Farhan bangun berdiri lalu membuka ikatan ditangan Syafiq. Kemudian dia berjalan dan duduk berhadapan dengan jejaka itu kembali.

"Kau boleh bagi aku apa sahaja. Now, shoot them." Farhan memberikan pistol tersebut kepada Syafiq.

Syafiq tidak mencapai pistol tersebut. Dia malah menunduk.

"I can't.." Syafiq mengalah. Terlalu awal, beybeh.

"So, mengaku kalah?" Soalnya seraya ketawa. Ingat kelakar lah tu.

☜⁠ ☞

"Awak!" Aira berlari anak mendapatkan suaminya.

"Ish, berat lah. Turun." Arah Ariff apabila Aira melompat kebelakang Ariff.

"Tak nak." Aira tidak menurun, malah mempereratkan lilitan kakinya dipinggang jejaka itu. Tangannya merangkul leher Ariff dengan kuat.

Tersedak Ariff dibuatnya.

"Adui, sakit lah. Kau nak aku mati awal ke? Teringin nak jadi janda awal?" Soal Ariff sambil menampar tangan Aira yang merangkul lehernya.

"Boleh juga. Janda kan kedepan sekarang." Balasnya selamba. Ariff langsung menjulingkan anak matanya naik atas. Smack-down karang.

"Tuan nak pergi kerja dah ke?" Soal Raykal. Raykal pun menyampah tengok adegan berpeluk-peluk depan dia, member single. Kesian.

Untuk siapa yang nak order Raykal, boleh tekan beg kuning yer.

"Ehh, tak lah. Nak pergi memancing ni, tak nampak?" Perli Aira. Tak nampak ke suami kita ni dah siap-siap nak pergi kerja. Pake nanya.

"Puan ni sibuk lah." Raykal berjalan menuju sofa untuk menunggu Ariff selesai makan. Lambat.

"Mayah mana?" Soal Aira. Yer lah, tak nampak pun.

Aira menuruni belakang Ariff dari terus meruntunnya.

"Dia cakap dia nak pergi beli barang. Barang apa entah." Balas Raykal acuh tak acuh. Dia menekan alat kawalan jauh untuk mengalih siaran.

"Awak." Kena palau.

Tak pe, tak pe. Hidup tak boleh berhenti mencuba.

"Awak." Aira menggoncang perlahan lengan Ariff yang sibuk dengan sarapannya.

"Ish, awak." Aira mula menggoncang kuat lengan Ariff.

Apa ni palau, palau?

"Apa?" Sepatah sahaja yang keluar dari butir mulutnya.

"Tak payah lah marah. Awak ni suka marah saya." Aira terus menjelingnya. Suka hati opah dia aje marah tite.

"Bila masa aku marah?" Soal Ariff dengan jelingan. Jelingan tidak boleh ditinggalkan, harus seiring dengannya.

"Tu apa tu?"

"Tu? Two dua. Tak pergi sekolah ke dulu?" Dengan selamba penuh keyakinan sekali jawapan yang diberikan. Aira mula mencebik. Ni malas ni.

Aira berjalan mendekati sofa dan menghempas kasar tubuhnya diatas sofa. Lalu tangan naik memeluk tubuh.

Merajuk!

Ariff hanya membiarkannya dan sambung menikmati makanan itu.

Orang lapar ni, kejap lagi lah pujuk kau tu.

Usai makan, pinggang terus diangkat untuk basuh.

"Jom, Ray." Ajak Ariff tanpa menghiraukan sang kelembai.

Ehh tiber.

"Erk.." Raykal bangun dari sofa lalu membuka langkah menuju pintu. Aira memandangnya dengan anak mata.

"Tuan, puan merajuk tu." Kata Raykal perlahan sesampai sahaja disebelah Ariff yang sibuk memakai kasut.

Ariff bangun dari duduknya lalu bercekak pinggang dihadapan pintu.

"Sayang." Panggil Ariff. Aira memekakkan telinga. Raykal sudah membuat muka dan berjalan pergi ke kereta Honda Civic milik Ariff terlebih dahulu.

Dia tak nak dengar banyak-banyak, nanti menangis bawah ketiak ibu nak kahwin pula. Siapa susah? Author juga yang susah.

"Sayang, aku panggil ni." Aira berpaling memandang Ariff. Lalu mengangkat kepala.

"Salam. Kalau dalam perjalan nanti aku mati macam mana? Meraung rindu kau dekat aku." Ujarnya. Sempat lagi memperli gadis kecil itu.

Aira bangun dari sofa dan berjalan perlahan mendekati Ariff lalu menyalami tangan.

Aira ingin melepaskan tangan, tapi Ariff masih memegangnya. Aira terus memandang. Nak apa lagi, engkau ni?

Ariff mencebik. Takkan lupa rutin harian mereka?

Aira mengeluh sejenak. Dalam waktu yang sama, dia tersenyum suka.

"Fi Amanillah, Chinta.. (Semoga engkau dalam perlindungan Allah, Cinta)." Aira mengucup pipi Ariff. Ariff langsung tersenyum suka.

Tak baik lah bersweet-sweet dekat sini. Kan banyak readers single ni.

Cup.

Satu ciuman sempat dihadiahkan kepada Aira kembali.

"Bye, sayang."

Puk.

Ariff menepuk kepala kepala Aira dan meleraikan tangan mereka lalu bergerak mendekati kereta dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Bawa kereta elok-elok, Raykal. Jadi apa-apa dekat suami saya, siap awak." Aira memberi amaran kepada Raykal.

Kitonyo sayang suami. Heheh.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now