Prolog

4 1 0
                                    


MATA merenung buruj di dada langit yang terbentang. Fikirannya kusut. Entah apa yang ada dalam kepala, semuanya bercampur. Mindanya terganggu sepanjang hari membuatkan dia datang ke sini. Buat seketika, dia teringatkan seseorang. Perasaan rindu datang menjelma.

"Haih, 10 tahun dah," keluhnya. Segala yang berlaku 10 tahun lepas kembali bermain dalam fikiran. Seolah-olah cerita di dalam panggung yang dimainkan semula. Mata dipejam sesaat. Nafas dihela. Perlahan mata dibuka kembali lalu kembali menatap langit malam.

Tidak mahu melayan perasaan, punggung terus diangkat dan kaki melangkah meninggalkan tempat yang didudukinya sejak 1 jam yang lalu.

Sampai di kereta, laju dia memasukinya dan pandu pulang ke rumah.

"ASSALAMUALAIKUM," ucapnya seraya memasuki rumah. Sepi. Tiada yang menjawab. Tak pelik, yang peliknya kalau ada yang menyahut sebab dia tinggal seorang diri di rumah tu. Kalau ada yang menyahut, wassalam. Dia sanggup ketuk pintu rumah jiran sebelah tumpang tidur seminggu.

Kaki panjangnya terus diayun ke bilik selepas mengunci pintu untuk mengambil pakaian dan membersihkan diri. Penat satu hari hilang setelah pancuran air membasahi kepala. Lega.

Usai mandi dan menunaikan solat fardhu, dia berbaring di atas katil menghadap siling. Tangan diletakkan di belakang kepala sebagai alas. Fikiran kembali menerawang. Haih, hari ini saja, entah berapa kali dia mengelamun dan termenung. Lama dia berkeadaan begitu sehingga perlahan-lahan matanya tertutup. Dada mula berombak lembut.

Semoga hari esok dapat dia jalani tanpa fikirannya terganggu lagi.

PROLOG,
—aeys

HIRAETH [OG]Where stories live. Discover now