Tu lah, lain kali sikit-sikit dah lah. Kan. Dah makan penampar sulung Aira.

"Apa!? Kau marah bila aku cakap kau murah!?" Jerit Erina kuat. Lalu dia tersenyum sinis.

"Kalau kau marah, maksudnya betul lah kan?" Erina menyoal sinis sekali.

Aira yang sudah cukup sabar dengannya bangun dan menolak kuat tubuh Erina sehingga tergenjak beberapa tapak kebelakang.

"Mulut tu jaga sikit, boleh tak!?"

"Apa!? Kau nak tampar aku lagi sekali? Ha, tampar. Tampar lah! Kau malu bila aku kata kau murah. Habis selama ni tayang body tak malu!?" Dengan lantang Erina menfitnah Aira lagi sekali.

Ehh, sajad nih! Tampar betul-betul karang.

Telinga-telinga yang mendengar pergaduhan mereka terus mulakan gosip.

Aira hanya mendiam sambil mengetap bibir. Sabor jer lah.

"See? Perempuan acah melayu terakhir macam kau ni pun murah jer sebenarnya. Dekat klub pun boleh dapat lah." Erina berkata dengan senyuman menyenget.

"Kurang ajar kau!" Aira berjalan mendekati Erina ingin memukulnya, tapi dengan pantas seseorang memberhentikan mereka.

"Kenapa dengan korang berdua ni!?" Syaz menolak kedua-dua tubuh itu menjauhi antara satu sama lain.

Syaz memandang Aira dan Erina silih berganti.

"Kita dah lama kawan, takkan fasal lelaki jer nak bergaduh!?" Syaz memarahi mereka lagi.

"Ehh, kau pun sama lah!" Tidak cukup dengan Aira, tubuh Syaz pula didorong kuat.

"Ehh, tak sedar diri betul, betina ni." Syaz memandangnya atas bawah.

Erina terus mengeluh kasar dan berjalan pergi dari situ. Erina sengaja mengibas kuat rambutnya sehingga terkena pada wajah Syaz.

Syaz yang geram dengan tindakannya langsung mengangkat jari tengah kepada Erina yang sedang berjalan pergi.

"Kau okey tak ni?" Soal Syaz sambil menggenggam erat bahu Aira.

"Aku okey." Aira menepis lembut tangan Syaz sambil tersenyum dan berjalan pergi dari situ.

Syaz membeku sejenak. Dia memandang orang disitu.

"Korang tengok-tengok apa!? Blah lah!" Syaz menengking mata-mata yang melihat pergaduhan itu.

Habis berterabur orang lari kerana takut dekat Syaz.

"Menyemak betul lah." Syaz menyusun kembali meja-meja yang berterabur didalam kelas itu akibat pergaduhan dua sahabatnya..

Beberapa minggu setelah pergaduhan itu..

"Syaz." Panggil Aira. Syaz yang sedang sibuk makan aiskrim terus memandangnya.

"Dah seminggu Erina tak masuk sekolah, dia okey ke?"  Soal Aira kerisauan.

"Ehh kau ni. Dia dah reka cerita sampai satu sekolah pandang kita murah, kau nak ambil tahu lagi fasal dia tu buat apa? Buat menyemak jer lah dengar nama dia. Disebabkan dia habis buruk nama kita dua." Syaz berkata perlahan tapi dengan nada yang ganas.

Akak Syaz kita ni garang.

"Tapi.. dia kawan kita dari form 1 lagi. Mana boleh tinggal dia macam tu.."

"Ya allah, Miesya. Jembalang mana yang sampuk kau ni? Kau tahu tak perempuan macam dia tu tak layak kita panggil kawan. Buruk nak mampus perangai." Syaz membaling lidi aiskrim itu dan terus bangun berdiri.

"Dah lah, jom gerak." Aira hanya mengangguk dan mengikuti langkah besar Syaz. Syaz memandang Aira dengan anak mata.

"Aku bukan tak bagi kau kawan dengan dia. Tapi perangai dia tu.. Ish, aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana. Kau sendiri tahu kan?" Soal Syaz. Ini bukan memperburukkan, ini menyedarkan.

"Aku tahu.." Aira menunduk.

"Huh.. Please, Miesya. Janji dengan aku jangan contact dia dah lepas ni. Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau.." ujar Syaz lembut. Dia memandang tepad pada wajah Aira.

Sungguh dia sangat kerisauan terhadap gadis kecil ini. Dia bukan tidak tahu bagaimana sikap Erina.

"Iyerrrr.. aku janji." Aira menyebutnya panjang.

"Good girl. So? Lepas ni nak pergi mana pula?" Syaz memasukkan tangannya didalam kocek bajunya.

Mereka tika ini sedang berada ditaman.

Beberapa hari kemudian..

Ting!

Chat masuk dari telefon milik Aira. Aira yang sedang study langsung mengambil telefon tersebut, lalu menekan button on.

Mesej dari Erina Sofea masuk. Aira terus menekan chat tersebut.

- Aira. Aku tahu pergaduhan kita beberapa minggu lepas memang teruk giler. So.. aku decide malam ni nak jumpa. Macam mana? Boleh tak?

Membulat mata Aira membacanya. Lalu secarik senyuman terukir.

- Boleh! Dekat mana?

Balas Aira bersemangat. Lalu dengan pantas chat masuk lagi.

- Jumpa dekat depan family mart yang baru buka tu. Aku tunggu.

Aira membacanya lalu dengan laju bersiap..

"Aku minta maaf, Syaz. Aku terpaksa mungkir janji."

Bersambung...................

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora