Bulan & Bintang: 14

8 3 0
                                    

*ೃ༄

Semua murid lelaki sedang berbisik-bisik. Ada lah tu yang mereka nak kenakan. Nak memilih ketua pengawas pun masih lagi nak kenakan orang.

Selepas sahaja memasukkan kertas undian itu ke dalam bekas, masing-masing melihat ke kawan-kawan mereka sambil tersenyum. Bukan seorang atau dua orang tetapi hampir semua murid lelaki. Ada juga beberapa orang murid perempuan yang lain yang macam mereka.

"Cikgu harap kamu semua dapat memilih ketua yang baik lah untuk tahun ni," kata cikgu yang memegang bekas undian itu.

"Korang undi siapa?" soal Malik. Dia menghampiri Bintang, Sabrina dan Ros.

"Kau," kata Sabrina.

"Azim," kata Bintang.

"Bulan," kata Ros.

"Azim? Pelik betul lah kau ni, Bintang," rungut Malik.

"Aku tak tahu nak pilih siapa. Aku pilih Azim jelah," jawab Bintang. Siapa je yang Bintang kenal? Bintang memang tak suka mengenal orang. Bukannya berlagak tapi takut. Takut ada orang kata dia beria.

"Lah aku kan ada. Bulan pun ada," jawab Malik. Bintang segera mengerling ke arah Malik. Tatapan asing diberikan.

Tatapan seperti mengatakan Malik dan Bukan tidak layak mendapatkan gelaran ketua.

Seketika penglihatan Bintang menjadi gelap, bukan pengsan tetapi matanya ditutup oleh seseorang.

"Sabrina..?" ujar Bintang.

"Berdosa, Bintang," kata Sabrina. Setelah mendengarkan apa yang Sabrina cakap, dia terus melarikan pandangannya daripada Malik.

"Aku pergi dululah. Bulan dengan Wan tengah tunggu tu," kata Malik. Dia terus pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Aik, tak bagi salam ke?" soal Ros. Bintang dan Sabrina memandang Ros tajam.

"Kalau dia bagi salam pun kita tak boleh jawablah," kata Bintang.

"Yeke?"

"Haah, nanti jadi haram juga sebab dia bukan mahram kau," terang Sabrina. Bintang pun mengangguk tanda setuju.

"Dahlah, lebih baik kita keluar rehat. Lapar ni," kata Bintang.

"Yelah, lapar aje kau ni. Kau tak makan ke dekat rumah?" soal Ros. Bahu Sabrina dan Bintang dipeluk olehnya.

*ೃ༄

"Cikgu tipu kan?" soal Bulan. Dia duduk kembali di kerusinya.

"Buat apa saya nak tipu? Nama kamu yang terbanyak dekat sini. Tak percaya tengok semua ni sendiri," kata cikgu.

"Saya tak nak jadi ketua," rungut Bulan.

"Manalah saya tahu. Layak je saya tengok. Kamu yang perlu kurangkan tidur di dalam kelas," ujar cikgu itu.

"Payahlah saya nak belajar nanti kalau jadi ketua," kata Bulan.

"Tanggungjawab ialah tanggungjawab, Bulan."

"Saya tahu sebab itulah saya tak nak galas tanggungjawab ni, cikgu," pinta Bulan.

"Cuba dulu, Bulan," kata cikgu itu.

"Tapi.."

"Pengetua pun setuju, Bulan," kata cikgu itu.

"Saya terima dulu. Kalau ada apa-apa jadi saya akan undur diri," pinta Bulan. Guru itu mengangguk-anggukkan kepala tanda sepakat.

"Saya pergi dulu." Bulan terus menapak keluar dari ruangan guru itu.

Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now