Tengku Seducer: 26

Comincia dall'inizio
                                    

Sunyi sahaja kawasan agensi disebabkan masih awal. Kakinya berjalan dengan laju ke arah bilik. Alang-alang itu dia mahu lihat kembali semua gambar sewaktu fashion show.

Dahinya berkerut apabila melihat pintu biliknya terbuka sedikit. Dia tak kunci pintu ke sebelum balik kerja semalam? Rasanya dia jarang alpa.

Tempo langkahnya semakin dilajukan. Dia harus tengok dengan mata kepala sendiri jikalau ada orang lain yang menceroboh bilik pejabatnya. Sejurus sahaja pintu dibuka, terpampang satu tubuh tegap sedang membongkok di bawah meja. Rasanya dia cam dengan tubuh ini.

"Fahrel."

Teguran Alessandra membuatkan wajah Fahrel pucat membiru. Tak cukup dengan itu, kepalanya terhantuk pula pada meja. Lantas, dia berdiri tegak. Mukanya dimaniskan.

"Awak cari apa dalam pejabat saya?" soal Alessandra hairan. Matanya melilau melihat keadaan biliknya. Masih sama tiada apa-apa yang berubah.

"Tak ada apa-apa cik puan. Cik puan baru sampai?" tanya Fahrel prihatin.

"Kan saya dah kata panggil Sandra je."

Fahrel menggaru mukanya. "Oh, maaf silap."

"Awak buat apa dalam office saya pagi-pagi ini? Ada apa-apa yang awak nak?" Sekali lagi Alessandra mengutarakan soalan yang dibiar sepi oleh lelaki itu.

"T-tak ada cik- Sandra. Aku- Maksud saya, saya  cuma rasa butang baju saya tercicir dekat sini," jawab Fahrel.

"Really? Dah jumpa ke?" Alessandra mula hilang sangsi meskipun lelaki itu nampak gabra dari sebelumnya.

Laju sahaja Fahrel menggeleng. "Mungkin saya salah pandang. Tak apalah, saya keluar dulu."

"Fahrel, kalau boleh lepas ini jangan masuk pejabat I sesuka hati. Dalam ini banyak benda berharga dan privasi I. I cuma benarkan Ian masuk ke sini," pesan Alessandra tatkala Fahrel melintasinya.

Fahrel tersentak. Pesanan Alessandra dibalas dengan anggukan perlahan. Ketika dia berada di luar, hujung bibirnya naik tinggi.

Hampir berjam-jam dokumen di tangan direnung kosong. Entahlah semua moodnya berterabur hari ini.

"Woi!" Dahlia menampar kuat meja Alessandra apabila kawannya itu termenung jauh.

Alessandra berura-ura ingin mencampak pen ke wajah Dahlia. Berapa kali jantungnya nak terkeluar hari ini?

"Chill, bestie. Termenung jauh nampak. Fikirkan cik abang ke?" usik Dahlia sejajar dia selamba duduk di hadapan Alessandra.

"Kau nak apa? Aku tak ada mood ini," ujar Alessandra malas.

"Pelik. Jarang-jarang kau tak ada mood datang kerja. Aku panggil pun tak dengar. Kau apahal? Cuba cerita," desak Dahlia. Dia kan makcik kepochi.

Terdengar keluhan meniti keluar dari bibir Alessandra. "Dahlia, aku rasa aku dah kecewakan Ian."

"Maksud kau?"

"Ian. Dia taknak bercakap dengan aku sejak semalam. Selalunya, buka je mata bangun tidur mesti ada je benda yang dia bebelkan, tapi tadi dia senyap," luah Alessandra.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora