BAB 1

69 14 2
                                    

Cahaya matahari mula menyinari bumi. Hawa sejuk pagi cukup membuatkan suasana kampung itu terasa nyaman. Ditambah dengan suara alam. Sungguh mendamaikan.

Langkah kakinya dipercepatkan sebaik sahaja mendengar hempasan air terjun. Matanya masih tidak lepas memandangkan sekeliling, biarpun sudah selama tiga tahun berada di situ. Kalau boleh, mahu sahaja dia di situ sampai dewasa.

"Nadia! Apa yang kamu termenung lagi!" Suara lelaki yang separuh abad memecah keharmonian paginya.

"Hadui, Tok Omar. Saya nak feeling morning person pun susah," keluh Nadia. Langkah kakinya dipercepatkan menuju ke tempat datuknya berpijak. Dia terus mengambil tempat, duduk di tanah sambil memandang aliran air terjun yang mengalir.

Dalam fikirannya, banyak kebaikan apabila dia tinggal di kampung. Contohnya jika dia mahu berguru untuk silat, Tok Omar sendiri antara pewaris kepada Silat Warisan Pahlawan Melayu. Tambahan, keadaan di kampung lebih aman daripada sebarang bunyi kesibukan jalan raya seperti di bandar. Itu sudah memadai baginya.

Tok Omar hanya menggelengkan kepala,  melayan sahaja telatah cucunya. Tetapi dia akui, Nadia memang gemar dengan alam semula jadi. Sifat ini yang patut ada pada setiap insan Allah SWT.

"Biarlah dia abang. Dia kan memang begitu." Nek Na menepuk bahu Nadia yang dari tadi kaku memandang air terjun. 

Tok Omar menggumam, mengiyakan sahaja.

"Harini, Tok nak uji kepekaan kamu terhadap bunyi. Baik, kamu duduk jer kat bawah air terjun tu," perintah Tok Omar.

Kening Nadia terjungkit sedikit lalu tersenyum sinis. Tok Omar faham akan senyuman itu.

"Tok nak buat serangan lagi kan?" Dia berdiri, sambil meregangkan badannya.

Tok Omar mengangguk, "Pastikan kamu peka dengan serangan tok kali ni. Serangan kali ini lebih pantas daripada sebelum ini." Tangannya disilangkan ke belakang.

"Haha! Baik, Tok Omar!" Ibu jari Nadia diangkatkan. Perlahan dia menghembuskan nafasnya.  Serta-merta wajah riangnya berubah menjadi tegang, memberikan fokus sepenuhnya.

Dia terus meredah air, lalu ambil posisi yang sesuai sebelum duduk di batu-batu sungai.

Dihembus sekali lagi nafasnya lalu perlahan mata ditutup. Dia mula konsentrasi dengan mendengar bunyi aliran air terjun.

Setiap titis yang mengalir, jelas ditangkap dalam telingannya.

Tiba-tiba... Sesuatu meluru laju ke arahnya.

Pantas kepalanya disengetkan ke tepi. Matanya masih tertutup rapat.

'Panah. Tok Omar guna panah kali ni,' bisiknya sendiri. Dia dapat mengagak senjata apa yang menyerangnya.

Satu lagi panah meluru laju ke arahnya. Kali ini dia menunduk sambil menangkap panah itu.

Matanya perlahan terbuka luas, memandang Tok Omar yang sedang memegang busur dengan anak panah di hujungnya. Benarlah tanggapan dia.

Anak panah dilepaskan lagi sekali. Kali ini anak panah dilepaskan lebih banyak dan lebih pantas.

Nadia mengelak ke kiri dan ke kanan. Anak panah yang terakhir hampir mengenai mukanya, berjaya ditangkap. Dia berdiri, mencampakkan anak panah tadi ke tepi.

Tanpa disangka-sangka, sesuatu yang tajam menuju ke arahnya. Kali ini benda itu lebih halus daripada panah tadi. Dia mengelak, sesekali melompat tinggi.

"Mana aci Nek Na join sekali!" Laungnya sebaik melihat Nek Na yang dari sebelah sisi lagi satu tertawa.

Belum habis dia lempiaskan ketidakpuasan hati, dia menepis serangan Tok Omar yang hendak menumbuknya. Mereka saling menepis, menendang, sesekali melompat. Setiap pergerakan mereka pantas dan tegas.

Tanpa disangka-sangka, Tok Omar dahulu tewas menghempas air. Kini, Nek Na pula mengambil alih.

Nek Na mengunakan kain cindai, melibas Nadia dari pelbagai sisi. Tetapi satu pun tidak menyinggah pada tubuh Nadia.

Nadia pantas bergerak, tahu-tahu dia sudah mengunci pergerakan Nek Na. Pergerakannya pantas sehingga Nek Na tidak sempat untuk mengelak.

Nek Na mengaduh, "Dah Nadia. Sakit belakang nek nanti."

Nadia menghela nafas pasrah lalu melepaskan Nek Na. Firasatnya mengatakan Nek Na masih mempunyai helah lagi.

Nek Na mengulum senyuman penuh makna padanya. Pantas kain cindai ditebar untuk melilit Nadia. Lompatan guling belakang membuatkan Nadia terlepas daripada dililit oleh Nek Na. Serentak Nadia membuat bunga, memancing Nek Na untuk teruskan berlawan

"Abang. Okaylah ni. Dah laju dah dia elak. Saya pun tak sempat nak tangkap dia." Nek Na memegang pinggangnya, terkesan daripada kunci silang belakang. Nadia hela nafas lega, segera berlari membantu neneknya menuju ke arah Tok Omar yang duduk di tepi gigi air.

Tok Omar menggumam, "Betullah tu, saya sendiri tak sempat nak kunci dia."

"Ish, mana aci Nek Na fight sekali." Tangan Nadia sibuk mengurut pinggang neneknya, kasihan melihat Nek Na memegang pinggangnya.

"Tok dah larang dah tadi pun. Tapi tulah nek kamu tu degil. Nak jugak berlawan," ejek Tok Omar. Nek Na pula hanya menggulingkan mata pada suaminya itu.

Nadia menggelengkan kepala sambil tertawa. "Jadi, Tok? Saya pass tak?"

"Lepas. Confirm boleh masuk perang dah." Serentak Tok Omar dan Nek Na tertawa. Nadia menepuk bahu neneknya.

"Betul-betullah!" Muka Nadia mulai merah, tidak suka datuk dan nendanya bergurau saat ditanya.

"Iya, intan payung tok. Memang power top 1." Kali ini, mereka tertawa bersama.

"Dah-dah. Pergi tukar baju. Jap lagi makan siang." Nek Na serta Nadia bangun. Nadia mengikut Nek Na dari belakang, menuju ke ruangan dapur.

"Siang boleh makan ke? Baru saya tahu siang boleh makan. Aduh-aduh!" Bahunya dicubit oleh Nek Na.

"Pergi tukar baju cepat. Kang nek suruh sambung duduk bawah air terjun sampai petang."

Nadia mengaduh. Dia berjalan memintasi Nek Na, meluru masuk ke dalam rumah. Tok Omar dan Nek Na tertawa melihat gelagat Nadia yang bermasam muka.

Rahsia Di Sebalik KembaliWhere stories live. Discover now