Bab 2 - Perkenalan

44 3 0
                                    

Hari ini merupakan hari ke 3 Sara Salsabil menjalani minggu haluan siswa. Hari-harinya dipenuhi dengan bermacam aktiviti. Dari pagi sehingga ke malam hari. Sara Salsabil mula menyesuaikan diri. Perwatakan yang easy going dan peramah menjadikan dia antara pelajar yang aktif untuk menjawab soalan ataupun mengetuai aktiviti didalam kumpulannya.

Kaimila adalah penyokong utamanya. Setiap kali ada kuiz atau penceramah bertanyakan soalan pasti Salsa yang dihantar untuk menjawab wakil dari Sel mereka.

"Sal.. aku tengok PM atas pentas tu dari tadi pandang kau.." Kata Kaimila sambil meletakkan bekal makanannya.

Salsa tidak langsung menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang dimaksudkan Kaimila, dia berdiri semula untuk mengambil air. Sambil itu, matanya mencari gerangan yang dimaksudkan.

"Kan dia tengok kau kan. Tadi kau bangun ambil air pun dia tengok."

"Muka dia tak ada perasaan." Hanya itu komen dari Salsa.

"Bismillahirahmanirahim.." Doa dibaca dan mereka berdua menikmati makan malam dengan gelak tawa. Ada saja kisah lucu yang mereka kongsikan.

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Macam mana ni, Zack tak boleh join perform malam jumaat ni. Kak Aina pun tak balik lagi." Iskandar telah mula pening memikirkan tentang persembahan malam penutup minggu haluan siswa mereka.

Zack yang diberikan tanggungjawab untuk menjadi penyanyi solo malam itu terpaksa menarik diri kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.  Aina Safira yang merupakan senior mereka didalam band ini juga tidak dapat membantu kerana masih belum kembali ke kampus. Tiket penerbangannya adalah pada Ahad pagi.

"Red.. kau je la yang nyanyi." Iskandar memberi idea. Mereka tidak ada banyak masa lagi. Latihan harus dijalankan bermula malam ini.

"Siapa nak main drum?" Tanya Redan. Dia kalau boleh ingin elakkan diri daripada menyanyi secara solo. Dia masih lagi kurang percaya pada diri sendiri.

"Cuba tanya junior, mana tahu ada yang boleh menyanyi. Senang kita serap masuk band kita. Boleh jadi wakil Feseni." Cadangan itu muncul daripada Aliff yang sedang membetulkan tali gitarnya.

Sakira Band merupakan band rasmi kolej kediaman 1. Sakira Band juga merupakan band no 1 yang ada di universiti ini. Setiap kali Feseni berlangsung, semua pelajar ternanti-nantikan persembahan daripada Sakira Band.

"Bijak... idea yang bijak.. baik kita cari pelapis dulu, sebelum kena ambil dengan budak kk lain." Iskandar terus saja keluar daripada mini studio itu dan turun ke bawah dewan.

Laju saja dia mengambil microphone untuk membuat pengumuman.

"Perhatian kepada semua pelajar..."

Mendengar saja ucapan itu, dewan yang sedang  riuh itu kembali senyap. Para pelajar mula memberi tumpuan kepada PM Iskandar yang sedang berdiri diatas pentas.

Unspoken LongingsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora