Misi Pencarian Artifak

11 2 1
                                    

ANGIN senja bertiup lembut sehingga menggoyangkan pohon-pohon kelapa yang tinggi lampai. Deruan angin kemudiaanya melalui kubah Arcanum Citadel, lalu membelai wajah Arion Magentus. Riak wajahnya kelihatan bimbang bercampur sedikit tertekan. Garis-garis kedutan penuaan jelas terpancar pada wajah Arion Magentus. Tetingkap pada kubah Arcanum Citadel yang luas terlopong pula membenarkan tiupan angin senja serta pencahayaan sinaran mega itu berlabuh lalu masuk ke dalam bangunan Arcanum Citadel yang serba megah dan mewah itu. Matahari kian terbenam di ufuk barat, lalu menampilkan paduan langit yang berwarna jingga dan ungu. Di ruang persidangan, peta holografik 'Galaksi Sakti' jelas terpampang di bahagian dinding Arcanum Citadel yang bewarna putih.

Arion, berdiri di hadapan para pemimpin bangsa-bangsa yang berbagai rupa dan kekuatan. Dia sedang mengamati setiap satu tugas yang bakal dipikulnya dan juga gerak kerja kumpulan itu kelak.

"Kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh. Kekuatan Kegelapan sedang bangkit, dan kita harus mencari Artifak Kosmik bagi menghentikan kemaraan Kekuatan Kegelapan," seru Arion dengan nada yang tegas bercampur risau.

Arion Magentus berdiri di hadapan sebuah meja  yang berbentuk oval dan mempunyai rekabentuk zaman Viktoria pada rekaan perabot dalaman dewan persidangan utama Arcanum Citadel tersebut. Kerusinya pula merupakan kerusi kayu jati berkualiti tinggi dengan ukiran bunga-bungaan ala-ala zaman Viktoria yang dicat dengan shellac berwarna 'Emperor Antique'.

Seraphina Stormblade, si elf pemanah yang cukup tangkas, mengangguk setuju.

"Apakah maklumat yang sudah kita ketahui tentang lokasi Artifak pertama sehingga hari ini?"

Draven Emberforge, si tukang penempa besi yang kerdil, membentangkan sekeping peta lusuh di diatas meja mesyuarat itu. Dia menunjukkan sebuah planet yang mempunyai warna hijau dan biru serta sedikit warna coklat pada lukisan peta berkenaan.

"Terra Marcapada, planet manusia."

"Tapi, harus diingatkan disini bahawa, perjalanan ke sana tidak akan mudah. Kekuatan Kegelapan pasti akan dapat menghidu pergerakan kita disini kelak."

Lysandra Moonshadow, makhluk berupa seekor kucing yang bersaiz besar, mempunyai telinga yang sensitif dan mempunyai kebolehan berkata-kata hanya tersenyum sinis. Lysandra Moonshadow, berasal dari Illusionis Prime.

"Tetapi kita memiliki gabungan kekuatan yang mantap, bukan? Kita boleh melalui apa-apa sahaja rintangan yang mendatang dihadapan kita."

Setelah pertemuan yang agak dingin dan sedikit berserabut itu, kumpulan itu berjaya mencapai kata sepakat lalu terus bersiap-siaga untuk meninggalkan Arcanum Citadel menuju ke Terra Marcapada. Di bawah langit yang berwarna keperak-perakkan, perjalanan mereka yang epik di 'Galaksi Sakti' kini bermula!

***

Pendaratan kumpulan yang diketuai Arion Magentus dengan menunggang kuda semberani di Terra Marcapada diiringi oleh hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Kumpulan ini bertuah kerana dapat menyaksikan keindahan langit senja planet manusia itu. Bangunan-bangunan yang megah berdiri sambil dilimpahi cahaya bergemerlapan kelihatan terbentang luas di kejauhan. Keramaian kota pula telah menciptakan fenomena hiruk-pikuk seperti keadaan sekumpulan manusia yang sedang berpesta.

Di pusat kota iaitu Aetheria Prime, mereka mengadakan pertemuan dengan manusia yang mempunyai pengetahuan magik terahsia yang datangnya daripada bangsa manusia. Manusia yang mempunyai pengetahuan ilmu magik secara mendalam ini datangnya daripada bangsa Konsilium Magika yang memberikan petunjuk tentang Artifak Kosmik pertama yang tersembunyi di dalam gua-gua batu kapur yang berusia Permian Akhir di kawasan utara pegunungan terlarang.

Perjalanan melintasi Terra Marcapada membawa kumpulan itu melewati padang rumput yang menghijau, hutan tropika yang tebal, dan kota-kota yang dipenuhi limpahan cahaya yang berwarna-warni. Seraphina, yang membawa sekali alatan memanahnya telah mengarahkan mereka untuk terus berjalan. Seraphina memimpin pergerakan mereka melalui lorong-lorong rahsia kota serta laluan yang tersembunyi dan tidak ramai yang mengetahui laluan berkenaan. Seraphina mempunyai sedikit pengetahuan mengenai selok-belok dunia manusia.

Namun, saat mereka mulai mendekati kawasan pergunungan terlarang, mereka terserempak dengan pasukan Kegelapan yang diketuai oleh Draven Darkheart bersama konco-konconya. Maka, pertempuran dengan pasukan Kekuatan Kegelapan pun meletus.

***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Galaksi SaktiWhere stories live. Discover now