7: SHARON

24 2 1
                                    

Bahagia, semua insan mendambakan kebahagiaan.. Namun berapa lama bisa kekal bahagia selamanya. Bahagia itu pilihan dan mungkin juga itu hanyalah ibarat 'rumah singgah' untuk sesetengah pasangan. Adakah insan yang memilih untuk tidak bahagia..? Namun, hidup ini satu pilihan yang ada di depan mata, diberi pilihan dan memperjuangkannya demi untuk mencari bahagia. Tapi jangan lupa, dalam kau mencipta jangan sampai ada yang terluka dan derita di atas kebahagiaan kamu. Tak kekal selamanya pasti ada harga yang harus kau bayar di kemudian harinya.

Banyak kisah terjadi, banyak cerita yang didengari, mencari bahagia di atas air mata insan lain. Semudah bibir mengungkapkan kata cinta namun pada sampai suatu ketika memutuskan perhubungan dengan ulasan itu sudah ketentuan jodoh. Benar jodoh yang telah tertulis tetapi jangan lupa pada kifarah. Apa yang kau buat pasti akan terima balasannya kelak.

Kadang kerana bahagia, kita menderita. Bagaimana? Bila hari yang cerah tiba-tiba kelabu bila ada awan hitam menyelubungi langit dan menenggelamkan segala rasa yang tercipta. Siapa sangka siapa menduga, saat semuanya indah ada yang bakal terluka.

Becky POV

Sedar atau tidak, sudah hampir enam bulan aku dan Freen menjalin hubungan sebagai pasangan. Pasangan yang sangat bahagia dan dicemburui oleh ramai pihak terutamanya dalam kalangan peminat Freen. Iya, Freen sangatlah digilai ramai oleh penuntut kolej tidak mengira lelaki mahupun perempuan, namun juaranya hanyalah Becky seorang.

Bahagia bersama hanyalah mereka berdua yang merasai namun yang sakit hati juga ramai, dengkilah apa lagi.

Seperti kebiasaan, Freen akan menjemput Becky dari rumah lalu ke kolej dan seterusnya menunggu untuk pulang bersama setelah tamat waktu pembelajaran. Mereka ibarat pasangan belangkas yang tidak dapat dipisahkan kerana mereka sentiasa bersama sehingga menjadi bualan hangat di kolej, namun itu bukan halangan untuk mereka terus bercinta dan mencintai di antara satu sama lain.

"Sayang, nanti awak dah tak boleh temankan saya makan dekat kafe dah.. I'm gonna miss you, dear"

"Hey baby, I'm gonna miss you too. Tapi sayang akan sentiasa hantar dan ambil Baby macam biasa. I promise you"

Dahi aku dicium lama menghilangkan gundah gulana yang terasa di dada ketika ini. Ciuman yang sentiasa membuatkan Becky merasa nyaman, tenang dan merasa dirinya benar-benar disayangi Freen. Setiap kali dia merasa tertekan atau sedih disebabkan oleh masalah tekanan pembelajaran mahupun dirundum resah kerana masalah peribadi, Freen tidak pernah lupa menjadi pengubat hati yang sedih ini.

Siapa yang tidak sedih apabila kekasih hati yang sentiasa berada dekat hampir 24jam di depan mata akhirnya hanya boleh dipandang dan disentuh hanya ketika masa mengizinkan. Adat belajar, pasti akan berakhir jua. Begitu jua Freen yang sudah lulus belajar di Kolej Chintraputh setelah 4 tahun lamanya dia belajar di situ.

Freen POV

Kesibukan kerja yang semakin banyak menyebabkan aku susah untuk mencuri waktu lunch terutamanya untuk makan tengah hari bersama Becky. Perusahaan Daddy sepenuhnya Daddy serahkan dan pertanggungjawabkan kepadaku walaupun aku masih memegang jawatan COO untuk syarikat FSC(Freen Sarocha) Sdn Bhd.

Syarikat FSC diberikan kerana terang-terang nama penuh itu adalah dari nama aku. Daddy sudah mempersiapkan syarikat ini sebelum diserahkan kepada aku. Daddy memang tegas bila bab berkaitan dengan perusahaan. Malah, dia memang tegas dalam segala hal apatah lagi bila melibatkan aku, satu-satunya anak perempuan yang dia ada setelah kejadian 5 tahun lepas. Kejadian yang takkan mampu lenyap dari minda dan ingatan aku buat selama-lamanya.

Because Of YouWhere stories live. Discover now