Bab 4 - Rindu

27 1 1
                                    

Sudah sebulan Salsa menjalani kehidupan barunya. Semuanya berjalan dengan baik. Dia telah boleh menyesuaikan diri di tempat baru dan telah mendapat kawan-kawan baru. Salma juga telah mengambil keputusan untuk kembali aktif menyanyi dengan menyertai Sakira Band. Salsa akan menjadi penyanyi bagi band tersebut untuk mewakili kolej kediamannya di festival seni universiti.

Hari ini Salsa akan pulang ke kampung halamannya. Dia tidak ada kelas pada hari ini. Sedari subuh dia telah bersiap. Iskandar dan Aliff telah berjanji untuk membantu menghantar dia ke KL Sentral pagi ini. Petang semalam selepas kelas Kaimila sudah dijemput oleh kakaknya.

- Sal.... dah siap ke? - Aliff
- Dah.. Nak gerak sekarang ke? - Salsa
- Jom pergi breakfast dulu - Aliff
- Okay.. 2 minit - Sara

Cepat saja Salsa mencapai bag galasnya dan melangkah keluar. Dia sudah sangat teruja untuk pulang ke kampung halaman. Rindu Opah. Sudah lama dia tidak memdapat pelukan hangat opahnya. Kali terakhir adalah 2 minggu yang lepas iaitu sewaktu opahnya datang ke sini.

"Morning.." Ucap Salsa semasa dia membuka pintu kereta.

"Morning.." Jawab Iskandar dan Aliff.

"Sal.. kau duduk depan. Sini beg tu." Iskandar mengambil beg galas Salsa dan diletakkan di bahagian tengah tempat duduk belakang. 

"Oh... Okay." Tanpa banyak bertanya Salsa terus menempatkan dirinya di tempat duduk hadapan bersebelahan Redan yang hanya mendiamkan diri.

"Kita makan dekat simpang ye." Aidan memutuskan untuk makan di Kedai Sarapan pagi yang ada di Simpang berdekatan dengan universiti mereka.

"Okay. " Jawan Redan.

***

Selepas menempuh perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam menggunakan ETS kini Salsa telah selamat sampai di kampung halamannya.

Kak Alia bersama Opah Safiya,  kini sudah sedia menunggu di station KTM Ipoh.

"Opah... Rindu.." Tubuh kurus Opahny dipeluk kuat. Melepaskan semua rasa rindu yang bersarang dihati. Salsa tidak kisah dipanggil manja kerana memang dia tidak pernaah berpisah dengan Opahnya. Dari dia lahir, dia dijaga dan disayang oleh Opahnya. Hanya opah yang dia ada.

"Opah pun rindu cucu opah ni. Dah jom balik. Opah dah masak makanan kesukaan Caca." Pelukkan dilepaskan. Jika dilayan, mahu 30 minit pun Salsa tidak akan melepaskan pelukkan itu.

"Kak Lia." Tangan Alia disalam dan dicium.
"Rindu dekat Caca. Caca tak ada akak tak ada kawan." Adunya.

25 minit diperlukan untuk sampai kerumahnya.

"Alhamdulillah, sampai pun kita. Terima kasih Lia." Ucap Opah Safiya. Dia bersyukur anak jirannya ini selalu sudi membantu dia dan cucunya. Dan kebetulan Alia bercuti pada hari Junaat.

"Sama-sama opah."

"Moh le kita makan sekali. Ajak ayah kamu datang makan sini." Ajak Opah. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk mereka makan bersama-sama jika ada masa.

"Kejap ye opah. Lia balik solat dulu. Nanti ayah balik dari masjid kami ke rumah opah.

***

"Alhamdulillah.. Sedap Opah masak. Rindu air tangan opah." Ucap Salsa.

"Alhamdulillah.. Makan ramai-ramai macam ni sedap. Dah lama kita tak berkumpul makan sama-sama." Ucap Tok Long Ali.

"Itulah. Masing-masing dah sibuk. Shahrul bila dia balik sini. Rindu betul opah dengan dia."

Mendengar nama pujaan hati disebut, membuatkan Salsa tersenyum manis. Rindu. Jujur dia sangat rindukan sosok lelaki yang sedang bertakhta di hatinya. Sejak 3 bulan terakhir ini mereka sudah jarang berkomunikasi. Hanya berbalas pesanan saja. Itupun tidak sekerap dahulu. Bahkan Salsa masih belum sempat bercerita sepenuhnya tentang pengalaman dia menyanyi bersama-sama Sakira Band. Salsa tahu yang Shahrul kini sedang sibuk menghadapai peperiksaan diakhir semesta ini.

Unspoken LongingsWhere stories live. Discover now