31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

Start from the beginning
                                    

" Apa pun, pastikan Negara kita selamat dan... diri sendiri selamat. Tolong Jaga Diri, Semua"

" Bersurai."

Usai itu, Jeneral Arhan Ali memegang bahu Syed Aariz dan Arshan Faiq.

" Tolong Jaga Diri."

" Tolong Jaga Isteri Aariz, Baba"

₊· ͟͟͞͞➳

" Tolong..."

" Kau nak minta tolong apa?" Adyan merengkuh dagu Arfana yang sudah jatuh menyembam bumi di dalam satu bilik kosong dan gelap. Hanya ada pelita kecil di tepi Adyan yang dia gunakan ketika masuk ke bilik itu.

" Lepaskan aku Adyan." Pintanya dengan panahan mata memerah menahan amarah.

" Kalau aku lepaskan, kau akan kahwin dengan aku tak?"

" Kau gila!"

" Memang! Memang aku gila! Kau buta ke? Aku.Gilakan.Kau!" Marahnya kepada Arfana.

Tiba-tiba dia gelak nyaring. Bergema suaranya di dalam bilik kosong itu. Arfana Faiqa mengesot ke hujung dinding. Badannya menggigil ketakutan. Adyan sudah gila.

" Eh, kau takut ke? Datanglah dekat aku, aku ada cerita nak bagitahu kau ni. Berita gembira. Mesti kau suka." Arfana hanya diam membatu dengan tangan memeluk lutut di dada.

" Eh takpelah, aku pergi dekat kau." Adyan merangkak ke arah Arfana. Melihat gadis itu menggigil ketakutan membuatkan dia rasa lebih kuat dan gembira. Dia senyum lebar melihat Arfana yang lemah seperti ini.

" Kau tahu tak? Suami Kau tak boleh jadi penyelamat kau sekarang. Dia ada misi besar punya. Padan muka dia." Dia sambung gelak.

" Dia tak pilih kau pun." Dia terus mengejek Arfana Faiqa.

Arfana ketap bibir melihat kegembiraan Adyan saat ini. Mahu saja dia tampar mulut lelaki itu.

" Aku doakan dia mati. Dan kita boleh hidup bahagia selamanya. The End..." Tangan ditepuk kuat selari dengan tawanya.

" Sekurang-kurangnya suami aku mati syahid bukan macam kau mati katak!" tempik Arfana kuat.

Dengar sahaja suara Arfana keluar, Adyan melibas pipi Arfana menggunakan tapak tangan kasarnya hingga darah menitik keluar dari celah bibir gadis pujaannya. Sungguh dia benci bila Arfana terus membela Aariz walaupun sudah pelbagai cara dia tunjukkan kepada Arfana bahawa dia benar benar cintakan gadis itu.

" Walau apa pun terjadi, Aku akan tetap bela Suami aku. Kerana hanya Syed Aariz sahaja yang akan jadi Suami aku di Dunia mahupun Akhirat. Kau buatlah apa sekalipun, Hati aku takkan berubah. Dan aku rela mati untuk dia. Dimanapun Dia berada, Aku sentiasa doakan keselamatan Suami aku dalam setiap langkah hidupnya."

" Dia buat kerana Allah!"

" Dan Dia Syahid pun Kerana Allah!"

Jeritnya dalam keadaan separa duduk kerana tamparan kuat dari Adyan. Walaupun pipinya sudah membengkak dan perit, mulut tetap melawan setiap patah perkataan Adyan. Sesungguhnya, apa lagi daya yang dia ada selain mempertahankan suaminya sendiri. Sekurangnya jikalau dia mati, kerana mempertahankan maruah suaminya.

" Apa yang kau boleh buat untuk dia Faiqa?" Soal Adyan senada.

" Aku Doakan dia sepanjang hari-hari aku. Yang tinggal sekarang, biarkan Doa-Doa kami bergaduh di langit dan pulang kepada kami pada masa yang tepat." Bisik Arfana pada diri sendiri. Air mata jatuh membasahi pipi kerana terlalu rindu akan keluarga dan suami.

Adyan duduk bercangkung lalu meraup muka kasar. Dia mengangguk perlahan.

" Apa salah aku pada kau Adyan?" Soal Arfana perlahan.

" Sebab Kau tak terima cinta aku, Faiqa!" balasnya kasar.

" Aku tak tahu." Arfana menangis menjawab kata-kata Adyan.

" Kau tak terima aku!" Adyan menjerit memberitahu asbabnya kepada Arfana.

" Aku tak tahu, Adyan!" Dan Arfana turut menjerit mempertahankan dirinya yang langsung tiada tahu menahu tentang perasaan Adyan terhadapnya.

Adyan menyepak tepi kepala Arfana hingga terhantuk ke dinding. Darah kembali menuruni hidungnya yang terhantuk pada dinding. Belum sempat dia bangun mengstabilkan diri, rambutnya direntap kasar lalu dihentak pada permukaan dinding lagi. Sudahlah tidak tahu kemana terbangnya tudung yang dia sarung sejak hari pertama di culik oleh Adyan.

" Baik kau mampus je lah. Pergi mati dengan suami kesayangan kau tu."

Tersekat-sekat nafasnya mencari oksigen untuk dihirup. Dalam keadaannya sekarat seperti ini, hanya kalimah Allah sahaja yang terbit dari fikiran dan mulutnya. Matanya kabur dengan air mata. Dada sesak dengan rasa perit dan sedih seakan dia akan mati sia-sia disini. Tanpa keluarga... dan suami.

" Saya perlukan awak, Farras" Bisiknya dalam tangisan halus.

Tapi sayangnya, Adyan dapat mendengar bisikan Arfana. Kerana terlalu marah, Dia menumbuk gadis itu hingga wajahnya menyembam ke atas pelita yang dia bawa.

" Ya Allah!"

Menjerit kuat Arfana Faiqa sebelum segalanya berubah gelap gelita.

Adyan terkaku dengan perbuatannya sendiri. Terketar tangannya memegang badan Arfana sebelum dia sendiri melepaskan tautan dan lari keluar sebelum ada orang menjumpainya. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now