BAB 1

2 1 0
                                    


"EYANA!" Pagi yang indah itu terus bertukar jelik selepas mendengar jeritan nyaring itu. Orang tua ni, tak penat ke menjerit? Hebat pula anak tekaknya tak tercabut keluar dari kerongkong.

"Eyana Mehra!" Jeritan itu semakin dekat. Dia yakin, tak sampai sepuluh saat, pintu biliknya akan terbuka dan muka bengis ayahnya akan terpampang depan pintu.

Bang!

Kan, dia dah dapat agak dah. Cumanya, pintu bukan terbuka dengan penuh santun, tapi sangat kasar. Jelas muka ayahnya di depan pintu.

"Siapa benarkan kau tutup pintu bilik? Berapa kali kau nak aku cakap benda sama hah?!" tengking lelaki yang berusia awal 40-an itu.

Eyana tak faham, kenapa pintu bilik tak boleh dirapatkan? Kalau macam tu, baik tak payah buat pintu. Nak saja dia bertanya, tapi tak pula terluah.

"Sorry." Dia meminta maaf. Malas memanjangkan cerita. Setakat kena tengking macam tu, apalah sangat. Dia pernah kena lebih dari tu.

Dato' Aariz memandang Eyana dengan pandangan tajam. Agaknya. sedang membayangkan dirinya dicincang hidup-hidup. Tak kisahlah, yang penting sekarang ni dia nak sambung buat kerja sekolah yang diberi kelmarin oleh cikgunya di sekolah.

Rumah yang sepatutnya menjadi syurga dunia buat manusia, bertukar menjadi neraka dunia pula buat dia. Siapalah yang mencipta kata-kata 'Rumahku syurgaku'?

Di sekolah, dia dibuli. Di rumah, menjadi tempat melepaskan kemarahan ayahnya. Kadanag-kadang dia sendiri tak faham, apa yang ayahnya marah sangat. Benda kecil pun boleh jadi besar. Marahnya pula, bukan marah biasa. Sampai naik tangan, kaki dan segala macam lah.

Macam mana lah ibu boleh tahan dengan sikap ayah yang panas baran tu.

Terlalu leka mengelamun, tak sedar ayahnya dah pun keluar dari bilik tidurnya. Apabila tersedar dari lamunan, dia terus keluar bilik. Apa, ingat ibu dan ayahnya benarkan dia belajar dalam bilik? Huh, sampai ketam jalan lurus pun perkara tu takkan terjadi.

Eyana seorang yang suka tapi malas belajar. Bijak, atau mungkin boleh dikatakan 'gifted' berbanding adik beradiknya yang lain. Kalau dia tertidur dalam kelas sekalipun, dia tetap boleh jawab soalan peperiksaan dengan jayanya. Kalau saudara maranya bertanya tips belajar, dia pun tak boleh jawab. Bila dia kata dia tak baca buku, orang tak percaya. Kata mereka, itu jawapan cliche sedangkan dia cuma beritahu perkara sebenar.

Jadi, dia terpaksa kata yang dia baca buku sepuluh muka surat sehari dan hafal segala maklumat dalam buku. Ada yang percaya dan ikut, dan perkara itu menggeletek hati kecilnya. Takkan lah mereka tak tahu yang sebenarnya belajar bukan setakat menghafal?

Belajar, kalau menghafal sahaja tanpa memahami, tiada guna juga. Macam subjek Sejarah. Mereka perlu faham kenapa dan bagaimana berlakunya sesuatu peristiwa. Takkanlah Mat Kilau tiba-tiba bunuh orang British kan? Mesti ada sebab berlakunya peristiwa itu.

Atau sebagai contoh lain, Al-Quran. Boleh dikatakan ramai yang menghafal Al-Quran. Tapi tak semua faham maksud ayat yang mereka hafal. Bagaimana mereka mahu mudah mengingat susunan perkataan atau ayat jika makna perkataan pun tak faham. Bila tak faham, susunan ayat jadi tunggang-langgang dan terbalik. Maksud pun jadi lain dan secara percuma, dapat dosa.

Haih, jauh dia mengelamun. Ada baiknya dia sambung kerja yang tertangguh.

"ESOK kau mula masuk sekolah tu," ujar Encik Nafees. Mata tak lepas dari memandang skrin televisyen yang menayangkan cerita 'Lucifer'.

Adyan yang baru turun dari tingkat atas terjeda langkahnya.

"Apa ni? Kan Adyan dah cakap, Adyan tak nak." Mata memandang ke arah bapanya yang langsung tidak mengalihkan pandangan dari kaca televisyen. Sudah lebih sepuluh kali dia kata yang dia tak nak berpindah dari sekolah lamanya. Papa dia ni kenapa?

"Aku tak kira. Kau tu bodoh, belajar pula dekat sekolah macam tu. Baik lah kau pindah, mana tau lepas ni otak lembab kau tu berguna sikit."

"Betul. Sekolah lama kau tu ramai budak nakal. Kau tu pun berkawan dengan budak tak berotak, macam mana lah nak pandai," sampuk satu suara. Puan Dhiya, merangkap ibu tiri Adyan yang baru keluar dari dapur dengan membawa kuih ditangan menjadi batu api.

Mama dan papa Adyan bercerai sejak dia berumur 6 tahun lagi. Belum mengenal dunia pun. Puncanya, Encik Nafees dalam diam terjatuh hati pada Puan Dhiya. Begitu juga Puan Dhiya.

Puan Zeeya dapat tahu pun setelah Encik Nafees tertangkap menyimpan gambar wanita itu di dalam telefon. Mereka juga kerap bergaduh beberapa bulan sebelum itu. Banyak kali Puan Zeeya cuba menambat semula hati suaminya, namun setelah berkali-kali gagal, dia mengalah. Penat berjuang seorang diri.

"Aku ceraikan kau dengan talak satu," lafaz lelaki itu tanpa perasaan.

Setelah kejadian itu, Adyan tidak lagi melihat mamanya di mana-mana. Papanya pula berkahwin dengan Puan Dhiya. Terpaksalah dia duduk dengan papanya dan isteri baru lelaki itu.

"KAU dengar tak?" Suara garau itu mengembalikan Adyan kepada situasi sekarang.

Huh? Dengar apa? Dengar yang mereka menghina dirinya? Tak apalah, tak dengar pun tak apa. Baik dia jaga perasaannya.

"Hm," balasnya pendek. Tak guna melawan balik, dia akan tetap disalahkan. Niatnya turun ke bawah tadi, ingin membasahkan tekak. Alih-alih, perkara menyakitkan hati ni pula yang dia dengar.

Tak jadi nak minum air, kaki melangkah semula ke atas meninggalkan papa dan mama tirinya di bawah. Kalau dia duduk di situ, sudah pasti dia akan terus dihina.

DI dalam bilik, dia duduk di birai katil. Kata-kata yang dilemparkan terhadapnya tadi sedikit sebanyak membuatnya terasa walaupun itu bukan kali pertama dia dihina. Malah, dia juga pernah dihina di hadapan kawan-kawannya di sekolah dahulu semasa papa mengambil keputusan peperiksaannya.

Malu, tapi apa boleh buat? Kata-kata mereka itu ada betulnya juga. Dia bodoh, belajar pun tak berapa nak pandai. Cubalah macam mana sekalipun, dia tetap gagal.

Pernah satu ketika, dia cuba mengubah nasib dirinya. Dia berjaga sampai tiga pagi untuk belajar selama sebulan. Dalam tempoh itu juga, dia cuba fokus dalam setiap mata pelajaran. Tapi, tetap tak berjaya. Empat 'A' daripada sembilan subjek tak mampu buatkan ibu tiri dan papanya bangga.

Mungkin usahanya yang tak cukup. Atau mungkin, dia memang dilahirkan dengan otak yang lembab seperti yang dikatakan papanya tadi.

Mama kandungnya dulu seorang doktor pakar di satu hospital swasta. Ayahnya pula seorang jurutera. Jalur keturunannya semua pandai-pandai belaka. Dia je yang kurang pandai. Agaknya kepandaian tu dah digunakan sepenuhnya oleh mama dan papa. Tinggal hujung-hujung saja untuknya.

Entahlah. Mungkin papa dan mama bergantung harap padanya kerana dia anak tunggal. Mereka mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dia cuba bersangka baik walaupun dia tahu situasi sebenar jauh dari sangkaannya.

BAB 1,
—aeys

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Feb 27 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

HIRAETH [OG]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz