PROLOG

176 22 12
                                    

Tiga tahun lalu...

"N-Nadia? M-Mata kau kenapa?" Rasyid perlahan mundur ke belakang. Susuk remaja perempuan yang ketinggian rendah sedikit daripadanya, berjalan perlahan ke hadapan. Matanya bercahaya kebiruan. Bahagian pipinya pula terserlah urat, sama bercahaya seperti matanya.

Keadaan mainframe Q.S.F (Quantum Security Force) parah sekali. Semua rakan-rakannya, guru pelatih, ketua teras, semuanya, tewas di tangan Nadia. Ibarat ianya satu kegagalan besar di Q.S.F tidak dapat melindungi markas tersendiri.

Tangan remaja perempuan itu mengambil bo staff di sisi rampingnya. Bo staff itu berubah dari pendek menjadi sepanjang 1.8 meter, di reka khas dengan teknologi tinggi.

Rasyid mengetap bibirnya. Mindanya ligat memikirkan apa dia harus lakukan. Tujuan asalnya hanya mahu selamatkan Nadia yang diculik beberapa hari lalu. Tetapi, situasi seakan berputar kembali kepadanya, sejurus dia masuk ke markas Q.S.F, dihidangkan dengan situasi yang diluar daripada jangkaannya.

Satu tepukan bersama ketawa besar daripada seseorang. Perlahan-lahan susuk itu berjalan keluar mendekati Nadia yang masih memegang erat bo staffnya.

"Mengalahlah budak. Budak yang aku kawal ni, takkan kau dapat kalahkannya," kata lelaki itu disambung dengan ketawa.

"Engkau rupanya! Apa yang kau dah buat pada Nadia?" Api kemarahan membuak-buak, keris yang berteknologi tinggi di pinggangnya dipegang erat.

"Aku hanya try test jer. Tak sangka prestasi percubaan aku selancar ini." Senyuman lelaki itu menyeringai hingga terserlah taringnya.

Rasyid masih menahan amarahnya.

"Kenapa kau tak nak serang dulu? Atau aku yang kena gerakkan patung aku?" Tangan lelaki itu terangkat, membuatkan Nadia yang kaku tadi bergerak maju ke hadapan.

"Lanatullah! Banyak-banyak orang, kenapa Nadia juga kau pilih hah!"
Hulu keris ditarik. Keris yang keluar itu bercahaya emas tua, sama seperti bo staff Nadia, juga alhasil teknologi tinggi.

Perlahan Rasyid membuka bunga, menjaga langkah antara dia dan Nadia.

Nadia turut membuka bunga, kemas dan tegas.

"Sebab, dia special, Rasyid." Ketawa lelaki itu bergema, membuatkan ruangan mainframe kedengaran bingit.

Pantas Nadia bergerak maju ke arah Rasyid. Bo staff itu berpusing, melibas bertubi-tubi orang yang dihadapannya.

Rasyid mengilas, sesekali membalas serangan dengan kerisnya. Pergerakan mereka berdua hampir sukar untuk dilihat oleh manusia biasa, kecuali lelaki yang mengawal Nadia.

"Nadia! Tolong sedar balik!" Tangannya menahan tangan Nadia yang memegang bo staff. Air mata dia mengalir perlahan, mengharapkan Nadia sedar semula.

Nadia yang tidak mengendahkan katanya, terus menendang tepat pada perutnya. Badan Rasyid menghempas dinding, memuntahkan darah dari mulutnya. Serangan Nadia cukup bertenaga, langsung tidak ada petanda yang dia akan mengalah.

"Cukuplah budak, kau dah kalah." Ketawa lelaki itu lagi sekali.

Rahsia Di Sebalik KembaliWhere stories live. Discover now