Tengku Seducer: 18

Start from the beginning
                                    

"I-I cuma tanya. I cakap kalau. Faham tak 'kalau'?"

"Aku akan minum," jawab Ian dengan mata tidak sedikitpun menatap wajah isteri.

"Seriously? I mean why?" Alessandra berkerut sehingga menampakkan pelipis dahi.

"Because the poison inside will be neutralized by the love I have for you."

Tak tertelan air liur Alessandra mendengar jawapan yang meniti keluar dari dua ulas bibir Ian.

"Makan, Malaiqa. Tengok aku lama-lama tak akan buatkan kau kenyang."

Alessandra mencebik. Sudahlah lelaki itu bercakap dengan dinding hadapan. Langsung tak menoleh ke arahnya.

Seperti biasa, sebelum makan dia akan pisahkan telur putih daripada telur kuning. Tingkah lakunya hanya diperhatikan oleh ekor mata Ian.

"Kau tak makan telur putih?" tegur Ian.

Alessandra gelengkan kepala. "Tak. I nak termuntah setiap kali makan telur putih."

"Cukup ke telur kuning kau itu?" Berkerut dahinya melihat saiz telur kuning yang sekecik telapak tangan. Mana kenyang kalau makan begitu sahaja.

"Nak buat macam mana dah kalau ini aje saiznya. Lagipun cuma I seorang yang tak makan telur putih," jawab Alessandra pasrah.

Mereka diam seketika. Masing-masing baru ingin mula menikmati makanan. Entah apa yang dibuat dari tadi oleh Ian, bunyi dentingan sudunya semakin jelas kedengaran. Alessandra hanya mengabaikan lelaki itu memandangkan dia sibuk dengan makanannya sendiri.

Tiba-tiba, seketul telur kuning diletakkan di atas pinggannya.

"Ambillah telur kuning aku ini," pelawa Ian.

"Eh. Kenapa? Awak taknak ke?" Dia merenung sisi tampan Ian. Pagi-pagi pun kacaklah suami aku ini.

"Aku tak suka telur kuning."

"Betul ke ini?"

"Hm."

"Wah. Nampaknya, kita memang saling melengkapilah. I tak suka telur putih, you tak suka telur kuning." Dia membuat perbandingan dengan teruja.

"Macam semalamlah, kau sabunkan aku, aku bilaskan kau. Melengkapi." Ian mengangkat bahu dengan cebikan.

"Ian! Boleh tak lepas ini kalau nak bercakap sesuatu itu tolong fikir dulu?" Kepalanya terteleng kiri dan kanan melihat jikalau ada yang mendengar.

"Diorang faham kita baru kahwin."

Alessandra menikam tajam wajah Ian dengan jelingannya. Cakap dengan Ian ini seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Eloklah itu jeling suami? Cucuk mata itu nanti," ugut Ian.

"Cucuklah, cucuk." Alessandra sengaja provok Ian. Lelaki kan sifatnya pantang dicabar.

Ian pandang sekilas wajah isterinya sebelum dia kembali menjamah makanan.

"Kenapa tak cucuk? Tak berani?"

"Bukan tak berani."

"Kalau bukan sebab tak berani, sebab apa lagi?"

"Sayang."

Alessandra menguntum senyum mendengar jawapan jujur Ian. Alahai, hati.

•••

Selepas makan pagi, Alessandra patuh dengan arahan puan Callista untuk membawa Ian bersiar-siar di sekitar taman. Elok juga itu, lagipun Alessandra sendiri sudah lama tidak melihat keadaan orang setamannya. Sibuk bekerja.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now