Tengku Seducer: 36

Start from the beginning
                                    

"Did you feel played by?" Alessandra membidas.

"Then you succeed, madam. I'm fooled by it." Ian tergelak kecil.

"Tapi I tak main-main." Pandangan Alessandra semakin redup.

Ketawa Ian mati mendadak.

"What do you mean?" Kelihatan berlapis-lapis ruas dahi Ian cuba menghadam apa yang barusan dia dengar.

"As you heard just now. I risaukan you sebab I sayang you. Maknanya I sayang dan cintakan you. Apa yang you tak faham?" Alessandra mengesat air jernih yang melekat di pipinya. Syukur suaminya tidak apa-apa.

"Ulang balik please. A—aku tak salah dengar kan wifey?" Dia menarik pinggang Alessandra untuk merapat.

Wanita itu mencebik. "Sekali cukuplah. Satu hari, satu cinta."

"Ala, Ian's wifey baby, please. Aku kan sakit ini. Mana tahu dengan kau ulang balik ayat itu, aku boleh terus sembuh. Lepas itu kita boleh balik rumah kita sama-sama," omel Ian panjang.

"You memang kan? Suka guna alasan tu!" Riak Alessandra berbaur tidak puas hati. Selalu sahaja dia kalah kalau berlawan dengan lelaki itu.

"Bolehlah, bolehlah." Ian merayu. Sesekali telinga Alessandra ditiupnya membuatkan wanita itu menggeliat geli.

"Ian Hayf."

Kening Ian terangkat naik tanpa sebarang suara.

"Jawablah I dulu!"

Ian tertawa lepas. "Ya, sayang Ian. Kenapa panggil nama aku?"

"I say—"

Terhenti percakapannya apabila jari telunjuk Ian mendarat di bibirnya.

"Shh, let me do it first. Gentleman first," arah Ian lembut. Jari-jemari Ian turun mencari tangan Alessandra lalu digenggamnya.

"Malaiqa, dunia akhirat aku akan berbakti sebagai suami kau. Belajar mencintai aku, dan aku akan mencintai kau dalam setiap hembusan nafas aku."

Alessandra terpempan mendengar janji yang dilafazkan Ian sejurus sahaja akad nikah mereka. Ian masih berpegang utuh pada janji yang satu itu?

"Disebalik janji tu, ada tanda sumpah yang aku pegang sampai mati iaitu untuk aku mencintai kau dan menjalankan amanah aku sebagai suami kau. Cuma aku, tak ada lelaki lain," sambung Ian lagi.

"You.. rasa apa yang I rasa, Ian?" Terkebil-kebil Alessandra menjamah seluruh wajah suaminya.

Ian mengiyakan dengan anggukan. "Sumpah, aku cintakan kau lebih dari selamanya, Malaiqa. Kalau kau kenal siapa Ian Hayf, kau akan tahu yang dia tak akan sesekali berkahwin dengan wanita yang dia tak cinta. Dan sekarang aku yakin yang aku tak bertepuk sebelah tangan."

Alessandra terkesima, sebelum tak lama kemudian hujung bibirnya ternaik tinggi. "Yes, I do love you, Tengku Ian Hayf Kafrael."

"Jadi jangan pernah lupa janji aku yang satu tu, Malaiqa. Faham tak ni?" Ian makin merapatkan jurang nafas antara mereka.

"Faham." Sayup-sayup kedengaran suara Alessandra.

"Hm? Tak dengarlah wifey, betul-betul faham ke?" Kepalanya makin ke hadapan, begitu juga dengan Alessandra yang semakin ke belakang. Silap percaturan, boleh terbaring mereka berdua di atas katil hospital yang sempit ini.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now