"Agh! Kuatnya hujan kat sini!" jerit Boboiboy yang memakai baju hujan dinosour berwarna oren, cuba melawan ribut hujan yang melanda planet itu.

"Ini bukan misi yang aku mahukan." Reverse merungut seorang diri, dirinya juga berusaha untuk melawan ribut hujan yang sungguh kuat itu.

"Amma, tolong!" jerit Gopal apabila dia tersungkur kerana tiupan angin yang kuat sehingga dia bergolek ke belakang beberapa kali.

"Gopal! Akar pengikat!" jerit Boboiboy lalu akar pengikat melilit kaki Gopal, remaja berbaju hujan oren itu menarik kawannya yang satu itu dengan sepenuh tenaga.

"Biar aku tolong kau!" Yaya membantu Boboiboy untuk menarik Gopal di dalam kehuru-haraan ribut itu.

"Kuat lagi! Kuat lagi!" Reverse memberi semangat kepada mereka berdua.

"Hoi, tariklah sekali! Bersorak apanya!" marah Boboiboy.

"Fang, jauh lagi ke?!" jerit Ying, habis kabur cermin matanya kerana titisan hujan.

"Ja..Jauh lagi!" jerit Fang.

Matanya cuba fokus memandang skrin hologram yang terpancar dari jam kuasanya tetapi seperti Ying, cermin mata milik Fang agak kabur.

"Ada juga aku beli wiper untuk cermin mata aku ni!" rungut Fang.

"Huh? Boboiboy, apa tu?" Yaya menundingkan jarinya.

"Huh?!" Boboiboy memandang ke arah tempat yang ditunding oleh Yaya.

Walaupun agak kabur tetapi Boboiboy dapat melihat sesuatu berenang ke arah mereka kerana tanah yang mereka pijak mempunyai air yang bertakung seperti sungai cetek akibat dari ribut hujan itu.

"Je..Jerung, lari cepat!" jerit Boboiboy.

"Huh?! Jerung?!" jerit Gopal pula.

Habis kelam-kabut masing-masing apabila sekumpulan ikan jerung robotik menyerang mereka berenam dan cuba untuk makan mereka semua.

"Dey, jangan makan aku! Aku ada lemak je!" jerit Gopal sambil merangkak.

"Jangan dengar cakap dia, makan dia ni! Dia banyak daging!" jerit Reverse, menambahkan ketakutan terhadap Gopal.

"Reverse, kau tak membantu!"

"Siapa yang berani memasuki tempat aku tanpa kebenaran?!" Laung kedengaran suara garau mengejutkan mereka semua, sesosok lelaki tinggi dan berbadan tegap serta mempunyai kulit seperti ikan jerung memunculkan dirinya.

"I..Itu ke pemimpin planet ni?" soal Gopal.

"Aku rasa ya," balas Boboiboy.

"Kau semua bakal jadi makan malam kami! Hujan ribut berganda!" jerit lelaki jerung itu dan hujan ribut semakin kuat.

"Tidak! Aku tak nak buat misi ini!" jerit Gopal.

"Kuasa elemental! Boboiboy Ais, kubah ais!" jerit Boboiboy sambil bertukar menjadi Boboiboy Ais dan kubah ais melindungi mereka berenam.

"Fuh, nasib baik." Gopal menghela nafas lega.

"Kenapa kau tak guna kuasa je dari tadi?" kata Reverse.

"Ha, ya. Dalam keadaan macam ni, memanglah nampak sesuai." Boboiboy menatap datar ke arah Reverse.

"Radar mengesan yang Rainbot berada di tangan dia," kata Fang yang masih fokus memandang skrin hologramnya.

"Heh, hujan panas!" jerit lelaki jerung itu lagi lalu awan di atas kepala Geng Boboiboy berubah dan menjatuhkan air hujan panas yang perlahan-lahan mencairkan kubah ais milik Boboiboy.

"Huh?! Panas, panas!" jerit Boboiboy apabila setitis air hujan membasahi bahunya.

"Alamak, kubah ais nak cair!" kata Yaya sambil memandang kubah ais yang mula mencair.

"Dinding bayang!" Fang pula cuba untuk melindungi mereka.

"Jangan harap! Hujan puting beliung!" jerit lelaki jerung itu dan secara tiba-tiba puting beliung air menyedut mereka berenam.

"Tidak! Aku tak mahu mati!" jerit Gopal.

Beberapa serpihan kubah ais turut berputar di dalam puting beliung itu dan menghentam mereka berenam. Salah satu serpihan yang besar meluru ke arah Reverse dan menghentam kaki Reverse yang memakai kasut besi.

"Yi.. Ying, hentikan masa sekarang!" jerit Boboiboy.

"He..Hentikan masa!" jerit Ying lalu serta-merta keadaan di sekeliling mereka terhenti.

Ying cepat-cepat keluar dari puting beliung itu dan meluru ke arah lelaki jerung itu, merampas Rainbot dari lelaki jerung itu. Ying menekan jam kuasanya dan cuba menyah-aktifkan sfera kuasa itu.

"Okey, dapat! Kembalikan masa!" jerit Ying dan masa kembali bergerak semula tetapi keadaan menjadi tenang di planet itu.

"Ahh!" Menjerit Boboiboy, Gopal, Fang dan Reverse apabila mereka jatuh bergolek di atas tanah manakala Yaya sempat terbang di udara.

"Tak guna! Bagi semula sfera kuasa itu!" marah lelaki jerung itu dan cuba merampas Rainbot daripada Ying.

"Tak boleh! Larian laju!" Ying terus melarikan dirinya.

"Heh, kau tewas kali ini." Boboiboy memberikan ibu jari ke bawah sebelum satu bebola elektrik muncul di tangannya.

"Yaya! Angkat kami!" jerit Fang.

"Kuasa graviti!" Yaya terus mengangkat mereka berlima ke udara.

"Renjatan halilintar!" jerit Boboiboy lalu merenjat lelaki jerung itu bersama anak buahnya menggunakan kuasa halilintarnya.

"Yeay! Misi kita berjaya!" kata Gopal dengan teruja.

The New Member [BBB Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now