"Apa sebenarnya yang jadi dengan anak mama ni?" soalnya dengan nada yang lembut. Nada yang lebih kepada memujuk supaya Hairul berkongsi masalah yang dihadapinya itu.

Hairul menarik dan menghembus nafasnya dengan perlahan sebelum memulakan ceritanya. "Sejak awal kitaorang pindah kat tempat ni Hairul dapat rasakan ada sesuatu yang pelik. Perasaan risau dan takut tu bercampur kat dada Hairul ni," katanya sambil menyentuh dadanya. Amanda mendengar dengan teliti, dia menunggu Hairul meluahkan semuanya dahulu. 

"Hairul selalu rasa yang Hairul sedang diperhatikan oleh sesuatu, mama. Waktu kat sekolah, kat rumah ni pun sama. Hairul tak tahulah kenapa. Hati Hairul ni selalu rasa tak sedap. Sampailah baru-baru ni salah seorang rakan sekolah Hairul meninggal kat tandas sekolah. Dan Hairul sendiri orang pertama yang jumpa dia dalam keadaan yang macam tu. Dia...dia...kena bunuh mama. Dia...dia...kena tikam pada perut menggunakan benda tajam," katanya.

"Ya Allah...kes bunuh baru-baru ni ke?" soalan Amanda itu dibalas dengan anggukan daripada Hairul. Muka terkejut mamanya itu memang sudah dijangka oleh Hairul sendiri. "Mama tak sangka pulak Hairul sekolah kat situ! Hairul nak berhenti ke dari sana? Kalau nak mama boleh uruskan. Bahayalah Hairul duduk sana!" Amanda dah mula cuak dan takut keselamatan Hairul akan terjejejas.

Hairul menggelengkan kepalanya. "Hairul belum pun lama duduk kat sini mama. Takkanlah nak pindah lagi. Letihlah Hairul macam tu," Hairul menolak seraya ketawa kecil.

"Ya Allah!" Amanda yang tadinya risau tiba-tiba menjerit ketakutan. Hairul turut terkejut dengan reaksi mamanya itu.

"Kenapa mama?" tanya Hairul.

"Hairul, tutup tingkap sliding kat belakang Hairul tu sekarang! Sekarang Hairul!" gesa mamanya. Tanpa banyak bertanya Hairul terus sahaja menurut sahaja permintaan mamanya itu sebelum kembali duduk dihadapan telefonnya yang ditinggalkannya di atas meja belajar.

"Apa jadi mama?" tanyanya kembali.

"Mama nampak sesuatu yang lintas kat situ tadi. Hairul dah locked semua tingkap dan pintu kat rumah tak?" tanya Amanda dengan nada yang sangat risau. 

"Dah mama," Hairul menjawab.

TOK TOK TOK!

Dada Hairul berombak kencang buat seketika akibat ketukan yang tiba-tiba itu. Dia pun terus mengusap-ngusap dadanya dengan lembut.

"Apa tu Hairul?" Amanda bertanya.

"Ada orang yang ketuk pintu dari luarlah mama. Hairul pergi check dulu eh. Mama tunggu jap," kata Hairul.

"Hairul! Hati-hati tau!" Amanda menjerit.

Dengan langkah yang perlahan Hairul menapak ke pintu, lalu membuka pintu dengan ucapan Bismillah.

"Assalamulaikum!" Azif memberi salam dengan nada yang mengejutkan. Cuak terus muka Hairul. Mana tak cuaknya malam-malam buta datang melawat. Dah tak de kerja lain.

"Korang rupanya, ingatkan siapa tadi. Masukalah," Dia mempelawa Izzy dan Azif masuk ke dalam rumahnya. Kemudian, menutup terus mengunci pintu itu semula. "Kenapa tak bagitahu dulu korang nak datang? Aku mana ada sediakan hidangan untuk menjamu korang datang ni tau," katanya.

"Ala...relakslah bro. Yang kau takut semacam ni dah kenapa?" tanya Izzy. 

"Nampak hantu ke?" Azif pulak menambah.

"Ada apa korang datang malam-malam ni?" Hairul bertanya. Tak mengendahkan pertanyaan sahabatnya itu.

"Saja nak lepak," Izzy menjawab.

"Betul-betullah..." Hairul dah buat muka bengang.

"Ayah kau suruh kitaorang teman kau bermalam kat sini. Sebab tulah kitaorang datang," Azif menjelaskan. 

"Lah! Bukan ke sepatutnya anggota polis yang patut jaga aku. Kenapa korang pulak?" Hairul bertanya lagi.

"Entah, manalah aku tahu kau tanyalah bapak kau tu," Izzy membalas. Izzy melihat keadaan dalam rumah itu. "'Kau tak seram ke duduk sini sorang-sorang. Seram bro. Sunyi pulak tu," katanya.

Hairul menepuk dahinya sendiri kerana baru terkenang akan video callnya bersama mamanya. Dengan pantas dia berlari masuk ke dalam biliknya. Azif dan Izzy hanya terpinga-pinga melihat kelakuan Hairul yang seperti itu.

"Kau dah kenapa bro? Cemas semacam je!" laung Izzy. Namun, Hairul tak menjawab dan mereka hanya tertinjau-tinjau dari ruang tamu.

Hairul keluar daripada biliknya dengan membawa telefonnya. "Ye betul. Kawan-kawan Hairul yang datang sini. Nah tengok ni," Hairul pun  menghalakan kamera telefonnya ke arah dua orang sahabatnya yang baru sampai itu. "Betulkan?" Hairul sedikit tertawa kerana reaksi mamanya yang terlalu risau itu.

"Okaylah kalau macam tu. Kita borak lain kali lagi. Hairul pergilah layan kawan-kawan Hairul tu dulu. Bye." kata mamanya. Selepas menamatkan panggilan Hairul kembali menghadap Azif dan Izzy.

"Jadi korang nak buat apa ni?" Hairul menyoal kepada mereka berdua.

"Entah, kita tengok movie jelah sampai tidur. Aku tak sukalah vibe dekat rumah kau ni," kata Izzy.

"Tulah yang aku rasa selama aku duduk kat sini," ujar Hairul dalam keadaan yang berbisik.

"Ha? Kau cakap apa?" Azif bertanya.

"Esok jelah aku cerita. Eh! korang bermalam kat sini ni parents korang dah beri kebenaran ke?" soal Hairul.

"Dah. Kitaorang siap bawak baju lebih lagi untuk duduk kat sini seminggu," beritahu Azif. Izzy hanya mengangguk membenarkan.

"Daripada kita tengok movie. Baik kita buat ulang kaji lagi baik. Yelah, kitakan pelajar sem 3, kenalah buat betul-betul kan?" Hairul mengajak. Izzy dan Azif mula mengeluh.

"Boringlah kau ni bro. Asyik belajar je. Kau tak reti nak berehat ke?" Izzy dah mula buat muka bosan. Hairul ketawa melihat reaksi dua orang sahabatnya itu.

"Yelah...yelah kita tengok movie sampai tidur. Tapi esok jangan sampai lambat bangun nak sekolah." Hairul akhirnya mengalah dengan Izzy dan Azif.

.....

     "HAIRUL! Hairul!" panggilan Cikgu Aizat itu langsung tidak didengari Hairul yang terleka dengan fikirannya sendiri. Sehingglah Azif, kawan sebangkunya menyikunya. 

"Ha? Apa dia?" soal Hairul dengan  pandangan yang kosong kepada Azif.

"Cikgu Aizat panggil kau dari tadi tahu tak," Azif memberitahu.

"Oh!" Hairul terus pandang Cikgu yang mengajar subjek sastera klasik itu dengan pandangan yang sama. "Maaf cikgu. Cikgu tanya apa tadi?" dia bertanya.

"Kamu okay ke tak ni Hairul?" Cikgu Aizat bertanya kepadanya.

Hairul senyum nipis. "Saya okay cikgu. Maafkan saya cikgu sebab saya tak fokus dekat kelas cikgu," ucapnya dengan wajah yang tak bermaya.

"Kenapa dengan Hairul tu Izzy? Dia macam tak sihat je?" oleh kerana perasaan yang risau Nessa terus bertanya kepada Izzy.

"Entah. Semalam dia okay je aku tengok," Izzy menjawab.

"Okay fokus semua. Ingat kamu semua ni dah sem 2, jadi kenalah lebih peka dan ambil perhatian okay." Cikgu Aizat memeberi peringatan.

"Okay cikgu!" semua pelajar yang ada di situ menyahut.

Hairul mengalihkan pandangannya kepada Xiao Ning, kerana merasakan dirinya diperhatikan oleh gadis berbangsa Cina tersebut. Memang betullah tekaannya. Gadis itu memang tengah memandangnya dengan pandangan yang susah nak ditafsirkan. Tapi tak lama, gadis itu kembali memandang bukunya semula.

'Apa masalah perempuan ni dengan aku eh? Asyik pandang aku dengan pandangan yang semacam tu lagi.' Hairul bermonolog di dalam hati.







Terima Kasih

BERSAMBUNG







{7}REALITIWhere stories live. Discover now