X

52 9 3
                                    

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••

Keheningan menemani Jake dan Ahreum. Ahreum mengambil segelas air dari meja kopi yang berada di depannya, air itu diteguk sehingga habis. Tekaknya berasa haus setelah lama bercerita.

Jake yang duduk di sampingnya tergamam, kisah Ahreum semasa zaman remaja adalah sesuatu yang di luar jangkaannya.

"Saya betul-betul minta maaf atas apa yang awak pernah lalui dulu."

"Kenapa awak minta maaf? Silap saya yang bodoh percayakan lelaki tu."

Seluruh tubuh Ahreum kaku seperti patung apabila tiba-tiba dipeluk erat oleh Jake. Ahreum yang kehairanan sekadar berdiam, tidak melawan tindakan Jake itu.

Malah dia berasa nyaman dan lega di dalam dakapan tersebut.

"Apa yang awak buat ni?"

"Convincing you that everything is fine."

"Tak apalah, Jake. Saya memang baik-baik je."

"Stop being too hard to yourself. Saya faham selama ni awak sedih sebab perlu berjuang sendirian, at least I'm here now. Bagilah saya jadi emotional support awak walaupun sekejap."

Ahreum menolak tubuh Jake agar pelukan dileraikan, "Kenapa awak layan saya macam ni?"

"Apa maksud awak?"

"Kenapa awak baik sangat dan rajin ambil berat tentang saya?"

"Sebab saya sukakan awak, Kwon Ahreum."

Sebuah keluhan Ahreum lepaskan sambil dia membetulkan rambut yang sedikit berantakan, "Seriously, Jake? After all the things I did to you, awak masih kata awak sukakan saya?"

"Well I can't help myself. Awak cubalah campak saya ke laut dalam saya tetap akan berenang ke daratan untuk cari awak semula."

"Kenapa sampai macam tu sekali awak sukakan saya?"

"Sejujurnya saya sendiri tak tahu. Saya macam yakin yang awaklah masa depan saya."

"Okay, stop. Makin geli saya dengar awak bercakap."

Mereka berdua ketawa serentak, malah tawa Ahreum bertambah kuat apabila Jake merangkul erat pinggangnya sehingga mereka sama-sama terbaring di atas sofa itu. Tawa mereka terhenti sambil mata mereka saling bertentangan.

"Masa kita awal-awal berkenalan dulu muka awak sangat ketat, susah betul saya nak buat awak senyum. Tapi bila saya dapat tengok awak tersenyum, saya macam 'patutlah dia ni jarang senyum, sekali senyum terus cair hati aku' dan itu buatkan saya nak terus buat awak gembira. Selain buat Lily gembira, saya pun nak sentiasa gembirakan awak, Ahreum."

Kata-kata Jake berjaya menerbitkan senyuman Ahreum. Tangan kanan Ahreum mengelus lembut pipi Jake, "Are you really 'that' in love with me?"

Sebelah tangan Jake memegang tangan Ahreum yang terletak di pipinya, "I am, please let me be the person that will heal your wounds so I can keep watching you smiling."

Sudah tiba masanya Ahreum tidak dapat menipu dirinya lagi. Dia sedar selama ini dia mula memendam perasaan terhadap Jake, namun dia terlalu takut untuk jujur serta malu jika dirinya akan disia-siakan lagi.

Loceng rumah yang berbunyi merosakkan suasana tersebut. Jake dan Ahreum segera duduk, mereka tidak mahu orang lain melihat keadaan mereka sebegitu.

"Sekejap, ya. Saya kena tengok siapa yang datang." ujar Jake lalu terus ke pintu rumahnya.

Jake membuka pintu yang dikunci, rupa-rupanya Heeseung yang datang pada waktu malam ini.

"Kenapa kau datang?"

"Aku nak ambil laptop aku yang kau pinjam, tapi sebelum tu aku nak tumpang tandas."

"Lain kali, bagitahulah awal-awal."

"Aku dah call kau 10 kali tapi tak ada satu pun yang kau angkat. Cepatlah aku nak terkencing ni."

Terpaksalah Jake membenarkan Heeseung masuk sebentar. Dia terfikir bagus juga jika Heeseung masuk, dapatlah Heeseung berjumpa dengan Ahreum yang dahulu merupakan sahabat karibnya.

•••

"Awak berkawan dengan dia?!"

Wajah Jake dan Heeseung memucat. Jake tidak faham mengapa Ahreum betul-betul marah manakala Heeseung pasrah kerana perlu beritahu perkara yang sebenar kepada Jake.

"Heeseung memang kawan saya, kenapa awak marah sangat?" soal Jake sambil mendekati Ahreum yang berdiri di depan sofa.

"Jadi awaklah yang bagi alamat rumah saya kat jantan tak guna ni?"

"Jantan tak guna? Ahreum, tak baiklah awak-"

"Kenapa awak backup dia dan siapa izinkan awak sebarkan alamat rumah saya?! That is too much."

Jake terdiam, langkahnya terhenti lalu dia memandang Heeseung. Riak wajah Heeseung yang kelihatan resah menyedarkan Jake akan sesuatu.

"Heeseung, betul ke dulu kau dan Ahreum sekadar BFF?"

Heal Me | Jake AUWhere stories live. Discover now