Tengku Seducer: 37

Start from the beginning
                                    

"Awak cakap saya pentingkan diri? Macam mana saya tak pentingkan diri kalau sedikitpun saya tak rasa yakin yang Hayf itu akan lebihkan saya? Sekarang, saya nampak anak awak Hayf itu lagi pentingkan menantu awak daripada saya. Saya umi dia! Macamlah saya tak tahu pada siapa dia akan bahagikan harta itu nanti," dengus Maisarah dengan kasar.

Meletus ketawa berbaur sindiran daripada dua ulas bibir Ku Kaf. Tak sangka wanita sebegini pernah menjadi pemilik hatinya suatu ketika dahulu. Wanita yang tak pernah sedar dek untung.

"She's his wife, Mai. Waktu tiada siapa yang menjadi sebab untuk Hayf kekal hidup, Tuhan kurniakan Sandra untuk dia. Dia hidup hari ini pun atas sebab dia nak bahagiakan isteri dia. Kau tak akan pernah faham kenapa Hayf sanggup lebihkan Sandra dalam semua hal sebab selama ini kau bukan isteri yang baik untuk aku," kata Ku Kaf mendatar. Jujur, dia pernah jatuh ke dalam lembah kekecewaan apabila Maisarah mentah-mentah menolak cintanya yang melimpah-ruah disebabkan obsesi wanita itu terhadap lelaki lain.

"Apa yang hebat sangat menantu awak itu? Awak cuba nak bandingkan saya dengan dia pula sekarang ini?" Maisarah masih berfikiran negatif.

"Menantu aku hebat sebab papa dan mama dia pun orang yang baik-baik. Alang-alang kau dah sentuh pasal Sandra, kau patut tahu siapa sebenarnya menantu aku itu. Dia.."

Mata Ku Kaf merenung dalam mata Maisarah.

"Dia anak Aaron Mikael. Lelaki yang pernah kau cinta dan membuatkan kau lakukan kerja gila dengan tinggalkan aku dan campak Hayf depan rumah anak yatim itu!" tempik Ku Kaf.

Maisarah terpempan. Dunianya yang tadi dijunjung megah ke langit kini jatuh dipijak ke tanah.

"Terkejut? What a coincidence isn't it?" Terlihat senyuman sinis menghiasi bibir Ku Kaf.

"Are you kidding me? A—aron dah ada anak?" Wajah Maisarah bertukar reaksi. Reaksi kecewa. Sudah lama dia tidak mendengar khabar lelaki yang tiba-tiba menghilangkan diri daripadanya dulu. Sungguh dia tidak menyangka.

"Dia kahwin dengan Callista, perempuan yang kau paling benci dulu masa bekerja dekat Agensi X. Alessandra Malaiqa, isteri Ian Hayf itu anak kepada Aaron dan Callista. Breaking news isn't it?" Semakin galak Ku Kaf menambahkan bara dalam api kemarahan Maisarah. Dia sudah tahu cara terbaik untuk menjentik kelemahan wanita ini.

"Impossible." Maisarah menggigit jari. Kepalanya digaru beberapa kali.

"Kifarah, Mai. Kifarah sebab kau tak pernah bersyukur dengan apa yang Tuhan anugerahkan pada kau, jadi Dia tambah lagi sebab untuk kau tak bersyukur. Anak kita yang kau benci sangat itu, kini di bawah genggaman anak Aaron dan Callista," ujar Ku Kaf sinis. Dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi meskipun pada awalnya dia teragak-agak untuk menerima Aaron sebagai besannya. Namun, kebahagiaan Ian lebih penting daripada perasaannya.

"Aaron tak akan kembali pada kau." Ku Kaf tersenyum mengejek.

"Ini.. ini semua salah Hayf! Kalau dia tak lahir, Aaron tak akan tinggalkan saya! Aaron tak akan pilih perempuan itu!" Tanpa aba-aba, Maisarah meracau. Handbag di tangan dihempas kuat ke lantai. Dia menggenggam kolar baju Ku Kaf.

"Bagitahu ini semua tak betul! Bagitahu yang ini semua memang salah Hayf!"

Ku Kaf menepis genggaman Maisarah. "Jangan tunding jari pada anak aku yang tak berdosa itu! Kalau kau taknak mengaku dia anak kau, biar aku yang mengaku. Hayf anak kandung aku. Jangan salahkan dia."

"Ini semua salah awak! Kalau awak tak sentuh saya, Hayf tak akan lahir punlah! Saya tak akan depress siang malam fikir cara untuk saya buang dia supaya saya boleh bersama dengan Aaron!" Maisarah masih tidak mahu mengaku kalah.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now