Bab 3

86 10 0
                                    

"Caiyok!"

Indah angguk dan sengih. Ibu jari diangkat tinggi sebelum nafasnya ditarik tenang. Plastik nasi lemak yang dijinjing, dipeluk kemas di dada.

Buat kali terakhir, Irzan yang sedang bersandar pada batang pokok dipandang sebelum pemandangan hadapannya kembali menjadi tatapan.

Belakang tubuh lelaki yang dia tunggu itu.

Carlian Jay.

Lelaki itu hanya duduk santai di atas lantai pasir pantai sambil memeluk lutut. Kali ini tiada Oyen seperti selalu. Tiada juga kamera yang tergantung di leher lelaki itu. Hanya lelaki itu seorang diri sedang senyap menikmati bayu pantai.

Indah berdeham sekali, mengumpul kekuatan sebelum langkahnya diorak ke arah lelaki itu. Indah melabuhkan punggung di sebelah, namun masih kekal berjarak.

"Good morning."

Jay tampak sedar dari lamunan panjangnya dan agak tersentak dengan kehadiran tiba-tiba gadis itu. Namun tidak pula dia mengelak atau menjauh.

"Morning," jawab Jay senada, masih dengan nada yang sama. Nada dingin ais batu.

Indah ukir senyum kecil lalu mengeluarkan tiga bungkus nasi lemak dari dalam plastik. Dua bungkus diletak di atas riba manakala lagi satu bungkus dihulur pada lelaki itu.

"Makanlah, panas lagi ni."

Jay tatap lama nasi lemak yang dihulur bersama sudu itu sebelum lerlahan-lahan tangannya mrnyambut huluran nasi lemak itu.

"Terima kasih."

Indah sengih dan angguk. Nasi lemak di hadapannya kini dibuka perlahan-lahan dan digaul. Tapak tangannya ditadah untuk membaca doa.

Jay pula hanya diam dan turut membuka perlahan-lahan bungkusan nasi lemak di hadapannya. Dia juga masih belum sarapan pagi. Kedua-dua belah tangannya dibawa rapat ke dagu untuk membaca doa. Selesai itu, dia mula menjamah nasi lemak itu perlahan-lahan.

"Sorry for being rude to you yesterday."

Indah berhenti mengunyah dan menggeleng laju, "Tak apa, saya tak terasa pun."

"Nama kau Indah, kan? If I am not mistaken," soal Jay.

Indah angguk lagi dan menyengih. Jay masih ingat nama dia rupanya. Ingatkan lelaki itu terus lupuskan nama dan wajahnya sejak kejadian semalam.

Senyap selepas itu, Indah dan Jay masing-masing kembali senyap menjamu selera sambil menikmati angin sepoi pagi yang menggigit kulit.

"Kita boleh jadi kawan kan?"

"Kenapa kau nak berkawan dengan aku?" tanya Jay semula, masih dengan gayanya. Soalan dibalas soalan.

"Sebab saya tertarik dengan awak?" jawab Indah jujur.

"Nothing interesting about me, really."

"Ada. Awak tak nampak, tapi saya nampak," jawab Indah lagi. Yakin.

"Okay, up to you. But remember, tak ada siapa nak berkawan dengan aku. You guess it yourself why."

"Biarlah tak ada siapa nak berkawan dengan awak pun, tapi saya nak."

Jay mengeluh dan kembali mengunyah nasi lemak itu.

"Deal? Kita kawan?"

Jay menggumam sebagai balasan. Walaupun kedengaran masih beku di telinga Indah, tapi sekurang-kurangnya lelaki itu menerimanya dan tidak menolaknya mentah-mentah seperti semalam.

"Don't expect anything from me."

"Orait, sir!" Indah sengih dan mengambil lagi sebungkus nasi lemak.

"Awak kerja apa?" tanya Indah lagi.

Arunika [ارونيكا] ✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant