"Ehh. Cabut pulak dia." Kata Mayah seorang diri.

Sempat dia perhatikan telinga Raykal. Merah-merah nak apa? Nak cendol?

Mayah tersenyum seorang diri sambil berjalan memasuki biliknya.

"Tak tidur malam lah aku.." ujar Mayah lagi.

☜⁠ ☞

"Kenapa aku rasa macam dah lama tak nampak muka kau erk?" Soal Ariff. Dia menarik rambut lembut gadis itu ke belakang telinga.

"Dah awak 2 minggu tak cakap dengan saya. Nampak muka saya jer terus jeling." Aira berkata seraya menjeling Ariff. Ariff tertawa kecil.

"Alah.. Sorry lah.." katanya lembut. Aira hanya mendiam.

"Sayang.." panggilnya lembut.

"Yer?" Aira tersenyum riang. Macam lama pula tak kena panggil sayang. Hehek.

"Esok aku nak keluar kejap, boleh?" Soalnya.

"Pergi mana?"

"Erk.. jumpa Syaz." Aira menggigit bibir bawah.

Kalau tak bagi nanti kena marah, kalau bagi nanti dia kena tinggal. So yang mana better?

"Ha, ikut awak lah." Balas Aira. Dia bangun dari terus tidur dipeha Ariff.

"Sure?"

"Yeah, sure.." Aira tersenyum manis. Ariff membalas senyuman itu segaris.

Aira berdiri lantas berjalan menuju bilik mandi dan memasukinya. Pintu ditutup. Tubuh disandarkan dipintu.

"Macam mana saya nak bagitahu dekat awak, erk?" Aira menyoal perlahan sambil memegang perutnya.

Kehadiran malaikat kecil didalam perut Aira belum diketahui Ariff. Aira terfikir, macam mana kalau Ariff tak terima bayi tu? Yer lah, diaorang kan baru berbaik. Macam mana kalau Ariff tak caye tu anak dia? Macam mana kalau-

Ehh, overthinking nye aku.

Aira melepaskan keluhan kecil. Dia berjalan ke sinki lalu membasuh muka.

☜⁠ ☞

Aira memandang kearah motor Ducati Panigale v4 berwarna merah yang semakin hilang dari perkarangan rumah.

"Meh masuk, puan." Pelawa Mayah usai motor Ducati merah itu hilang dari pandangan.

Aira hanya menurut dan masuk ke dalam rumah. Dia berjalan dan duduk diatas sofa empuk itu. Lalu mengeliat sejenak.

"Puan." Mayah berdiri sofa disebelah Aira.

Aira bergenjak sedikit lalu mempelawa Mayah duduk disampingnya. Mayah turut.

Duduk rapat-rapat senang sikit nak gosip.

"Kenapa?" Aira menyoal seraya mengangkat kening.

"Puan dah bagitahu ke dekat tuan fasal kandungan tu?" Soal Mayah. Bersemangat dia menyoal, semangatnya memudar apabila melihat Aira menggeleng.

"Kenapa tak bagitahu lagi?" Soal Mayah lembut. Tidak mahu mengguriskan perasaan si gadis.

"Saya takut.." ujar Aira perlahan. Mayah lantas mengenggam tangannya lalu berkata..

"Puan jangan takut. Saya yakin tuan akan happy punyalah." Mayah memberi kata-kata semangat kepada Aira yang sedang down.

Aira tersenyum lalu mengangguk.

"Malam karang. Boleh?" Soal Aira. Mayah mengangguk laju.

mestilah bowlehh, takkan tak bowlehh.

"Lagi cepat, lagi bagus!" Mereka berdua tertawa serentak usai Mayah berkata begitu.
.
.
.

"Ushh! Aku dah lama tak buat kerja kotor ni. Aku dah cuci tangan." Kata Syaz teragak-agak.

"Aku pun dah cuci tangan. Tapi ni jer satu-satunya cara untuk balas dendam." Balas Ariff pula. Aaron hanya menggeleng. Cuci tangan konon dua-dua ekor ni.

"Habis? Korang berdua tak nak? Aku seorang jer yang masuk?" Soal Aaron setelah lama mendiam.

"Tak. Kita pergi sekali." Kata Ariff. Dua jejaka itu terus berpaling memandang salah satu sepupu perempuan yang tangan kotor sama seperti mereka. Syaz terus mencebik.

"Adoii lah. Aku dah lah ada anak." Rungut Syaz.

"Ish. Kau tak payah pergi. Kau duduk rumah main dengan Ilyaz." Kata Aaron dingin. Banyak songeh sangat.

"Tak, tak. Aku nak ikut. Aku sanggup kotorkan tangan aku balik demi bunuh betina tak sedar diri tu." Syaz setuju untuk mengotori tangannya kembali.

Ni bukan kotor dengan lumpur erk, tapi dengan darah.

"So, what's the plan now?" Soal Aaron.

"Syaz tahu satu markas diaorang. Aku akan cuba hantar beberapa bawahan aku untuk tengokkan markas tu. Kalau diaorang ada dekat situ, kita serbu masuk terus." Terang Ariff akan rancangan mereka.

"Habis? Kalau diaorang takde dekat situ?" Ariff tersenyum mendengar soalan yang dilontarkan.

Soalan yang bijak, sayang.

"Kita akan serbu rumah datuk Eskay Mokhtar." Ujar Ariff dengan senyuman sinis.

"Bapak arh! Kau gila ke nak serang rumah datuk Eskay? Datuk Eskay tu orang terkenal kut? Satu dunia kenal dia." Soal Syaz. Ariff semakin mencarik satu senyuman.

"Disebabkan dia terkenal lah kita kena serbu rumah dia. Biar dunia tahu apa yang anak sial dia dah buat dekat bini aku." Dengan nada sinis Ariff berkata.

Seram sejuk yang dirasakan Raykal, Mikael dan Mawar. Mereka bertiga saling berpandangan.

"Kau tak takut ke? Kau dah lah perempuan." Soal Mikael. Mawar hanya menjulingkan anak mata.

Awak ingat lelaki je boleh lawan? Meh, author Roro yang comel ni tunjuk dekat awak perempuan yang boleh lawan.

"Aku takut. Tapi tu lah. Kita semua janji dengan tuan kita masing-masing kita akan pertaruhkan nyawa kita untuk diaorang. Jadi kita tak boleh patah balik." Balas mawar. Mawar takde lah goyang mana. Kalau Ray kut.

"Skuad lama kembali beraksi.."

Ariff, Aaron dan Syaz.

Raykal, Mikael dan Mawar.

Antara semua ni, yang mana bakal terkorban di perlawanan nanti??

{Lelong-lelong. Chapter baru untuk divoteee!!! Keep vote guys 🙈}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now