HARI LAHIR

19 3 0
                                    

Aku pandang telefon pintar di tangan sebelum mengeluh lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pandang telefon pintar di tangan sebelum mengeluh lemah. Notifikasi kalendar 'selamat hari lahir diri sendiri' aku tatap dengan seribu satu perasaan. Mungkinkah tahun ini hari lahir aku bakal menjadi lain daripada yang sebelumnya atau masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya? Tahun ini sudah kali ke lima hari lahirnya jatuh pada hari dia di asramanya. Mungkin kerana hari lahirnya pada bulan march maka tak dapat lah dia nak sambut di rumah.

Sepanjang hari aku dihantui fikiran itu. Menginjak sahaja detik lima petang, hanya satu yang aku dapat simpulkan. Ianya sama, sama seperti tahun-tahun yang pernah aku lalui. Tiada siapa yang ingat hari ini merupakan hari istimewa ku.

Wajah yang terbias di cermin tandas aku pandang tajam sebelum senyuman sinis aku paparkan. Bodohnya diri sendiri ni. Bila agaknya kau akan belajar untuk berhenti berharap? Kau fikir kau siapa? Anak menteri mana yang sampai orang nak sambut hari lahir kau dengan gilang-gemilang? Dalam hati aku berkata dengan nada sinis tak lain tak bukan pada biasan diri sendiri.

Tiba-tiba masuk dua orang rakan yang seumuran denganku.

"Eh kau nak tahu, Hari ni birthday Lisa." Kata salah seorang daripada mereka yang berkaca mata.

"Iya ke?" Gadis seorang lagi mula membuat muka hairan.

"Iya. Lepastu dia plan nak buat sambutan hari lahir dia dekat dewan makan malam ni."

"Kecil-kecilan je ke?"

"Kecil tak kecil siap buat barbeku kau rasa?" Gadis berkaca  mata menjawab pertanyaan rakan nya.

"Ayah dia kaya boleh lah."

Aku hanya senyap mendengar bicara mereka. Ya Allah kalau lah aku kaya, dapatkah aku sambut sambutan hari lahir aku seperti Lisa juga?














Masuk sahaja dewan makan itu, nyanyian lagu selamat hari lahir gamat dinyanyikan oleh pelajar tingkatan lima seumuran denganku. Mulut aku hanya senyap begitu juga tanganku kaku. Mata memandang wajah ceria masing-masing. Dapat makan free siapa sahaja tak happy? Hanya aku disitu makan hati. Nak sahaja dia menjerit hari ni hari lahir dia juga!

Mati sahaja nyanyian tersebut Lisa terus menguntum senyuman manis terhadap rakan-rakannya.

"Jemput lah makan." Lisa bersuara lembut.

Selepas itu Lisa dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buatnya. Aku yang mendengar semakin membengkak hati. Makanan di depan mata aku hanya suap perlahan. Anggap lah ini hadiah hari lahir kau juga, Yaya. Aku berkata kepada diri sendiri. Ingin memujuk diri sendiri kerana tiada orang lain yang sudi memujuk aku. Aku ada untuk aku, sejak dahulu lagi. Namun kenapa rasa ini masih sakit? Bukankah aku sudah lali?

Wanita dihadapan meja ku bangun dengan sejambak bunga di tangan ke arah Lisa. Memang daripada tadi aku perhatikan bunga itu. Alangkah bahagianya diri ini jika dia yang bakal menjadi pemilik bunga tersebut. Namun dia tahu semua itu mustahil. Mustahil bagi gadis buruk dan miskin seperti nya dipandang oleh rakan yang lain.

Wanita itu tersenyum nipis sebelum mulutnya lancar berbicara."Lisa, ada benda yang aku nak sampaikan untuk kau. Ni Firash pesan untuk bagi kau. Dia kata happy birthday."

Aku hanya senyap menekur lantai. Jika hati aku tadi sudah remuk kali ni ianya pecah berderai bak kaca jatuh ke lantai. Firash, lelaki yang aku minati daripada tingkatan tiga. Aku pandang Lisa dengan tubir mata yang hangat.

Untungnya jadi kau. Cantik, semua lelaki suka dan terkejar-kejar kan kau. Baik, semua rakan dan cikgu sayang kan kau. Family pulak kaya, minta apa pun dapat. Nak dibandingkan dengan dirinya? Bagai langit dengan bumi!

Tak tahan dengan perasaan yang menyesakkan dada. Pantas kakiku melangkah mencari tandas. Tutup sahaja pintu tandas aku duduk sebelum nafas dihela berat. Air mata yang sedari tadi ditahan kini mengalir laju. Aku tahan sedu-sedan dengan menekup mulutku kuat. Perbuatan ini agar esakan tangisanku tidak didengari oleh orang lain.

Dada terasa sesak dengan perasaan sendu. Mungkin kerana hari ini merupakan hari istimewa untuk orang lain. Seperti orang lain, aku juga tertunggu tunggu hari ini. Maka padanlah rasa sendu ini. Harapan yang dihajatkan tidak kesampaian.

Air mata yang bergenang aku seka perlahan. Ibu, yaya nak kek juga. Yaya nak hadiah juga. Kenapa tak ada siapa pun yang ingat hari ni hari lahir Yaya? Yaya nak wish dari orang lain juga. Kata-kata itu aku telan dalam hati. Tak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.

Telefon pintar yang sedari tadi di tangan tiba-tiba berdering minta diangkat. Aku lihat nama pemanggil sebelum aku cepat-cepat menyeka air mata yang tersisa di pipi. Suara didehemkan beberapa kali kerana tidak mahu dikesan baru sahaja menangis sebentar tadi.

"Assalamualaikum ibu."

"Waalaikumussalam anak ibu. Selamat hari lahir bidadari ibu. Ibu minta maaf lambat wish kamu. Ibu dengar dekat sekolah ada buat sambutan hari lahir kawan kamu."

"Yaya sayang jangan rasa sedih ya. Ibu minta maaf tak dapat beli kan Yaya hadiah mahal-mahal. Kek pun Yaya tak dapat merasa lagi tahun ni. Yaya jangan pernah rasa hidup Yaya serba kekurangan ya sayang, jalan cerita setiap manusia Allah dah atur cantik. Mungkin kita tak senang sekarang tapi mana tahu Allah ganti dengan kita senang di akhirat kelak. Ibu hanya mampu hadiahkan doa semoga Yaya cemerlang dunia dan akhirat. Semoga bidadari kecil Ibu ni dipermudahkan urusan. Ibu sayang Yaya."

Mendengar bicara ibu air mata aku kembali menangis. Kata-kata ibu menusuk ke jantung ku. Betapa aku alpa untuk bersyukur dengan tiap apa yang sudah diberikan daripada Tuhan penguasa seluruh alam. Hari lahir ini sepatutnya aku yang menghargai ibu kerana sudah penat lelah melahirkan aku. Lelah ibu dari dulu hingga sekarang tidak terhingga lebih-lebih setelah kehilangan ayah. Ibu lah ibu, ibu jugalah ayah. Sungguh besar pengorbanan dan jasa wanita hebat yang berada di dalam talian itu. Macam mana dia boleh lupa?

"Terima kasih ibu kerana lahirkan Yaya."

"Terima kasih juga sayang kerana jadi anak yang baik."

Aku seka air mata yang mengalir sebelum aku menguntum senyuman nipis. Tak apalah Ya Allah kalau orang lain tak ingat hari lahir aku. Sekurang-kurangnya ibu aku masih ingat. Orang lain tak penting pun dalam hidup aku. Yang penting hanyalah ibu.

Untuk yang membaca ini, aku mahu ucapkan selamat hari lahir buat kamu. Sama ada sudah lepas mahupun belum, aku tetap ingin menuturkan seringkas-ringkas kata ini. Kerana kau juga berhak sama seperti insan lain.





[THE END]




COFFEE (CERPEN)Where stories live. Discover now