikit kuat.

"Sorry, sorry.. sakit lagi?" Dahlia mengangguk perlahan mengiyakan.

Selepas beberapa minit, Raja Dylan selesai mengubati lengan Dahlia. Ditiup perlahan lengan isterinya.

Dahlia sudah berhenti dari menangis. Tapi masih lagi ada tersedu.

Raja Dylan mengangkat wajahnya memandang wajah sang isteri. Dahlia mencebik sedikit. Tersungging senyuman Raja Dylan.

"I'm sorry, baby. Aku takda masa untuk elakkan kau dari kena air panas. I am really sorry." Ucap Raja Dylan bersungguh meminta maaf pada isterinya.

Bahu Dahlia yang terdedah dikucup lembut sambil matanya tetap menatap ke dalam mata Dahlia.

"Bukan salah abang. Sayang tak salahkan abang pun. Tapi.." Dahlia menjeda sekejap bicaranya.

Kedua tangannya dibawa menekup kedua pipi Raja Dylan. Dibelai perlahan pipi suaminya.

"Sayang takut tengok abang marah tadi. Kalau sayang ada salah, jangan marah sayang macam tu." Pinta Dahlia dengan manja.

Dia menyengetkan sedikit kepalanya menatap suaminya.

"Comelnya." Puji Raja Dylan lalu dia mendekatkan wajah mereka. Digesel perlahan hidung mereka berdua.

"Nak peluk." Dahlia mendepakan tangannya meminta pelukan dari Raja Dylan.

Tersimpul senyuman Raja Dylan melihat tingkah manja isterinya ini. Dia menarik isterinya untuk duduk di pahanya lalu dipeluk Dahlia dengan erat.

"I love you, abang." Luah Dahlia di sebalik pelukannya. Wajahnya pula disembamkan di ceruk leher Raja Dylan.

"I love you more, more, more and more." Balas Raja Dylan selari mencium bahu Dahlia sebelum membenamkan wajahnya di celah leher Dahlia.


Tbc..

Padan muka Arina😏
Boooo👎🏻

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum