PENGENALAN

99 5 2
                                    

Freen POV

Freen seorang remaja berusia 18 tahun, anak tunggal kepada pasangan suami isteri Tuan Nuth dan Puan Nun. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan segala apa yang diingini pasti kedua ibu bapanya akan sempurnakan. Kesempurnaan yang dimiliki menyebabkan Freen menjadi anak remaja yang

nakal dan sukar untuk dikawal. Namun begitu, dia merupakan anak yang cerdas minda walau selalu

melakukan pelbagai kesalahan di kolej tetapi pihak kolej tidak boleh melakukan apa-apa tindakan

tatatertib ke atasnya ekoran pengaruh kedua ibu bapanya kepada kolej tersebut.

Di kolej, Freen terkenal dan digilai oleh ramai pelajar tidak mengira lelaki mahupun perempuan. Dia memiliki raut wajah yang sangat menarik, menawan dan boleh dianggap tampan dari segi penampilan

yang selalu dia tampilkan.
Dia mempunyai tiga orang sahabat karib yang sentiasa berada di sisi dan mereka dikenali sebagai

F4 kerana nama mereka semua bermula dengan huruf F; Faith, Friend, dan Fly. Mereka sangat digeruni kerana pengaruh keluarga masing-masing dari golongan berada dan suka memukul orang yang melakukan penganiayaan kepada kaum wanita. *haa nakal-nakal dorang pun, dorang baik juga kan 😂

Becky POV

Becky atau nama sebenar Rebecca merupakan seorang remaja berusia 16 tahun, anak kedua

kepada pasangan suami isteri Tuan Richard dan Puan Wee. Seorang anak yang sangat lincah dan aktif di dalam sukan kick boxing dan renang.
Seorang remaja yang sangat matang dan tegas dalam melakukan

sesuatu tindakan. Ekoran itu, Becky merupakan bakal pelajar yang akan memasuki kolej pada usia 16

tahun. Dia ditawarkan untuk memasuki kolej pada usia awal kerana kebijaksanaan terbukti ketika dia menjuarai pertandingan akademik yang dijalankan oleh sekolahnya. *bijak sungguh ya budak ini 👏

Becky amat disayangi oleh seluruh keluarganya dan dianggap princess oleh abangnya, Richie. Dia juga sangat menyayangi abangnya itu kerana itulah orang yang sentiasa berada di belakang mendorongnya untuk terus maju dan terus kuat ketika dia mengalami apa-apa masalah.

Debaran untuk melangkah memasuki ke alam kolej semakin dirasai dari hari demi hari. Becky

khuatir jika dia sukar untuk mendapat kawan atau kenalan kerana dia merupakan seorang introvert yang hanya berkomunikasi bila ada yang menegurnya terlebih dahulu. *susu na kha Becky, you can do it 💪


BERSAMBUNG
---------------------------------------------------------
Kepada pembaca semua maaf jika kurang berkesan cerita saya ini 🙏 maaf saya masih baru dalam dunia penulisan ini. Harap semakin suka.. 😊

Because Of YouWhere stories live. Discover now