2: MAAF

22 5 3
                                    

Becky POV
                Sudah seminggu Becky bergelar seorang pelajar kolej di sebuah kolej yang agak terkenal di Thailand iaitu Chintraputh College. Sebagai seorang pelajar baru dan termuda di kolej tersebut, menyebabkan Becky semakin sibuk dengan tugasan tak juga sibuk dengan usikan dan layanan yang pelbagai datang dari pelajar di situ terutamanya lelaki.

                 Penampilan serta raut wajah kacukan yang dimiliki oleh Becky menjadikannya seperti 'pisang goreng panas' yang sentiasa dihujani dengan pelbagai kontroversi. Ramai pelajar lelaki yang cuba untuk mendekati dan menambat hati Becky tetapi Becky tidak mengiyakan mahupun menidakkan tindakan mereka itu. Hanya sahaja dia membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

                 "Beck, kau dah cek tengok dekat page kolej kita tak? Semua orang tengah kecoh sekarang ni. Baik kau cek tengok cepat" kata Irin. Becky yang mendengar terus mengecek page kolej. Betapa terkejutnya dia bila dia melihat gambar dia semasa di dalam kelas pada hari pertama masuk ke kolej terpapar di situ dengan tajuk 'Bidadari muncul di Chintraputh College'.

                "Famous la kau Becky. Kitorang yang masuk awal dari kau pun tak masuk tajuk utama page kolej macam kau. Hihihi.. siap dah ada fans club Becky juga tau 🤭" sambung Stella pula.

               "Mengarutlah kau ni Stella. Takkan la sampai ada fans club aku pula. Aku bukannya artis atau model pun. Dah dah jangan nak mengarut lebih. Lebih baik kita gerak ke kelas sekarang. Dah dekat pukul 2 petang ni. Nanti lecturer Tharn masuk, kena thiow kita nanti. Aku tak nak" balas Becky terus bangun dari duduknya melangkah menuju ke kelasnya.

               Irin dan Stella menuruti dari belakang. Mereka berbisik-bisik tanpa Becky mendengarnya.

Freen POV
               Notifikasi di telefon berbunyi menanda ada yang muncul. Passcode masuk ke telefon ditekan sekejap membuka ke laman utama telefon Freen.

               Pop 'Bidadari muncul di Chintraputh College' terus ditekan masuk. Betapa terkejutnya Freen bila melihat gambar bidadarinya di situ. *Opps!!! 🤭

               Rasa amarah mula menjalar dalam diri dengan tiba-tiba bila dia membaca semua komen yang muncul  di ruangan komen page kolej itu. Kebanyakannya adalah komen yang berunsur flirting terhadap Becky. Dia tak suka bila ada yang flirt dengan Becky.

               "Hei, kau okay tak Freen? Asal aku tengok kau macam nak makan orang je ni..?" tegur Faith yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Beberapa minit kemudian datanglah Fly dan Friend berkumpul melengkapkan geng F4.

              Freen hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada masalah yang berlaku. Freen juga tidak tahu kenapa dia perlu merasa marah terhadap apa yang orang komen terhadap Becky di ruangan page itu tadi, bukannya dia ada apa-apa hubungan  dengan Becky. Kenal secara dekat pun belum. *Busy belajar mana sempat nak usya awek kan.. 😂

                "Fly, kau cari tahu siapa yang jaga page kolej kita segera! Kalau dah dapat terus bagitahu dengan aku" arah Freen tiba-tiba kepada Fly.

               "Haa.. kenapa? Kau bukan pernah ambil kisah pun pasal page kolej sebelum ni. Ada apa-apa masalah ke?" balas Fly tidak puas hati.

               "Aku suruh tu, buat je la.." balas Freen tegas sambil menjegelkan biji matanya.

               Ketiga-tiga mereka terkejut dengan tindakan Freen itu. Freen tidak pernah menjegelkan biji matanya sebegitu sebelum ni. Terakhir mereka melihat kejadian itu adalah pada 5 tahun lepas. Itu pun kerana suatu kejadian yang takkan pernah mereka bahaskan sampai bila-bila.

               Freen bangun melangkah pergi meninggalkan ketiga sahabatnya begitu sahaja tanpa basa-basi.

               "You are in love again Freen" duga hati Faith. Dia yang sudah membaca ruangan page kolej sebelum sampai awal pagi, jadi sudah pasti mengetahui apa yang jadi bualan hangat hari ini. Firasat yang Faith rasakan terhadap kelakuan Freen hari ini tidak dia utarakan kepada kedua sahabatnya yang lain disitu. Biarlah tuan punya badan yang berbicara sendiri nanti.

---------------------- SKIP ---------------------------

                Gedebukkk!!! Freen hampir sahaja terjatuh ke lantai tapi nasib baik dia sempat berpegang pada dinding di sebelah. Panas hati mula menular. Dia betulkan baju dan seluar serta beg silang yang tergantung di lehernya.

               "Maaf phi. Saya tak perasan tadi. Maaf sekali lagi" ucap si gadis.

              Suara lembut yang menerpa ke telinga Freen membuatkan Freen terhenti seketika. Bau wangian yang sama yang menjadi igauan dia selama seminggu ini makin mendekat dan jelas. Mata di hala ke arah si gadis yang masih menunduk tanda maaf.

             "Kalau minta maaf tu mata tatap ke mata saya. Bukannya tunduk macam tu. Tak ikhlas namanya tu" jawap Freen sambil tanpa disedari jarinya mencuit dagu si gadis untuk menatap ke matanya.

             Becky yang tersentak dengan jari jemari Freen mencuit dagunya mula mengangkat mukanya menghadap Freen. Seketika dunia bagaikan berhenti ibarat ada malaikat yang muncul dan menghentikan waktu yang berdetik di antara mereka.

              Debaran dan getaran di dada semakin terasa. Becky dan Freen terpaku. Tiada sebaris kata yang mampu diluah pada ketika itu.

              "Ya Tuhan, cantiknya dia. Eh tampannya dia"

              "Ya Tuhan, kau kembalikan bidadari ini di depan mataku"

              "Oh, saya betul-betul minta maaf, phi. Saya terlanggar phi" ucap Becky sambil menatap mata Freen. Habis je kata itu terus dia mengalihkan matanya ke arah berlainan bukan ke Freen. Tangan di letakkan ke dada dan dapat dia rasai detak jantungnya yang melaju itu.

               Freen tersenyum memandang ke wajah Becky. 'Comel' iya itu yang terucap lembut di bibir Freen. Becky yang terdengar tetapi tidak jelas mula menungkas sekilas.

             "Phi cakap apa?" soal Becky. Freen yang tersedar dengan ayat yang baru sahaja terlafaz itu mula membetulkan kata.

             "Mana ada saya kata apa-apa. Tak apa. Lagipun ini kali kedua awak langgar. Mungkin awak memang suka jalan tak tengok jalan dan sekeliling agaknya" ulas Freen panjang lebar.

             "Kedua?" pikir Becky. Lalu kejadian pada hari pertama dia di kolej mula terlintas.

             "Ya Tuhan. Haritu.. yang itu saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sempat nak cakap dan berlalu macam tu saja. Saya terlambat untuk ke kelas ketika itu" jujur Becky.

              Freen yang mendengar hanya tersenyum dan sedikit tergelak melihat aksi lucu Becky dengan mulutnya muncung ke depan dah macam anak itik. *Sampai hati Freen gelakkan Becky kan.. gurau je 🤣

               "Hei..janganlah gelakkan saya. Cepatlah cakap maafkan saya ke tidak? Saya perlu ke kelas ni nanti lecturer marah saya pula" jawap Becky sedikit merajuk kerana Freen menggelakkan dia tadi.

              "Baiklah, saya maafkan tapi dengan syarat..." balas Freen selamba.





BERSAMBUNG NANTI...
---------------------------------------------------------
Macam-macamlah ulah Freen kan tapi adakah Becky setuju? Anak nakal macam Freen biasalah suka mengusik kan. Maaf jika ada kekurangan dari penulisan saya ye 🙏 harap pembaca masih mahu membaca penulisan saya ini.

Because Of YouWhere stories live. Discover now