Tengku Seducer: 34

Start from the beginning
                                    

"You kenalah keluar dulu kalau nak tahu. Jom, jom!" Alessandra menarik pergelangan tangan Ian.

"Nak pergi mana? Tak boleh ke kalau kita peluk je?" Ian membebel sendiri sembari kakinya ikutkan sahaja langkah Alessandra.

"Tak boleh!"

Setibanya mereka di hadapan gelanggang, muncul seorang wanita yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan...

"Hayf, anak umi." Maisarah tersenyum manis. Dia melapangkan tangan untuk membawa Ian ke dalam dakapan.

Pantas, Ian menyorok di belakang Alessandra dengan tangan masih bersatu antara satu sama lain. Tidak, dia belum bersedia untuk bermesra dengan Maisarah.

Alessandra seakan-akan faham dengan perasaan Ian cuma menayangkan senyuman manis pada mak mertuanya. Tangan Ian digosok-gosok untuk menyalurkan kekuatan.

"Umi, maaf tunggu lama. Anak manja umi ini mana boleh kalau hilang Sandra sikit." Ah sudah, dia ikut perangai siapa suka angkat bakul sendiri ini?

"Tak apa, umi faham. Hayf, umi datang bukan nak ganggu atau paksa Hayf pun.. umi cuma nak beri dorongan kepada anak umi sendiri. Hayf tak keberatan kan?" Maisarah mengerling ke arah Ian yang diam tidak berkutik.

Ian mencenung ke arah wanita berumur di hadapan mereka saat ini. Dia kehilangan diksi.

"You, cakaplah apa-apa pun." Terherot-herot bibir Alessandra berbisik dengan suaminya di belakang.

"Taknak."

Alessandra mengeluh. "Okay, fine."

"Python? Boleh get ready masuk gelanggang sekarang." Sifu Aziz menegur mereka semua. Wajah Maisarah ditenung lama. Rasanya dia cam wanita ini, penyebab Ian ingin melibatkan diri dalam Akademi Unholy MMA.

Angguk.

"Aku pergi dulu, Malaiqa. Apa-apa panggil aku. Jangan tinggalkan aku tau sayang?" Pipi Alessandra dielus lembut.

"Kenapa I nak tinggalkan you pulak? Mestilah I nak tengok suami I berlawan dari awal sampai habis." Alessandra tergelak kecil.

"Manalah tahu. Orang-orang yang aku sayang suka tinggalkan aku," ujar Ian selari ekor matanya menjeling ke arah Maisarah sekilas.

Dia pantas berpaling meninggalkan dua wanita itu.

"Umi, jangan ambil hatilah ya kata-kata Ian. Dia cuma perlukan masa lebih sikit." Alessandra merangkul lengan Maisarah.

"No, it's okay. Umi faham."

PERLAWANAN pun berlangsung. Kawasan gelanggang gegak-gempita dengan sorakan daripada pelbagai pihak. Alessandra koyak senyum sendiri apabila terkenang kali terakhir dia lihat Ian berlawan adalah ketika kali pertama Ian melamarnya.

Sesekali dia lihat Ian merentangkan kakinya selebar pinggul dengan lutut yang dibengkokkan sedikit. Kaki Ian yang lebih dominan diletakkan di belakang badannya supaya dia dapat kumpulkan momentum yang tinggi untuk menendang. Aksi itu dipanggil sebagai kuda-kuda pertarungan. Macam mana Alessandra boleh tahu? Eh, mestilah tahu itukan suami dia.

Ian mencerlung tajam ke arah lawannya. Tangannya mula bergerak, penumbuknya yang dominan diletakkan pada kedudukan paras hidung untuk melindungi mukanya daripada diserang. Dagunya ditundukkan ke arah tulang selangka. Masih dia ingat pesan Sifu Aziz, kedudukan ini boleh membantu dia menangkis serangan pihak lawan daripada terus-menerus menyerang bahagian sensitif iaitu hidung dan mata hitam. Sengaja dia mengubah kedudukannya secara berkala untuk mengelirukan pihak lawan. Dia yakin, dengan cara ini pihak lawan tidak boleh ramal langkahnya.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now