UMBRELLA | 2

122 36 11
                                    

Lima tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima tahun kemudian

Aku pandang langit yang mendung dengan perasaan yang bercampur baur. Rakan-rakan yang berada di sekeliling ku turut mula berkeluh-kesah menunjukkan masalah yang sama sedang kami hadapi. Hujan tapi tidak membawa payung.

Patutnya aku ikutkan sahaja firasat hati untuk membawa payung ke kelas hari ini. Tapi memikirkan takut payung hitam kesayangan aku itu hilang jadi  tapi aku pilih untuk tidak membawanya. Bukan apa pernah sekali tu payung hitam kesayangan aku itu hilang, aku ingat kan siapa yang mencuri nya rupanya teman kelas sekuliah aku yang meminjam nya tanpa meminta izin dahulu.

Para pelajar yang tadinya memenuhi ruang koridor dewan kuliah sudah beransur pergi ke tempat tujuan masing-masing. Kebetulan rakan karib yang selalu kehulur-hilir bersamaku demam pula hari ini, jadi berdiri lah aku disini bersendirian.

Sejuk-sejuk ni dapat minum coffee panas sedap juga. Jika dulu aku suka menikmati aiskrim sewaktu hujan, kini tidak lagi. Seperti biasa demi ikutkan tekak, kaki ku terus melangkah pergi ke cafe.

Kaki diberhentikan saat sebuah cafe didepan mata. Tinggal untuk menyeberang ke sebelah sana sahaja. Nasib aku tak pakai baju putih hari ni, kalau tak naya.
Disebabkan tidak ada payung, jadi tangan yang menjadi pelindung dari terkena hujan untuk menyeberang ke sebelah sana.

Baru ingin lari ke seberang, tangan ku dicapai seseorang membuat kan aku secara automatik memandang kearah nya.

"Eisya." Suara garau sekaligus pemilik tangan itu bersuara.

Disebabkan dirinya yang lebih tinggi dari ku, jadi terpaksa aku mendongak bagi mengetahui identiti jejaka tersebut.

Nafees !

"Eh kenapa awak ni?" Aku bertanya pelik. Amboi suka hati dia saja pegang tangan anak orang.

"Nak seberang jalan?" Nafees bertanya perkara yang sudah terang benderang disuluh torchlight.

"Haahlah. Takkan nak menari zapin pula. "

"Sekali jelah." Tidak endahkan jawapan sinis aku dia tetap menyatakan hasrat hatinya. Seiring kata-kata tersebut Nafees menunjukkan payung di tangannya.

Aku pandang nya lagi. Sampuk apa mamat ni tiba-tiba sweet ngan aku.

"Muat ke payung ni?"

"Muat. Kau tu kecil saja."

Kalau dah dekat-dekat memang lah muat. Nak tak nak aku hanya mengangguk kepala dan berjalan beriringan dengan nya meredah hujan. Pergh feeling-feeling kdrama gituw.

Walaupun dalam kedudukan yang dekat badanku tetap tidak berlaga dengan Nafees. Nafees sangat menjaga jarak kami sehingga tiap kali ingin berlanggar dia akan ketepi menyebabkan sebahagian bahu kemeja nya terkena air hujan.

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk cafe, kami terus menghentikan langkah. Perjalanan yang terasa seperti lama tadi akhirnya sampai ke penghujung.

Nafees kemudian nya menutup bukaan payung sebelum meletakkan nya ditempat yang disediakan. Bahu kemeja nya yang basah disapu-sapu ala-kadar.

Aku hanya memerhati sahaja setiap perbuatannya. Kemudian dia mengalihkan mata memandang ku dan menaikkan kening nya tanda bertanya.

Aku hanya menggeleng kepala sebelum kami kemudiannya jalan beringan memasuki cafe. Aroma harum coffee terus menjengah hidung sebaik sahaja memasuki ruang cafe tersebut.

Rata-rata pelanggan cafe tersebut merupakan rakan-rakan sekuliah ku. Mungkin mereka semua turut menjadikan cafe ini sebagai tempat berteduh sementara menunggu hujan reda. Maklumlah cafe ini dekat sahaja dengan kawasan universitiku.

Nampak sahaja ruang kosong tanpa banyak bunyi kami terus mengambil tempat. Disebabkan meja itu kebetulan hanya memuat kan dua orang, kami duduk saling berhadapan.

Bahu kemeja nya yang sedikit basah sekali lagi menjadi tempat anak mata ku berhenti. Seingat aku, aku ada membawa tisu. Laju tangan menyeluk isi beg mengeluarkan tisu.

Tisu yang ada ditangan aku hulurkan padanya.

"Nah lap bahu awak basah."

Dia hanya senyap tapi tetap menyambut huluran ku.

Kemudian suasana kembali senyap sebelum jejaka di hadapan ku tersebut bersuara.

"Mana Indah?" Mungkin pelik melihat aku yang biasanya seperti belangkas dengan kawan baik ku yang seorang itu hari ini hanya keseorangan.

"Dia demam."

"Patut lah kau seorang."

Aku hanya mengangguk kepala ku.

"Awak dari mana tadi?" Kali ini aku pula yang bertanya kepadanya.

"Baru habis kelas juga. Kebetulan nak pergi cafe ni jugak. Lepastu ternampak kau."

"Haish kau ni tak habis-habis terlupa bawa payung kan. " Dia menyambung lagi.

Aku hanya pamer senyuman tidak bersalah.

"Lepas ni jangan lupa bawa payung lagi. Aku tak kan ada selalu nak jadi orang yang hulurkan kau payung." Nafees berkata sambil tunak memandang anak mataku.

Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba air mata ku mengalir. Aku hanya menyeka nya perlahan.

Nafees hanya senyap memandang ku.

"Nak coffee tak ni ?" Dia bertanya dengan wajah prihatin nya.

Aku hanya mengangguk kepala dan tersenyum payah. Seboleh-bolehnya aku cuba berbuat biasa walaupun hati aku sudah sebu rasanya.

"Okay aku order sekejap kau tunggu ya."

Beberapa minit kemudian Nafees kembali dengan coffee latte ditangannya.

Aku senyum dan menyambut huluran nya. "Sorry la tiba-tiba sendu."

Dia pandang aku dalam sambil tersenyum. Mungkin dia tahu aku sudah menyedari nya.

"Aku kena pergi dah. Jaga diri. Jangan terlalu larut dalam kenangan."

Tanpa mendengar balasan dari ku dia terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari pintu cafe. Payung hitam ditangan nya turut dibuka.

Sempat dia berpaling sambil tersenyum kepada ku sebelum pergi. Mataku secara automatik berkaca semula memandang tubuh nya yang makin menghilang.




TBC

COFFEE (CERPEN)Where stories live. Discover now