Bab 2

87 7 0
                                    

"Hmm, angau dah..."

"Mana ada," nafi Indah sambil menampar-nampar pipi sendiri yang terasa berbahang. Sejak kejadian tadi, dia terus berlari pada Irzan yang sedang menunggunya di tepi pokok.

Padahal dia sendiri yang mahu tahu nama lelaki itu.

Carlian Jay.

Carlian Jay.

Indah tutup wajah dan senyum lagi. Okey... Carlian Jay.

Nama itu dia sudah kunci dalam minda!

"Borak apa dengan dia tadi?" soal Irzan sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar. Sejuk.

"Erm, tak ada apa pun. Tanya nama aje. Ingatkan nak minta nombor dia tadi. Tapi tak apalah..." Indah menggumam. Mungkin selepas ini dia perlu meraih kepercayaan lelaki itu terhadap dia dahulu.

"Kenapa tak minta tadi?"

"Dia tu... beku lain macamlah... Orang tanya nama dia tadi pun, punya payah dia nak bagi tahu."

Irzan tertawa kecil sambil menggosok kepala adiknya itu, "Sejak bila Indah pandai mengurat lelaki ni, hah?"

"Bukan menguratlah, orang nak berkawan aje."

"Berkawan eh? Habis kenapa sampai merah-merah muka ni? Ingat Indah boleh tipu along ke?" usik Irzan sambil mencubit pipi kiri Indah. Ini pertama kali dia lihat Indah seperti ini. Sebelum ini, lelaki langsung tidak menarik perhatian adiknya itu.

"Hmm..." Indah tunduk mencubit lengan sendiri.

"Tapi... tak salah kan kalau Indah rasa tertarik pada dia? Walaupun baru jumpa?"

Irzan ketawa lagi, "Tak pun. Normallah tu. Esok pergi minta nombor dia."

"Hah, along tak marah Indah ke?"

"Kenapa pula nak marah? Indah bukannya budak kecil lagi. Besar dah ni, boleh kahwin dah," usik Irzan lagi.

"Cis, yang kena kahwin tu along dulu! Indah tak boleh kahwin selagi along belum kahwin. Ingat kan? Umi tak bagi langkah bendul."

Terus Irzan menarik muka cemberut, "Tak habis-habis langkah bendul. Jodoh siapa sampai dulu, dialah kahwin dulu. Along ni calon pun tak ada, nak kahwin apa? Ish."

Indah ketawa pula sebagai balasan. Dia tahu topik perkahwinan ini agak sensitif kepada Irzan kerana lelaki itu masih bujang walaupun sudah dikenalkan dengan ramai anak-anak kawan umi. Semuanya tidak menarik langsung di mata Irzan. Entah bilalah Irzan hendak membuka pintu hati sendiri.

"Along tu, pilih ajelah kalau umi dah recommend banyak-banyak tu. Cuba jangan memilih sangat. Yang umi pilih tu cantik-cantik apa?"

"Along nak nikah dengan seorang perempuan aje. Perempuan tu along bukannya boleh senang hati pilih macam itu aje. Along memang memilih, sebab along nak perempuan yang boleh sehidup semati dengan along. Yang along betul-betul kenal dia. Setakat cantik tu, hmm... Along tak kisahlah tentang rupa. Asalkan dia menepati ciri-ciri bakal isteri yang along nak."

"Hmm, so along nak cari calon sendiri la ni?"

Irzan angguk sebagai jawapan.

"Dah tu? Pergilah cari. Umi tu hari-hari dah bising along tak bawak balik calon menantu untuk dia. Indah yang sakit telinga nak hadap."

Irzan mengeluh dan mengeliat perlahan, "Tak nak kahwin lagilah sekarang. Calon tak ada. Malas nak cari."

"Calon tak ada? Excuse me, along? Along ni rabun ke apa? Along tak nampak ke dekat hotel tu siapa yang suka dekat along?"

"Siapa pula? Haih..." Irzan geleng kepala malas-malas.

"Kak Tasnim! Dia suka along."

"Tasnim?" Irzan kerut dahi dan menggeleng menafikan. Mana mungkin gadis bernama Tasnim yang dimaksudkan itu ada perasaan pada dia, mustahil. Walhal Tasnim itu cuma pekerja bawahannya, berjawatan sebagai housekeeper di hotel miliknya. Tipulah jika dia tidak memerhatikan setiap gerak geri pekerjanya tetapi setakat ini, dia tidak pernah dapat tangkap apa-apa tanda bahawa gadis itu menyimpan perasaan terhadapnya.

"Along, dengar sini. Indah ni receptionist hotel along tau. Hari-hari Indah hadap muka dia. Hari-hari Indah nampak muka dia berubah bila along meronda kawasan lobi."

"Muka lain? Dia takut along tak puas hati kerja yang dia buat kut." Irzan menindakkan lagi. Memang pada dasarnya, dia seorang yang tegas ketika bekerja. Sisi ceria ini, hanya Indah sahaja yang mampu lihat kerana mereka berdua memang terlalu rapat sejak kecil lagi.

"Ish, along ni! Muka lain tu maknanya muka dia merah! Dia blushing tengok along."

"Nope, along tak suka macam tu. Along tak suka dia libatkan perasaan dia waktu bekerja."

"Tapi along suka dia tak? I mean... suka sikit-sikit? Berminat? Tertarik?" Indah sengih, masih mencuba.

"Tak," balas Irzan senada.

Indah berdecit.

"Dia pekerja along aje. Along tak pernah anggap dia lebih daripada tu. Dia tu pula bagus orangnya bila buat kerja, rajin. Along tak nak nanti, andai kata along ada apa-apa hubungan dengan dia, dia tak fokus kerja pula. Dahlah kerja satu bumbung aje."

Indah mencebik, "Tapi Kak Tasnim tu baiklah... cantik pun cantik tau! Indah berkenan kalau dia jadi kakak ipar Indah."

Irzan mengeluh dan menepuk bahu Indah, "Along tak nak cakap apa-apa. Kalau ada jodoh, adalah."

Indah berdecit buat kesekian kali dan memeluk tubuh. Dia sudah tahu pengakhiran topik mereka akan jadi seperti ini. Irzan memang sangat memilih pasangan. Seumur hidupnya, Indah belum pernah lihat Irzan mempunyai hubungan dengan mana-mana perempuan lain. Bercakap dengan perempuan pun jika hanya ada urusan kerja.

"Dah jom balik," ujar Irzan lalu memulakan joging perlahan.

"Eh, along! Janganlah!" Indah mendengus kegeraman dan mengejar langkah deras lelaki itu. Sudahlah perutnya sedang kejang.

"Along! Tunggulah... aduh!" Indah tunduk menekan perut sendiri. Matanya dikatup rapat sambil liurnya ditelan payah.

Irzan terus berhenti dan berlari kembali, menggoncang perlahan bahu adiknya.

"Indah, okey tak ni? Hey... kenapa ni?" Irzan tunduk mencari wajah Indah yang sengaja disorok.

"Sakit..."

Irzan mengusap lembut kepala Indah yang berlapik tudung lalu menyoal lembut,  "Hari pertama?"

"Hmm..."

"Sini," Irzan kemudian duduk mencangkung, memberi isyarat supaya Indah memanjat belakang tubuhnya.

Indah tidak banyak suara dan hanya memanjat belakang tubuh Irzan seperti yang sudah diisyaratkan. Dia sudah biasa dimanjakan oleh Irzan.

"Along minta maaf tau," ujar Irzan perlahan dan bangun perlahan-lahan, membetulkan kedudukan Indah di belakangnya badannya.

"Tak apa..." Indah menyembamkan wajah dan menggumam seorang diri.

"Esok teman Indah datang sini lagi tau..."

"Tengah sakit perut pun sempat lagi nak menggatal eh?." Irzan ketawa tetapi dalam diam, dia hanya setuju.

"Mana ada menggatal..." Indah sembunyi wajah dan tersenyum dalam diam.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now