IX

42 10 0
                                    

•••

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

•••

"Hati-hati tau, terus pergi klinik kalau side effect kau terlalu teruk."

Pesanan Sunoo terngiang-ngiang dalam fikiran Ahreum. Sejak pulang dari sekolah, Ahreum dibelenggu dengan perasaan yang bercampur-aduk. Dia masih ragu-ragu sama ada tindakannya ini adalah betul atau tidak.

Namun, apakan daya seorang gadis berusia 18 tahun hendak menjaga seorang anak bersendirian?

Akhirnya Ahreum tekad untuk mengambil bungkusan pil yang Sunoo berikan di sekolah. Beg sekolah diselongkar dan Ahreum mengambil bungkusan pil itu.

Setakat pendarahan yang banyak dan kekejangan di perut, Ahreum yakin dia dapat menampung rasa sakit itu dengan mudah.

Dia akan pastikan rahimnya bersih tanpa sebarang janin lagi.

•••

"Ahreum, cepatlah bersiap nanti kamu lambat." ujar Puan Kwon dari luar bilik Ahreum. Pintu bilik anak sulungnya masih tertutup rapat, seakan-akan tiada tanda yang dia akan ke sekolah.

Kegusaran melanda diri Puan Kwon apabila dia sedar pintu bilik Ahreum terkunci. Tiada sebarang sahutan juga setiap kali dia memanggil nama Ahreum.

"Mana Ahreum? Nanti saya pula yang lambat pergi kerja." soal suaminya yang sudah lama menunggu Ahreum bersiap. Dia perlu menghantar Ahreum ke sekolah dahulu kemudian barulah dia ke tempat kerja.

"Saya risaulah, awak tolong carikan kunci bilik Ahreum."

Tanpa banyak bertanya, Encik Kwon mencari kunci yang diminta. Lalu dia kembali di depan pintu bilik Ahreum dan membuka pintu yang berkunci.

Sebaik sahaja pintu dibuka, alangkah terkejutnya pasangan suami isteri itu melihat anak mereka terlantar di atas lantai dengan darah berlumuran di sekelilingnya. Ahreum yang tidak menyedarkan diri masih berpakaian tidur.

Ahreum terus dibawa ke hospital.

Heal Me | Jake AUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu