Bab 3

18 3 0
                                    

AIDAN berlari keluar dari kafe tadi bersama sekuntum bunga tulip ungu dalam genggamannya. Bunga tulip itu milik perempuan yang dia perhatikan di kafe tadi. Matanya melingas ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat figura itu.

Kaki Aidan melangkah tanpa hala tuju. Sampai di tempat dia melihat perempuan yang sama sedang bersandar pada dinding bangunan yang kurang orang lalu-lalang di situ. Langkah Aidan mati. Matanya tidak lepas daripada merenung setiap pergerakan perempuan itu.

Apabila melihat perempuan itu sedang bergelut untuk berswafoto sendirian, Aidan mengoyak senyuman nipis. Comel! Perlahan-lahan dia mendekati perempuan tersebut bersama kuntuman bunga tulip.

Sementara itu, Dian merengus apabila setiap gambar yang diambil langsung tak menarik di matanya. Inilah kesusahan yang dia alami apabila bercuti sendirian. Sukar untuk mengambil gambar sendiri dan tiada teman untuk jadi jurugambar tak bertauliah untuk dirinya. Dian mengundur beberapa tapak ke belakang untuk mencari sudut yang sesuai berswafoto lalu entah bagaimana dia terlanggar seseorang dan telefonnya hampir terjatuh. Tubuhnya mula hilang keseimbangan.

Pantas satu tangan menangkap pinggang Dian dan memeluknya erat. Satu tangan lagi menyambut telefon milik Dian. Buat seketika Dian terkaku dengan posisinya bersama seorang lelaki asing. Dia tidak tahu siapa yang berada di belakangnya kini, yang pasti seorang lelaki.

Apabila Dian kembali ke realiti, Dian gelabah berdiri tegak lalu berpusing menghadap figura tersebut yang membantunya dari menghempap tanah tadi.

"Do you need help, my lady?"

Berkerut dahi Dian mendengar kata-kata lelaki asing itu. Apa maksud lelaki ini? Tolong apa? Dia belum sempat lagi nak ucap terima kasih. Eh la... mamat Perancis ni pelik-pelik. Eh, mamat Perancis ke? Macam lain aje rupa lelaki di hadapannya kini.

"Siapa 'my lady' kau? Eh, tak ingin aku!" gerutu Dian. Lantak la mamat Perancis ni faham bahasa ibundanya atau tak. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja panggil dia ni 'my lady'. Sejak bila dan ketikanya dia jadi perempuan kepunyaan lelaki Perancis ini?

Aidan mengoyak sengihan lebar.

"Err... thank you." Dian menunduk sedikit. Ikhlas. Ya, ikhlas kerana bantu dia dari jatuh dan sambut telefonnya. Kalau tak, bergegar bumi Paris ini.

"My pleasure," jawab Aidan.

Tiba-tiba Aidan menghulur sekuntum bunga tulip ungu milik Dian.

Dian berasa aneh. Berapa bunga dia kena dapat hari ini? Bunga tulip pula tu. Sama dengan budak lelaki bernama Thomas yang beri dia bunga hari ini. Hari ni memang hari sedunia bunga tulip ke apa?

Teragak-agak Dian mahu menerima huluran lelaki yang tidak dikenali ini.

"It's yours."

"Pardon?"

"This tulip belongs to you, my lady," ujar Aidan bersama senyuman yang bergayut di hujung bibirnya.

Apabila melihat Dian masih menayang muka pelik dengan dahi berlapis-lapis itu, Aidan menarik lengan Dian tanpa memikirkan apa-apa dan terus meletakkan bunga tulip ungu itu dalam genggaman Dian.

"Bunga awak. Awak tertinggal kat kafe tadi, my lady."

Ternganga luas mulut Dian. Bukan kerana lelaki asing itu menarik tangannya. Bukan kerana bunga tulip miliknya itu tertinggal di kafe juga. Tapi... kerana lelaki itu cakap bahasa Melayu! Bahasa ibundanya sendiri. Kejap... maksudnya lelaki itu faham la kan apa yang dia cakap tadi?

Oh... My... God!

Aidan pula menahan tawanya dari meletus.

"Tutup mulut tu. Nanti lalat masuk baru tahu." Tipikal ayat orang Melayu. Asyik lalat saja, tak boleh ke cakap rama-rama ke? Emas ke? Tak pun, makanan... kenyang perut dan senang hati. Eh?

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Feb 28 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

Rewrite This LoveOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz