Bab 3

4 0 0
                                    

"Korang ni..." Ucapku melihat mereka yang tersenyum lebar.

"Siapa?" Soalku tidak dapat mengecam mereka walaupun aku cuba untuk mengingati mereka. Mereka semua terus kelihatan kecewa apabila aku tidak mengenali mereka.

"Ahhahhahaha... Sudah lama kalian tak berjumpa. Tentulah Red dah tak dapat mengecam muka kalian. Red... Ini kawan-kawan kamu yang tolong papa siapkan dunia Fantas-I. Mereka dulu kawan sekelas kamu. Kamu ingat?" Terang papa dengan tenang.

"Kawan sekelas? Jangan kata! Almond?! Saito? Fenri?!" Soalku meneka mereka seorang demi seorang.

"Hihihi... Yep! Inilah kami. Siapa je kawan setia kau. Hahhaahha!" Ujar Almond terus memeluk sisiku.

"Mesti kau terkejut kan? Hahaha!" Ujar pula Saito turut memelukku dari sisi.

"Akhirnya dapat juga kita jumpa. Sejujurnya memang kami hari-hari nak jumpa," ujar Fenri.

"Hahaha... Memang terbaiklah dapat kumpul semula macam ni. Sorry... Aku tak dapat cam sebab korang ad ekor dan tanduk yang pelik," Balasku sambil melihat Saito yang mempunyai ekor dan telinga haiwan manakala Almond yang mempunyai tanduk yang pelik. Hanya Fenri yang kelihatan normal.

"Hehehe... Inilah yang istimewanya dengan game ni. Kita boleh cipta avatar sebebasnya tapi kalau bukan sebab kami ni kawan kau nak mimpi pun tak dapat nak main game ni," balas Almond.

"Dia separa naga sebab tu ada ciri-ciri naga. Aku pula serigala jadian, aku boleh bertukar sepenuhnya jadi serigala gergasi tapi kekuatan aku berlipat kali ganda bila malam terutamanya kalau bulan penuh," terang pula Saito.

"Ohhhh... Faham... Fenri pula?" Soalku mula tertarik.

"Saya? Hehe... Macam biasa saya selesa jadi supporter, jadi saya pilih karakter sebagai 'healer'. Penyembuh tanpa batas!" Balas Fenri lalu dia bergaya dengan ceria sambil menunjukkan tongkat serta sayapnya yang bercahaya membuatkan aku semakin teruja. Sayapnya rupanya boleh disorokkan dan dikeluarkan sesuka hatinya.

"Dalam dunia ni nama aku Amon. Saito pula PeaceLix, Fenri pula Sugar-Sugar. Hehe... So kalau ada nama kami kat mana-mana itulah kami," kata Almond sambil menunjukkan papan digital yang secara tiba-tiba muncul di hadapan kami yang menunjukkan maklumat diri.

"Nama sama macam dulu. Tak berubah ya? Hahahha... Nostalgia betul," balasku ceria.

"Memandangkan kamu semua ada kat sini. Pak cik harap kamu boleh bawa Red tengok sekitar sini dan cari apa-apa yang kurang untuk penambahbaikkan. Setakat ni kami sempat ciptakan kampung dan hutan sekitar ini sahaja. Kawasan lain masih dalam progress. Kalau nampak benteng berwarna merah itu adalah limitasi kawasan ni," terang papa dengan tenang.

"Ya... Kami faham bukan senang nak buat dunia ni. Pak cik boleh pergi berehat dulu. Biar kami yang bawa Red jalan-jalan," balas Almond dengan yakin.

"Yep! Saya pun tak sabar nak lihat kawasan ni," kata Saito juga bersemangat.

"Jangan risau! Yunia-I pun ada di sini. Saya akan pastikan Redeath terus selesa," ujar seekor pari-pari kecil yang keluar turut bersemangat.

"Uwahh... Comelnya~" puji mereka bertiga serentak.

"Korang tak ada ke?" Soalku.

"Tak ada... Kat sini kau je istimewa. Kami cuma dapat tutorial biasa macam dalam game lain je," balas Almond sambil memuncungkan bibir.

"Sebab Yunia-I peliharaan (pet) yang hanya dicipta khas untuk Redeath. Kalau kalian mahu, kami akan cipta pet lain untuk kalian tapi tak seperti Yunia-I. Macam mana?" Soal Yunia-I dengan gaya comelnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Redeath : Dunia Mimpi (Slow Update)Where stories live. Discover now