Tengku Seducer: 31

Start from the beginning
                                    

"I nak ikut!" Alessandra beranjak ke hadapan. Tangannya didepakan menghalang laluan Ian.

Mata Ian merenung wajah isterinya sebelum matanya makin lama makin mengecil dek tersenyum. Dia mara selangkah ke arah Alessandra.

Buf!

Alessandra terpinga-pinga. "Y-you buat apa ini?"

Terkejut bukan kepalang dia apabila Ian selamat berada dalam dakapan dia sekarang ini.

"Bukan kau nak peluk ke yang? Aku peluklah." Dia benamkan kepalanya ke ceruk leher Alessandra. Ah, wanginya. Hilang segala kekacauan dalam kepala.

"I- I halang you dari keluar tanpa I. Nak ikut." Kedua-dua tangannya jatuh ke sisi.

"Bukan nak peluk kita ke?" Ian angkat kepala cuma sebentar.

Alessandra geleng perlahan.

"Oh. Aku ingatkan kau depa tangan macam itu sebab nak aku peluk. Tapi kalau kau mintak peluk pun apa salahnya wifey, tak rugi apa-apa," balas Ian.

Terasa hangat deruan nafas Ian pada lehernya saat ini. "Dahlah itu Ian, nanti orang lain nampaklah."

"It's okay sayang. Kita kan suami isteri. Lagipun, tubuh seorang suami diciptakan untuk dipeluk oleh seorang isteri. Rugi tau kalau kau tak pakai aku. Cepat, peluk aku balik. Gunakan aku, manfaatkan aku. Aku rela hehe," selar Ian dengan sengihan nakal.

Alessandra menguntum senyum. Alahai, suaminya ini. Boleh tak kalau nak gelak itu jangan gelak comel sangat? Geram tahu tak.

"Ye ye jelah fakta you ini kan? Entah ayat ustaz mana you petik." Alessandra mencebik. Lambat-laun tangannya mula mengusap lembut belakang badan Ian.

"Ish, Ustaz Muda Ian Hayf Kafrael. Berapa kali kita nak bagitahu ni?" Dia menggigit bahu isterinya.

"Ian! Sakit tau tak? Cepatlah cakap, you nak keluar pergi mana? I nak ikut." Nada suara Alessandra separa merayu. Persis kanak-kanak yang tidak mahu ditinggalkan mak ayah.

"Aku memang nak bawak kau pun wifey. Kau siap-siap dulu, lepas itu ikut aku," arah Ian.

Pelukan mereka terlepas. Ian mengelus lembut kepala isterinya.

"Betul ke? I boleh ikut?" Mata Alessandra bersinar.

"Betul yayang. Kau ingat aku boleh bernafas ke kalau tak ada kau di sisi aku? Pergi siap, aku tunggu." Ian mengorak langkah ke arah katil. Kalau boleh tidur sekejap pun dah cukup bersyukur dah ini.

•••

"Dilan! I cakap dengan you ini! You pekak ke apa? Appointment I dengan baby esok. You boleh hantarkan ke tidak?" Qasarina menarik kasar tangan Dilan yang mahu berlalu begitu saja.

Selepas sarapan tadi, dia terus ingatkan lelaki itu tentang rancangan esok hari. Tahu-tahu Dilan terus bangun tanpa memberi kata putus.

"Sebelum ini you pergi sendiri okay je kan? Why not kali ini you buat macam biasa?" Dilan menepis rangkulan tangan Qasarina.

"How could you? Suami orang lain seronok setiap kali temankan isteri dia pergi appointment, tapi you? You boleh pula nak suruh I pergi sendiri?" Tubir mata Qasarina mula menghangat. Sudahlah emosinya sejak jadi ibu ini lain macam.

"Itu suami orang lain, bukan suami you. Dahlah Qas, I penat. I nak tidur," ujar Dilan.

"You penat buat apa? Siang malam you keluar lepak langsung tak ingat dekat I. You tahu siapa yang jaga I? Ayahanda you! Tak malu ke?" selar Qasarina. Perutnya yang membesar ke hadapan diusap. Sabar ya anak, tolong buat baik dengan mama.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now