Mulutnya dicebikkan memandang sinis ke arah puan Dahlia

"Ala buat-buat tanya pula, tak tahu ke buat-buat tak tahu. Mawar tu mengandungkan? Anak siapa? Bila pula dia kawin?"

Tercengang puan Dahlia mendengar ucapan wanita di hadapannya itu. Bagaimana pula semua ini boleh tersebar, hamba Allah yang mana yang sebarkan berita ni

"Ha kalau diam tu betullah budak tu mengandungkan? Siapa bapanya?"

Rosmah disebelahnya hanya diam berpeluk tubuh,memandang sinis ke arah puan Dahlia. Puas hatinya melihat Dahlia di tanya sebegitu rupa,cukup membuat hatinya yang sakit tempoh hari melonjak gembira

"Apa yang kau cakap ni Kiah?"

Tergelak sinis Rosmah mendengar pertanyaan puan Dahlia

"Tak payahlah kau nak berpura-pura naif Dahlia. Satu kampung ni dah tahu yang anak kau tu dah mengandung. Mengandung anak siapa pun tak tahu entah"
Ujarnya mempamerkan riak benci ke arah wanita itu. Plastik ditangan disangkut hingga ke siku sebelah lagi mencekak pinggang

Mawar yang hanya diam mendengar dibelakang pintu bersama adiknya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia keluar dan menceritakan hal sebenar namun sudah dihalang oleh umminya awal-awal lagi

"Tak apa selagi diorang tak melebih,biar ummi je yang uruskan" ujar Maleeq seakan faham dengan wajah gelisah Mawar

"Anak kau tu dah kemaruk sangat ke nak guna duit sampai jual diri?"

Mawar hanya kekal diam di belakang pintu sungguh hatinya sakit mendengar tutur kata wanita tua itu

"Pandai kau jaga anakkan Dahlia, seorang jadi penganggur seorang lagi jadi pelac-

Kata-katanya terhenti apabila sebuah kereta datang memarking kenderaanya betul-betul di belakang punggung dua wanita itu

Semua pandangan mereka terkunci pada dua lelaki yang turun dari kenderaan tadi

"Ha ni siapa pula ni, parking kereta macam ni. Punyalah luas laman rumah ni belakang bontot aku juga kau nak parking"
Tempik Rosmah memandang ke arah empunya kereta

Mateo turun dari kereta,membuka kaca mata hitamnya memandang sinis ke arah wanita itu

"Lah orang ke? Maaflah spek saya ni gelap sikit ingatkan tiang tadi"

Jebat hanya memandang dingin dua wanita tua dihadapannya itu,dia dengar apa yang ingin dikatakan oleh wanita itu tadi

"Cuba sambung balik apa yang kau nak cakap tadi?"
Ujar Jebat memandang tepat kedua wanita dihadapannya bersilih ganti. Pasu disebelah tangannya digenggam erat

Rosmah seakan terkejut mendengar tutur kata Jebat, gilirannya memandang tajam ke arah lelaki itu

"Amboi biadapnya mulut kau. Dah lah datang main terjah tak bagi salam lepastu nak biadap pula" kakinya melangkah mendekati Jebat, maju dong siapa takut

"Nenek ni boleh diam tak, suara nenek dari depan nak masuk kampung ni lagi saya dengar" tempik Mateo

"Sekarang ni kau yang tak ada adab, datang rumah orang jerit-jerit macam orang meroyan. Kenapa? Siapa yang ambil laki kau?"
Ujarnya pedas, sakit hati melihat perempuan dihadapnnya itu berani naik kepala

"Eh budak kau cakap baik sikit. Entah datang dari pelosok mana, tiba-tiba pula nak kurang ajar. Mak bapa kau tak ajar ke?"

Sikit lagi pasu ditangannya melayang ke wajah wanita dihadapnnya

"Awak!" Jerit Mawar terkejut, hampir saja jantungnya terjatuh melihat perbuatan Jebat, dia bergegas turun ke tangga rumah

Automatik pergerakan Jebat terhenti

"Ha keluar pun perempuan ni, naik lenguh kaki aku ni tunggu kau keluar"

"Kaki nenek tu bukan lenguh, tu tanda tanda nak gaut tu. Bukan sebab tunggu dia keluar"

Maleeq yang berada di belakang Mawar dari tadi hanya dia mengemam bibir, bila- bila masa saja ketawanya boleh pecah

"Eh kau ni memang nak kena dengan akulah, siapa nenek kau?" Ujar Rosmah

Baru setepak dia ingin melangkah ke tempat Mateo

"Balik sebelum pasu ni betul-betul pasu ni pecah dekat kepala kau"
Rendah namun tegas suara Jebat kedengaran

"Kau siapa-

"BERAMBUS" laungnya kuat membuatkan kedua wanita dihadapannya terkejut

Mawar dan umminya yang hanya diam dari tadi dipandang benci oleh Rosmah

"Nanti aku datang lagi kau dua orang siap. Jom Kiah" bahu Jebat dilanggar sebelum dia melangkah pergi

"Tch mengalahkan wartawan Mstar" gumam Mateo

Kini pandangan Mawar dan keluarganya hanya tertumpu pada Jebat dan Mateo

Enjoyyy your reading, voted and comment ily kamsahamnida ♡♡



𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon