Kalau ikutkan hati kecil, dia sebenarnya seronok melihat tarian Alessandra, tetapi pada masa yang sama dia risau kalau isterinya itu demam berlama di bawah hujan.

"Ian," panggil Alessandra sayu.

"Masuk sekarang. Kalau kau demam macam mana sayang?" Dia menutup badan Alessandra dengan tuala yang dibawa tadi. Nasib baiklah ada payung juga.

"I tak akan berhenti menari selagi you tak maafkan I," kata Alessandra. Dia masih berdegil meskipun kesejukan mula menyusup masuk ke dalam badannya.

"Macam mana aku nak maafkan kau kalau kau buat macam ini? Kau bahayakan diri kau tahu tak?" jawab Ian sembari rambut Alessandra yang basah diselitkan ke belakang telinga.

"Mana ada I bahayakan diri I," nafi Alessandra. Setakat hujan apalah sangat. Duduk dalam bilik bersama Ian yang marah akan dirinya sama seperti berhadapan dengan guruh.

"Hujan kan ini sayang?" Lembut sahaja Ian menegur isterinya. Pinggang Alessandra ditarik merapat untuk mengelakkan wanita itu basah terkena rintik hujan. Bahunya yang basah dibiarkan saja.

"Bila you nak maafkan I? Pasal fashion show itu, I dah minta maaf. Lepas itu, I dah cakap dengan Madam Laia yang I taknak ada acara macam itu lagi." Sekali lagi, Alessandra mencuba nasib. Kalau dia tak dimaafkan, sia-sialah usaha dia malam ini.

"See? Kan boleh kita bincang elok-elok. Hari itu kau asyik nak bidas aku buatkan aku geram," balas Ian.

Alessandra menjuihkan bibir. "Sebab you yang marah I dulu."

"Aku marah sebab aku pertahankan hak aku."

Dalam hati Alessandra menahan debaran di dada. Apatah lagi berada dekat dengan suaminya di bawah hujan.

"Siapa ajar kau menari ini semua? Setahu aku, kau bukannya layan Bollywood ini. Aku ajak kau tengok kau taknak." Ian tanya dengan penuh kehairanan. Selalunya kalau dia sibuk melayan cerita Bollywood, pasti banyak sahaja alasan Alessandra ingin mengelak.

"Dahlialah siapa lagi," jawab Alessandra.

"Patutlah. Otak udang bertemu otak udang." Sengaja Ian ulang kembali ayat Alessandra tempoh hari. Dia masih ingat wanita itu menggelarnya dengan Mighdad sebagai sekawan otak udang.

Wajah Ian ditikam dengan tajam bak pisau belati menghunus tubuh. Geram betullah!

"Dah jomlah kita masuk. Ke kau nak aku angkat kau macam dalam filem itu semua?" tawar Ian.

"Boleh ke?" Mata Alessandra bersinar hebat. Siapa sahaja tak suka didukung kalau penat macam ini?

"Tak apalah. Tak jadi. Kau berat," usik Ian.

"Ian! Memang jahat kan mulut you? Sampai hati kata I berat," rajuk Alessandra.

"Maksud aku, berat dengan pahala." Hidung Alessandra dicuit.

Bahu Alessandra dirangkulnya. Mereka jalan beriringan ke dalam rumah.

"You dah maafkan I ke?" Terpaksa dia mendongak mencari muka Ian.

"Hm. Aku mana boleh lama-lama marah dengan kau. Lagi lama aku marah, lagi susah aku nak bermanja," ujar Ian.

"Lagipun kau susah-payah belajar tarian itu semua untuk pujuk aku. Itu betul-betul luar jangkaan aku, wifey baby." Ian tertawa.

Alessandra mencebik. "Nak kena menari dulu baru nak maafkan I."

"Tahu tak yang, aku tidur semalam tak lena. Puas aku cari apa yang tak cukup, rupanya sebab tak peluk kau macam selalu. Terseksa jiwa aku," adu Ian.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Donde viven las historias. Descúbrelo ahora