Bab 1

7.4K 962 156
                                    

"Tuan, termenung panjang nampak? Tak akan la teringat semula kejadian yang berlaku sebelum ni." Emir memulakan bicara. Bukan apa, dari tadi dia melihat lelaki itu hanya diam membisu. Tiada satu suara yang keluar. Pelik juga dia.

"Aku cuma rindukan Ghaus dan Farid. Sampai sekarang aku belum mampu untuk lupa apa yang terjadi Emir. Aku rasa aku gagal. Gagal jadi seorang ketua pasukan yang baik."

"Kita semua rindukan Ghaus dan Farid, Tuan. Tapi apakan daya? Ajal mereka terlebih dahulu. Sampai sekarang saya bawa anak Farid pergi main taman. Saya tahu dia perlukan seorang ayah." Kata Raid. Mereka semua rindukan Farid dan Ghaus.

Kejadian yang berlaku membuatkan Ehsan Eskandar gagal menerimanya. Alhamdullilah, nyawa masih dipanjangkan.

FLASHBACK...

Ehsan terjaga dari lenanya. Kepala mula berdenyut. Dia tak ingat apa yang terjadi. Kejadian terakhir dia hampir ditembak. Lalu semuanya hilang.

"Sudah bangun kau rupanya.. Aku fikir masih lagi tidur." Suara Pak Andik muncul dibalik pintu kayu bersama makanan yang dibawa.

"Maafkan aku kerana membuka baju kau. Tuh, aku sudah basuh di sana. Dan luka kau, sudah aku cuci. Tapi maaf kalau masih sakit."

Ehsan hanya diam membatu. Dia tidak kenal siapa lelaki tua dihadapannya ini.

"Aku Pak Andik. Orang yang selamatkan kau di hutan sana. Kau tentera? Dari mana?" Soal Pak Andik.

"Anggota saya yang lain dekat mana?" Tanya Ehsan. Soalan dari Pak Andik belum terjawab.

"Dua anggota kau, sudah diambil oleh orang-orang kau. Aku yakin, mereka sedang mencari dimana jasad kau berada."

Ehsan bangun dari katil kayu. Dia berjalan menghampiri ke arah pakaiannya. Dia perlu memberitahu tentang keberadaannya.

"Kau perlu berehat. Kesihatan kau belum pulih sepenuhnya. Banyak tenaga kau habis." Pesan Pak Andik.

"Aku keluar dulu. Jangan lupa makan, kau perlu isi semula tenaga kau."

Hilang saja bayang Pak Andik, Ehsan termenung panjang. Apa yang terjadi pada isteri dan anaknya?

End Flashback..

"Jauh termenung lagi Tuan. Banyak betul scene-scene tengah tayang dalam fikiran Tuan balik." Usik Emir.

Ehsan hanya tersenyum. Itu kejadian yang dia diselamatkan.

Ting!

Satu pesanan ringkas kedengaran di telefon bimbit Ehsan.

Teratai Cinta Hati:
"Abang dekat mana? Busy ke?"

Ehsan tersenyum lebar.

Suami Terkacak Dhia Raihana:
"Abang tengah termenung bayangkan wajah cantik isteri abang."

Teratai Cinta Hati:
"Gatal! Balik cepat, Dhia rindu suami Dhia.."

Suami Terkacak Dhia Raihana:
"Ini yang lemah ni. Isteri abang nak makan apa-apa? Abang boleh belikan sebelum balik nanti."

Teratai Cinta Hati:
"Tak nak lah, Dhia nak tengok abang aje. Rindu."

Ehsan ketawa membaca pesanan isterinya. Rindu. Sejak mempunyai tiga orang cahaya mata, hidup Ehsan makin bahagia. Endra Raiyan, Edra Raeez dan anak bongsu perempuannya Ezara Sophia.

Suami Terkacak Dhia Raihana:
"Anak-anak macam mana? Okay?"

Teratai Cinta Hati:
"Ezara ni asyik merengek nak papa aje. Mama tak nak pun. Manja betul."

HIS CODE NAME: ALPHA 2Where stories live. Discover now