"Ehh. Apa kata bini otak takde? Tertinggal dekat RNR mana tadi?" Opah kembali menyambung karutnya.

"Tak tahu." Ariff mengangkat bahu.

"Macam-macam kamu ni. Tepi. Nak pergi usya duda rumah sebelah ni. Sibuk je duk duduk tengah jalan." Opah menolak bahu Ariff yang  sedang minum dikerusi.

Aih? Jalan bukan main besar, sini jugak kau nak lalu?

Hilang kelibat opah, Ariff terus menegur isterinya yang sibuk dengan dunianya sendiri.

Aira berjalan mendekati Ariff usai ditegur.

"Awak. Saya tak nak tangkap ayam tu. Awak jelah pergi tangkap."  Aira menggoyang-goyangkan lengan Ariff perlahan. Ariff meraup wajah tampannya.

"Mana ada kena tangkap ayam. Tu. Ambil dalam peti sejuk." Ariff memuncungkan bibirnya kearah peti sejuk disitu.

Aira berjalan mendekati peti tersebut dan membukanya. Lalu terlihatlah penampakan ayam didalam peti.

Ayam dibawa keluar dan dibawa ke sinki untuk dimasak.

☜⁠ ☞

"Okey tak?" Soal Aira. Dia meneguk pahit air liurnya. Dia memandang Ariff yang sedang merasa masakannya.

Tengah tunggu reaction dari chef lah yang nak dikatakan.

"Em.. Sedap." Kata Ariff usai sahaja merasai masakan si isteri.

"Awak jangan lah cakap macam tu sebab nak jaga hati saya. Bagitahu lah betul-betul." Aira mula mencebik.

Kita first time nak bagi opah kita rasa masakan kita ni. Kalau sedap, baru boleh ambil hati opah! Kalau tak sedap, tak mengaku cucu menantu lah jawabnya.

"Betul, sayang. Sedap sangat. Macam kau." Ariff mula menjongket kening.

"Ish. Dekat rumah opah pun ada jer mood menggatal dia tu." Aira berkata perlahan. Tetapi tepat didengar di cuping telinga Ariff.

"Of course ada." Ariff mencuit hidung Aira. Membuatkan Aira menggeletis suka.

"Rasa cukup masin manisnya tak?" Aira menyoal kembali tentang makanan.

"Cukup." Ariff membalasnya.

"Ha! Siap belum makan malam opah?" Opah menerpa dari belakang. Terkejut mereka berdua.

Ariff yang jarang-jarang nak terkejut ni pun turut terkejut. Terbuka jugalah kuda-kuda diaorang.

"Ush, opah! Pakai silap mata ker? Tahu-tahu ada dekat belakang." Ariff berkata sambil mengelus lembut dadanya. Terkejut tite.

"Opah dah tua. Tak main silap mata ni. Silap hari bulan bukan silap mata yang opah buat, tapi mata orang pulak yang dapat." Roziah berjalan mendekati meja makan dan melabuh punggung dikerusi meja makan itu.

Karut makcik ni. But, nevermind..

Tak sabar nok nak rasa masakan cucu menantu kite ni.

"Ha, duduk-duduk. Tak payah nak jadi patung Budha dekat situ." Roziah mempelawa duduk. Sempat lagi memperli mereka.

Nasi dicedok masuk kedalam setiap pinggan yang ada. Sambal ayam juga dicedok masuk laju oleh Roziah.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Opah membaca doa makan dan laju tangannya menyumbat nasi masuk kedalam mulut.

Ariff dan Aira juga turut melakukan hal yang sama. Tiba-tiba...

Bam!

Roziah menumbuk kuat meja makan itu. Terkejut mereka berdua. Mereka terus mendongak memandang opah.

"Ke-kenapa,opah? Tak sedap ke?" Aira menyoal tergagap-gagap.

"Siapa yang masak ni?" Opah memandang wajah mereka berdua.

"Ai-aira yang masak.." Aira membalas perlahan.

"Apasal sedap sangat, huh? Mesti Aira belajar dengan mak Ariff kan? Pandai anak aku didik. Ehh. Bukan anak aku. Aku yang didik anak aku, anak aku didik anak dia. Aku lah bijak sekarang ni. Fuh, bijak-bijak." Roziah menyuapkan lagi nasi kedalam mulut. Sempat lagi dia memuji dirinya.

Aira dan Ariff lansung tertawa kecil. Comel opahnya ni.

Macam author.

"Ha, Aira. Dah ada isi?" Opah mendongak memandang Aira. Aira terkedu.

Isi? Alah, korang ni. Macam tak tahu pulak soalan maut tu.

"Be-belum, opah.." Aira menunduk memandang nasinya. Tangan kirinya kuat mengenggam hujung baju Ariff.

"Biasalah tu. Setiap pasangan ada takdirnya masing-masing. Korang dapat malaikat kecil tu lambat lah kut. Tapi lambat atau cepat, semuanya sama aje. Percaya dengan takdir Allah yer, Aira?" Roziah meguatkan Aira.

Normal pula makcik ni. Tadi petang bukan main hyper nak tengok duda rumah sebelah bagai.

"Maaf opah sebab masih tak boleh bagi zuriat dekat Ariff..." Aira berkata perlahan. Ariff langsung berpaling memandang Aira.

Aira tidak menangis, yer. Aira kuat guys.

"Tak pe. Opah pun bukannya nak kamu mengandung. Nanti tak terbiasa jadi ibu, susah pula kan? Ikut kamu lah nak mengandung bila pun. Mengandung malam ni pun boleh." Opah kembali berkata pelik.

Aira tertawa kecil. Ariff mengeluh nafas lega. Nasib isterinya senang pujuk kan?

{Blup, blup.
Vote luu.}

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now