PART 1

10 1 0
                                    

Aku berjalan melalui lorong yang sunyi sepi itu tapi aku sudah biasa melalui jalan itu untuk ke kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan perumahan Indah.

Aku memasuki kedai runcit yang menulis kedai PAK MAT itu dan aku memasuki lorong yang pertama untuk  mengambil roti gardenia satu bungkus dan membawanya ke kaunter untuk membayar roti.

Aku menghulur kan duit bernilai sepuluh ringgit dan Pak Mat menghulur kan baki nya dan bertanya
"kau tak pergi kerja ke harini"

"Saya keje syif malam Pak Mat"

"ouhhhh"

"panjang ouhh nya Pak Mat,Pak Mat tak pergi tengok bini no dua ke harini"tanya aku pada Pak Mat pula,Pak Mat ni dalam diam dia dah ada bini no dua dia khawin diam-diam tanpa pengetahuan bini dia yang orang panggil kak Bimah.

"ehhhh syuuuuuus diam lah kau ni suka cakap macam tu buat nya orang lain dengar tak ke naya aku kena bunuh dengan bini aku tu" kata Pak Mat yang sememangnya takut dengan kak Bimah yang garang dan kuat mengamuk tu.

"ouhh tahu takut, khawin diam-diam tak takut pulak" kata aku pula yang sememangnya mulut aku  yang macam longkang ni tapi sekurang-kurangnya aku baik hati tau .

"cisss kau ni memang lah aku takut macam kau tak kenal pulak bini aku tu macam mana"

"hmm yelah Pak Mat,saya nak gerak dulu ni dah lambat"

"aik,bukan kau kata kau kerja syif malam ke"

"ye memang kerja malam tapi saya nk ke tempat lain"

"ouhhh,ha pergi le"

Dan aku pun berlalu dari kedai runcit itu dan menuju ke kawasan hutan. Hutan yang sunyi sepi dan aku menuju ke suatu tempat yang jauh dari pandangan mata orang lain iaitu suatu tempat seperti gudang lama.

Aku melangkah kan kaki ku kedalam untuk menemui seseorang yang dipanggil ' 𝘛𝘪𝘨𝘦𝘳 ' aku pun mendekat kan kaki pada pada pintu bilik tiger dan mengetuk nya perlahan dan apabila orang di dalam sana tidak menyahut dan aku pun memulas tombol pintu dan mengkuak pintu itu dan aku pun melangkah kan kaki mendekati tempat yang tiger sedang duduk termenung itu. Aku pun berdiri tegak mengahadap nya yang sedang leka dengan frame gambar yang berada di tangan nya.

"apa khabar tiger" kata aku kepada nya yang sedang leka itu dan ia pun tersentak dengan suara ku yang tiba-tiba menjengah ke telinga nya .

"ehh bila kau sampai Mel"kata nya dengan soalan dan menghirau kan kata² ku

"baru je sampai,apa yang kau termenung kan tu sampai aku masuk bilik kau pun kau tak perasan"tanya ku kepada tiger.

"macam biasa lah ,kalau aku termenung tu kau faham-faham saja lah "

"ouhhh,kau rindu kan diorang ke?kalau kau rindu kan diorang kau pergi je lah jumpa diorang apa susah" kata ku kepada tiger.

Lalu tiger mengeleng"bukan senang nk jumpa diorang bila aku ke sana saja terus aku kena halau dengan bekas bini aku tu"

"ouhh"aku cukup simpati jugak dengan tiger ni sebab dia rindukan bekas istri dia dan anak-anak dia. Dia bercerai dengan istri dia pun sebab istri dia curang tid* dengan jantan lain waktu si tiger tengah kerja dan teruk jugak tiger mengamuk waktu tu habis jantan yang tid* dengan bini tiger tu kena pukul. Teruk jugak lah si tiger ni pukul jantan tu sampai lunyai dan tak berdaya jantan tu dibuat nya tiger ni kalau dia dah marah macam orang kena rasuk pun ada 'serammm. Dan berakhir lah hubungan si tiger ni dengan istri dia dan hak penjagaan anak-anak dapat kat istri tiger sebab tiger tahu anak-anak tiger lebih memerlukan ibunya.

Dan terhenti lamunan aku apabila tiger menepuk kuat meja di hadapan nya untuk menyedar kan aku dari lamunan .

"ha kau pikir apa ha sampai aku panggil kau banyak kali pun kau tak dengar"kata tiger dengan nada bengang .

Aku mengaru tepi kepala ku sambil menyeringai kepada tiger"hehhe takde pape"

"ha kau datang sini nak apa sebenarnya" tanya tiger kepada ku.

"ouh ha,aku saja je datang sini nak tengok kau "kata ku sambil tersengih .

"itu je tujuaan kau datang sini,semata-mata nak tengok aku ?" tanya tiger lagi .

"yelah habis aku datang sini nak jumpa siapa lagi selain kau,kau je keluaga yang aku ada" ye memang tiger je seorang keluarga yang aku ada kalau tiada dia mungkin aku dah merempat kat tepi jalan jadi gelandangan ataupun aku jadi mangsa rog*l. Dia jugak yang selamatkan aku dan jaga aku dari aku umur 16 tahun sampai lah aku besar dan dah pandai dengan dunia luar dan mungkin jugak kalau dia tak ada ,aku dah tak ada kat sini sekarang ni.

"hm yelh,tapi mana tahu kau datang sini semata² nak berlatih saja kan"

"tak ada lah aku malas lah nak berlatih sekarang ni ,tak ada mood"kata aku dengan rasa malas.

"ouhhh,ni kau dah makan ke belom"tanya tiger kepada aku .

"belom" sambil aku menunjuk kan sebungkus roti gardenia kepada dia.

"aikk roti je ke,tak kan tak nak sarapan benda lain,ke kau diet".

"hmm tak kuasek aku nk diet bagai,aku kan memang macam ni sentiasa simpan duit".

"kalau ye pun beli lah lauk² yang ada jual kat hujung simpang sana,ni tidak beli bende macam tu mana kenyan".kata tiger,walaupun si tiger ni di gelar '𝘛𝘪𝘨𝘦𝘳' dia sentiasa ambil berat tentang aku walaupun dia dah 48 tahun umur dia sekarang tapi perrrrrr badan ngn muka dia macam orang muda sebab dia jaga badan dan pemakanan .yelah dah tua kan kena lah jaga makan kalau tidak macam-macam penyakit datang tanpa di undang.

"hm malas lah aku, nanti aku nak singgah pasar kejap lagi nk pergi beli ayam nak masak kat rumah lagi senang kan" kata aku

"ha yelah ikut kau le,lagipun aku pun belom makan nanti bagi lah aku sikit nk rasa jugak masakkan kau sedap ke tidak.kan?" perli  tiger seolah-olah aku tak reti masak .

"yelah nanti aku call kau bila dah selesai masak nanti"

"ok"dan aku pun berlalu keluar dari bilik tiger dan apabila aku keluar semua anak² buah tiger yang berada di luar menunduk kan kepala tanda hormat kepada aku.

Aku pun berlalu keluar dari gudang itu dan menuju ke pasar untuk membeli ayam.


1024 words
ᴍɪsᴢ_ᴀɪᴡᴀ♡

Harap korang happy dengan cerita ni.❣

𝔐𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔞𝔡𝔞𝔨𝔞𝔥 𝔟𝔞𝔥𝔞𝔤𝔦𝔞 𝔟𝔲𝔞𝔱 𝔡𝔦𝔯𝔦𝔨𝔲?Where stories live. Discover now