Tengku Seducer: 21

Start from the beginning
                                    

Asyik mengelamun, tanpa sedar ada dua tangan kekar direhatkan di palang balkoni sekaligus mengepung tubuhnya. Mula terasa deruan nafas seseorang di tepi telinga.

"Jauhnya termenung sayang Ian ini. Panggil tak menyahut," katanya sejurus dia berdiri di hadapan Alessandra. Habis terurai rambut isterinya dek ditampar angin malam.

"Baru keluar dari gua?" perli Alessandra.

"Hm, rindu isteri akulah," ujar Ian selari rongga hidungnya tak habis mencuri haruman Alessandra.

"You. I nak tanya, betul ke you kalau stres suka minum hot chocolate?"

Ian pelik. Dia memegang bahu Alessandra sebelum dipusingkan tubuh isterinya. Barulah boleh nampak wajah isterinya yang cantik ini.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya?" soal Ian.

"Tak adalah, tadi I turun bawah nak minum air. Nasib malang kut, dua orang itu tengah makan. I borak-borak dengan Dilan, tiba-tiba Qasarina itu-"

Alessandra terkelu. Terasa sangat hangat sentuhan bibir Ian di bibirnya sekarang. Beberapa saat baru lelaki itu lepaskan kucupan.

"Kenapa you cium I?" Alessandra jegilkan mata.

"Saja. Iklan," jawab Ian selamba.

Alessandra mencebik. Padahal, memang suka ambil kesempatan.

"Lepas itu Qas buat apa dekat kau? Dia ada buat apa-apa yang tak elok?"

Laju sahaja Alessandra menggeleng.

"Tak, tapi dia bersungguh-sungguh nak tawarkan diri dia buatkan hot chocolate untuk you. Lepas itu, I balas balik I tanya suami dia suka apa. Tahu pula dia nak marah," panjang berjela Alessandra mengimbau kembali kejadian tadi. Sakit betul hatinya.

"Sorry, aku patut ada dengan kau tadi. Kalau kita bergabung, mesti lagi gempak." Sengaja Ian ingin mengusik sang isteri.

"You tak jawab soalan I! Betul ke dia selalu buatkan air untuk you?" Alessandra menolak badan Ian menjauh.

Ian tergelak. "Aku lupalah wifey. Okay, okay. To answer your question, tak. Aku tak pernah sukakan air coklat."

"Habis itu kenapa perempuan itu cakap you suka?"

"Sebab Qas cuma pandai buat air coklat. Aku paksa diri aku untuk minum demi nak dapatkan perhatian dia dulu," jelas Ian.

"Wow, Ian was so inlove," ejek Alessandra. Walhal, hatinya cemburu.

"Yup. Macam mana aku sanggup korbankan telur kuning aku untuk kau walaupun aku pun sama tak makan telur putih. Itulah tanda aku nakkan perhatian kau," ujar Ian sembari jari-jemari menyisir rambut ikal mayang Alessandra.

"Wait what?"

Ian mengemam bibirnya. Rasa kelakar dengan reaksi Alessandra.

"Kau bosan tak?"

Alessandra mengeluh. "Bosan sangat sangat sangat! I dari tadi asyik baring, duduk, baring, duduk tunggu you habis buat kerja."

"Kalau macam itu, kau ikut akulah."

"Ikut you pergi mana?"

"Race. Kawan aku, Mighdad dapat cuti lama. Jadi, budak-budak yang lain ajak race motor sekali sempena nak sambut dia. Nak pergi, tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan kau dekat rumah ini."

"Tak sampai hati ke, atau you itu yang mengada?" duga Alessandra.

"Ish, susah ini. Kau dah boleh baca aku." Ian tergelak kecil.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now