Episode 2

12 2 0
                                    

" Huh... Nasib!" Omel Heyra, tapi sekarang dia tersesat! Ruang itu di penuhi dengan pelajar yang berlainan blazer.

Dan Akhirnya matanya menangkap pelajar Tahun pertama pantas dia mendekati si pelajar.

" Ehem! Hello?" Tegur Heyra dengan gayanya. Si pelajar melihat Heyra dari bawah hingga keatas, berlapis-lapis dahi pelajar tersebut.

" Kau sapa? Tiber dengan sombongnya sapa orang, nak kena tibai dengan penumbuk ke? Dah lah selekeh!" Seperti ada kilat melintasi sisi Heyra, dia kaku.

' first time kene maki ngan orang dalam dunia ni!, kalau dunia lama mak, ayah dengan jiran-jiran' bisik hati Heyra.

" Hoi? Kau nak apa?" Soal si pelajar Heyra mengaru kepalanya yang tak gatal pun sebenarnya.

" Nak tanya mana dewan?" Soal Heyra perlahan.

" Owh, dewan jauh dari sini kau budak baru rupanya. Dah jom ikut aku" Tawar seorang lelaki yang memakai blazer berwarna biru laut.

" Oky" Tawaran si lelaki di terima tanpa ragu-ragu oleh Heyra.

Sampai sahaja di sebuah bangunan besar dan megah, Heyra kagum di sekeliling bangunan itu di penuhi bunga Ros biru tua, merah maroon dan hitam.

" Ni lah , dewan yang awak cari. Maaf atas biadap adik saya tadi tuanku Heyra Fearlies clover puteri kedua" membulat mata Heyra bukan kah identitinya di sembunyikan oleh Orang istana?

" Eh? ... Hahah..Kau merepek apa ni?" Kata Heyra tawa nya sungguh canggung.

" Saya tahu lah, saya kan tunang masa kecil tuan ku" Heyra terdiam.

' Anak pertama Duke Aksell?'

" Dyran, Rahsia kan identiti saya ya! Walaupun canggung sebab awak adalah bekas tunang saya, jadi awak tak payah lah, nak susah payah pasal
saya"

Dyran Del Aksell putera pertama Duke Aksell del Alviran. Bekas tunang Heyra semasa berumur 5Tahun dan berputus 3 Tahun selepasnya kerana permintaan Heyra atau A.K.A Dilana.

' dan dia bukanlah target aku tapi sebahagian dari misi' kata bisikan hati kecil Heyra.

" Baiklah Tuanku" Dyran meninggalkan Heyra bersendirian. Heyra masuk kedalam dewan. Kelihatan banyak pelajar Tahun pertama di dewan tersebut.

Heyra mengambil tempat duduknya di bahagian  baris kedua sebelah kiri.

Seorang pelajar perempuan berblazer jingga dan seorang pelajar lelaki berblazer Hijau gelap.

" Hi, saya Aireen diela. Saya adalah ketua pengawas Akademi, jika ada apa-apa hal boleh cari saya atau  dia" pelajar perempuan itu memandang tepat kearah anak mata Heyra. Heyra tersentak.

' kak dila'

" Hi, saya Noah. Saya adalah penolong ketua pengawas. Jika tiada kepentingan jangan jumpa saya"kata  si pelajar lelaki pula.

' what! Dia putera mahkota Ace Rayyan' bisik hati Heyra teruja.

' Tak salah, laki tu adik  dia!'

Heyra melihat sekeliling seperti mencari sesuatu kening kanannya terangkat serta merta bibirnya mencipta seyum sinis

Target utama tertangkap!

•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=•=

Di sebuah tempat di Akademi sihir Worts...

" Haih..." Keluh seorang gadis. Ruang matanya di penuhi dengan pemandangan laut yang terbentang luas.

" Hei, kau dah kenapa?" Tanya seorang lelaki. Si gadis menoleh.

" Aku jumpa Heyra Fearlies" balas si gadis singkat.

" Came on lah, Reyn" Reyn mengalihkan pandangannya ke si lelaki.

" Ace... Kau tak paham macam mana rasa di buang Keluarga demi adik yang akan menjadi ratu.." Ace Rayyan memandang tepat kearah anak mata Reyn Felicia.

" Macam tu jugak aku bila terpaksa bersaing dengan adik beradik demi takhta walaupun sampai bunuh membunuh demi menjadi Emperor" luah Ace pada Reyn. Reyn terdiam.

Tanpa sedar ada seseorang sedang duduk di dahan pokok yang berdekatan.

Heyra:Change The Story LineWhere stories live. Discover now