Bab 5 - Dingin

31 1 0
                                    

Seperti biasa hari Isnin adalah hari yang kurang disukai oleh banyak orang. Termasuklah Redan dan kawan-kawannya.

"Liff faster!!" Jerit Aidan dari tingkap. Sudah 10 minit mereka menunggu Aliff bersiap untuk ke kelas.

"Liff.. Cepat sikit.. Ni Redan ni sikit lagi nak jadi dragon." Iskandar bercanda.

"Rarw.. dragon rarw !!" Aidan ketawa terbahak-bahak.

Redan hanya membuat muka malas.

Mereka memang suka mengusik Redan. Lelaki itu memang manusia tanpa perasaan. Susah untuk melihat dia ketawa atau marah. Dia hidup seperti tiada hati tapi Redan seorang yang sangat baik dan suka menolong kawan-kawannya. Setakat ini hanya satu hal saja yang boleh merosakkan mood lelaki itu. Iaitu perempuan.

"Ampun sahabat-sahabat ku.. Maafkan patik." Tutur Aliff apabila dia sudah menutup pintu kereta.

"Nak marah pun tak guna. Esok kau tetap lambat juga." Iskandar menyerah.

"By the way Red kau habis kelas pukul berapa?" Tanya Aidan.

"11." Jawab Redan pendek.

"Sama. Boleh tak nanti kau kau keluar awal hantar aku balik KK."

"Boleh je."

"Kau tak nak join lunch sekali ke." Tanya Aliff.

"Tak. Aku nak ambil Salsa dengan Kai dekat KL Sentral. Pukul 11.30 nanti mereka sampai KL Sentral."

"So, kenapa kau suruh aku hantar kau balik KK." Tanya Redan pelik.

"Aku nak ambil kereta la. Malas nak bawa sekarang, sebab nanti dekat fac tak ada parking." Jelasnya. Dia malas nak mencari parking. Sebab itulah mereka sering berkongsi kereta untuk ke kelas jika mereka sama-sama ada kelas diwaktu pagi.

"Naik kereta aku je la."

"Kau nak teman ambil ke?"

"Ermm.." Balas Redan pendek sambil fokus pada pemanduannya.

Mereka bertiga hanya tersenyum sinis. Pelik.
Masuk kali ini sudah dua kali Redan membenarkan perempuan menumpang keretanya. Perkara itu adalah sesuatu yang sangat pelik.

Redan Parulian, lelaki dingin yang mereka kenal yang selama ini sangat anti dengan perempuan kini berbaik hati sudi menghantar dan menjemput perempuan. Wow.Tetapi mereka tidak berani untuk mengusik Redan tentang hal ini. Mereka tidak mahu merosakkan mood lelaki itu. Mereka tahu bagaimana antinya Redan dengan perempuan selama ini.

***

Turun saja daripada kereta, tiba-tiba Redan didatangan seorang perempuan.

"Dia mai dah." Aliff mula mengusik Redan.

"Hi guys.. Morning Red." Sapa Emy.

"Hi Emy." Aliff dan Iskandar menjawab ringkas.

"Hi Emy. Ada kelas ke pagi ni?" Aidan sekadar berbasa basi. Dia tahu sikit lagi api Redan akan menyala. Dia tahu yang Redan tidak menyukai Emy.

"Ada."

"Ermmm. Red hari ni kita lunch sama-sama nak. I tahu satu tem.."

"Sorry I ada hal lepas kelas." Potong Redan dan terus berjalan meninggalkan Emy.

"Kami masuk kelas dulu ya." Ucap Aidan berpamitan.

"Ishh.. Emy ni merosakkan mood Redan la." Ucap Aliff, setelah mereka jauh daripada kawasan meletakkan kenderaan.

"Tengok la tu. Api dia dah nak menyala. Tak faham aku. Kenapa si Emy tu masih tak give up nak dekat si batu tu." Aidan meluahkan

***

Seperti yang dijanjikan kini Redan dan Aida telah pun sampai di KL Sentral.

"Ha.. tu mereka." Ucap Aidan apabila dia telah pun melihat kelibat Salsa dan Kaimila.

Redan pun memberhentikan keretanya dan membuka lock pintu.

Aidan keluar untuk membantu memasukkan bag kedua gadis itu. Salsa turut membawa gitar elektrik miliknya yang ada dikampung. 

"Hi.. terima kasih sudi ambil kami." Ucap Salsa setelah mereka masuk dan duduk dengan selesa. Jujur mereka boleh saja menaiki teksi untuk balik ke kolej kediaman. Tetapi Aidan melarang. Menurut Aidan lebih selamat untuk dia yang mengambil mereka berdua. Salsa dan Kaimila hanya bersetuju kerana mereka juga masih belum terbiasa dengan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Selama hidup hampir sebulan disini mereka berdua banyak bergantung kepada mereka untuk kemana-mana atau keluar mencari apa-apa. Iskandar, Aidan, Aliff dan Redan sangat memerima dan membantu mereka.

"Sama-sama. You all tak lunch lagi kan. Jom kita makan dulu." Ajak Aidan.

Mengambil masa 10 minit untuk sampai ke kedai makan pilihan mereka.

***

Selesai saja menikmati hidangan yang dipilih.

"Alhamdulillah." Ucap Salsa. Dia betul-betul kenyang.
"Sal kau tak cerita lagi pasal gitar tu." Tanya Kaimila.

"Ohh tak ada apa. Saja je bawa. Opah cakap daripada tak ada sesiapa yang guna dekat rumah better bawa sini. Boleh letak dekat studio."

"Terbaiklah Sal." Aidan memuji. Kerana tidak semua orang mudah untuk berkongsi alat muzik lebih-lebih lagi alatan yang mahal.

Salsa hanya tersenyum.

Redan sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia hanya mendengar semua cerita-cerita mereka bertiga tanpa menyampuk satu pun. Pelik sebenarnya lelaki ini. Diam saja. Dan itulah sebenarnya sifat Redan. Selama sebulan Salsa kenal lelaki itu boleh dikita dengan jari berapa kali saja dia mendengar suara Redan.

***

Sampai sja di kolej kediaman mereka. Redan memberhentikan mereka berdua dihadapan blok tangga utama. Untuk memudahkan kedua gadis itu membawa beg mereka.

"Sal. Gitar tu nanti aku tolong bawakan ke studio." Ucap Aida. Ketika membantu mereka mengeluarkan beg.

"Okay.. Thank you Aidan." Ucap Salsa. Tanpa mengunggu lama. Dia terus mengeluarkan wang berjumlah RM 50 dan memberikannya Aida.

"Ni, duit minyak untuk hari tu sekali."

"Op..op.. Bukan kereta aku. Tu.. Itupun kalau dia nak ambil" Ucap Aidan sambil menunjukkan ke arah Redan di tempat duduk pemandu.

Tingkap tempat duduk pemandu diketuk perlahan. Redan hanya memandang datar setelah cermin diturunkan.

"Redan.. ni duit minyak untuk hari tu sekali." Ucap Salsa sambil mengulurkan not RM50 kepada Redan.

Lelaki itu hanya memandang pelik. Wajah yang sedia kala datar bertambah datar.

"Awak ingat saya teksi ke?" Tanyanya datar.

"Erkk.." Sudah. Dia terasa pula.

"Bukan.. Bukan tu maksud saya. Ni.. opah yang suruh bagi, sebab awak dah tolong saya.." Salsa cuba menjelaskan.

"Dah. Simpan je duit tu. Dan cepat masuk." Balas Redan tegas.

"Oh..okay.. Terima kasih." Takut pula Salsa apabila melihat wajah serius Redan. Bibirnya di muncungkan. Tanda dia ingin merajuk.

"Thanks Redan." Ucap Kaimila. Tangannya memeluk bahu Salsa.

"Dah la.. dia tak nak. Nak buat macam mana. Kau macam tak tahu Redan tu macam mana." Pujuk Kaimila.

"Batu betul dia tu kan. Dasar dragon." Ucap Salsa.

"Hahahahaha.. Dah jom naik atas. Malam ni kita ada meeting lagi. Kita rest dulu."

Unspoken LongingsDove le storie prendono vita. Scoprilo ora