Pagi ini dia menerima satu mesej dari Lana. Terkejut juga membaca mesej dari Lana yang mengajaknya keluar. Oleh itu, dia sudah meminta izin dari Harraz awal pagi tadi.

Kunci kereta dicapai lalu bergegas keluar dari rumah. Enjin kereta Viosnya dihidupkan kemudian pintu kereta ditutup.

Kereta Vios itu mula bergerak menuju ke destinasi yang dituju.

Disisi lain pula, Lana setia menunggu di Angel's cafe. Dia menghirup Milk shake miliknya sambil membuang pandangan ke tingkap.

Mula-mula dia takut untuk menghantar pesanan kepada Mawar. Tapi dia sudah tidak sanggup menahan sorang diri. Bagi dia Mawar adalah orang yang tepat untuk meluah dan dia hanya berani berkongsi cerita dengan Mawar. Sesekali itu telefonnya dibuka.

Lara setia menunggu kedatangan Mawar. Kemudian sosok tubuh yang cantik mengenakan Blouse putih dipadankan dengan seluar Slacks hitam datang menghampirinya.

"Akak..." Panggil Lara.

Mawar tersenyum pendek. Dia kemudian mengambil tempat duduk berhadapan Lara. Begnya diletak ditepi.

"Hmm, akak nak order air dulu?.." Tanya Lara Sedikit kekok. Mungkin kerana ini kali pertama mereka berjumpa berdua sebab tu agak awkward sikit.

Mawar mengangguk sambil tersenyum tipis. Setelah siap memesan Mawar memulakan bicara, memecah kesunyian diantara mereka.

"Hmm, kenapa Lara tiba-tiba nak jumpa saya.. ada yang saya boleh bantu.." Kata Mawar dengan sopan.

Lara terdiam kemudian berdeham pendek. Mencari kekuatan untuk menceritakan hal sebenar kepada Mawar.

"Akak, Lara sebenarnya nak minta tolong dekat akak... Lara tak tahu nak buat macam mana... Akak sorang je yang Lara percaya boleh tolong Lara... And please jangan bagitahu Mama..." Kata Lara dengan nada yang sedikit merayu.

Mawar mengangguk laju. "Okay, Lara tenang... Cuba ceritakan satu-satu.." Mawar menyelesakan sedikit posisinya, badannya didekatkan sedikit ke meja. Memberi perhatiannya seratus peratus pada Lara.

Lara mengambil nafas, cuba untuk menangkan diri. "Sebenarnya, Lara... Lara ada boyfriend... tapi hubungan kami makin lama makin toxic. Maksud Lara, boyfriend Lara gunakan Lara je.. dia nak duit dari Lara.." Lara berhenti seketika. Dia menunduk menahan tangis. Mata mula berair.

Mawar terkejut, riak muka cuba dikawal. "Lara masih berhubung dengan dia ke?.." Tanya Mawar buat Lara mengangguk laju.

"Lara tak boleh nak buat apa-apa kak... Saya dah minta putuskan hubungan diantara kami tapi dia taknak. Dia ugut Lara. Dia cakap kalau Lara nak juga kitaorang berpisah dia tak teragak-agak buat benda tak senonoh dekat Lara. Dia.... Dia tahu rumah kita dekat mana..." Tangis Lara mula pecah. Bahunya mula terhinjut-hinjut menahan esak.

Melihat tangisan Lara membuatkan Mawar mengambil tempat disisi Lara. Tangannya ringan mengusap bahu itu. "Lara, cuba tenang.. Saya nak tanya awak lagi... Awak tak try report ke?.."

Lara menggeleng lemah. "Kak, dia ikut Lara... dia tengah pasang spy. dia cakap, kalau dia tahu saya report dia pukul saya.. Lara takut, sebab tu Lara tak report. Dia... dia dah naik tangan dekat Lara beberapa kali..." Kata Laura berterus terang. Air mata cuba ditahan, takut ada yang perasan. Hidupnya seperti diperhatikan 24 jam.

Bahagia Milik Kita✧Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ