BAB 8

44 4 18
                                    

Yaya terus menurunkan mereka apabila aliran elektrik sudah hilang.

"Boleh tahan kasar misi kali ni," kata Fang.

"Kan, ayuh kita pulang!"

"Ayuh!"

"Yaya, masukkan dia dalam kapal!" arah Boboiboy.

"Okey!" Yaya terus mengangkat lelaki jerung itu menggunakan kuasanya manakala Fang, Ying dan Gopal bergerak serentak ke kapal.

"Hm? Reverse, kenapa kau masih terduduk kat situ?" soal Boboiboy apabila Reverse seperti terduduk di atas tanah.

"Haha, tak ada apa. Aku akan datang nanti, kau pergi dulu." Reverse cuba untuk berdiri tetapi dia kelihatan terkial-kial untuk bangun.

Boboiboy yang memandang Reverse seperti sukar untuk bangun dan dia mendekati ahli barunya itu.

"Kau cedera ke?" soal Boboiboy.

"Huh? Cedera? Haha, oh tidak. Kau jangan perlu risau."

Boboiboy memandang ke arah kaki Reverse, terlihat kasut besi milik Reverse mengalami kerosakan dan menunjukkan wayar serta komponen pada bahagian yang rosak.

".. Kasut robot ke ni?" fikir Boboiboy.

"Apa yang kau pandang-pandang? Aku tahu, aku nampak lemah sekarang ni. Kau boleh ketawa dekat aku," kata Reverse.

".. Apa yang kau mengarut ni?" kata Boboiboy lalu dia terus memegang tangan Reverse dan memapah lelaki itu.

"A..Aku boleh bangunlah! Kau tak payah bantu aku!"

"Ha, ya. Kau nak merangkak ke kapal ke?" kata Boboiboy membuatkan Reverse terdiam.

Mereka berdua bergerak ke kapal sedikit demi sedikit, Boboiboy perasan yang kaki Reverse tidak bergerak dengan baik seperti sebelum ini.

"Hm? Eh? Kenapa Boboiboy papah Reverse tu?" soal Gopal yang ternampak Boboiboy dan Reverse mendekati kapal.

"Reverse cedera ke?" celah Ying.

"Sepertinya ya," balas Fang.

Setelah mereka berdua memasuki kapal, Boboiboy terus meletakkan Reverse di atas kerusi yang berdekatan.

"Apa jadi? Reverse ada cedera mana-mana ke?" soal Ying dengan perasaan risau.

"Heh, korang tak payah risau. Cuma masalah teknikal," balas Reverse.

"Dia macam baik sahaja bagi aku, kemain berlagak balasnya."

"Tak baik, lu cakap macam tu." Ying menampar lengan Gopal.

"Aduh, sakitlah!"

".. Apa yang jadi dengan kaki kau sebenarnya?" soal Boboiboy.

Soalan daripada Boboiboy membuatkan Reverse terdiam seketika.

".. Kau tidak perlu tahu, itu bukan hal kau." Reverse cuba berdalih.

Boboiboy merentap kolar baju Reverse yang basah kuyup membuatkan Reverse memandang tepat ke arah wajahnya.

"Sudah tentu aku perlu tahu. Kita sudah satu pasukan, kami semua patut tahu masalah kau. Segala kecederaan pasukan adalah keutamaan kami untuk uruskan," kata Boboiboy.

".. Okey, itu yang kau nak. Kaki aku lumpuh, puas hati? Adakah itu jawapan yang kau nak?" balas Reverse, giginya diketapkan.

"Lumpuh?!" Yaya, Ying, Fang dan Gopal terkejut.

"Ya, kaki aku lumpuh semasa kecil. Jadi aku dapat kaki besi ni sebagai bantuan untuk aku terus berjalan," balas Reverse, tiada lagi suara ceria keluar dari mulut Reverse.

The New Member [BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now