Tengku Seducer: 14

Start from the beginning
                                    

"Ingat Malaiqa. Kalau aku menang, kita kahwin. Wish your daddy luck," ujar Ian dengan kenyitan mata.

D..daddy?

"Tanpa membuang masa, kita panggil masuk petinju-petinju kita. Ian Hayf atau lebih dikenali sebagai Phyton dari Akademi Unholy MMA untuk naik ke gelanggang! Orangnya kecil tapi berbisa seperti ular."

Seru sahaja nama Ian, pemuda itu bergegas lari naik ke atas gelanggang. Beberapa flying kiss dilontarkan ke seluruh umat yang hadir menonton perlawanan ini. Hmph, lihat sahaja para gadis yang menggeletis.

"Seterusnya, kita panggil petinju yang akan menyaingi Phyton iaitu Hatashi Saidako dengan gelarannya GOF dari Akademi Japan Maria. God-of-Fighter!"

Muncullah seorang lelaki berbadan lebih tegap dan sasa berbanding Ian naik ke atas gelanggang. Amboi, bengis betul mukanya. Mampu ke Ian melawan lelaki sebesar ini?

Tatkala semua bersorak, cuma Alessandra yang menayangkan riak wajah meluat.

"Boooo! Phyton, Phyton!"

Alessandra hanya mengabaikan jelingan tajam daripada gadis di sebelahnya ini. Nak gaduh ke?

Dia kembali fokus ke arah gelanggang. Di situ, kedua-dua petinju mengangkat kedua-dua belah tangan dan dirapatkan ke dada masing-masing. Mungkin ini salah satu adat sebelum mulakan perlawanan. Selepas itu, Ian berjalan pula disekeliling gelanggang.

Usai itu, mereka berdua berdiri di tengah-tengah gelanggang dan tunduk sebanyak tiga kali kepada kami semua sebelum perlawanan dimulakan. Alessandra membetulkan kedudukannya.

Sepanjang perlawanan berlangsung, sedikitpun dia tidak faham dengan peraturan muay thai ini cuma sesekali itu dia lihat Ian gunakan siku untuk menutup wajahnya ketika pihak lawan menumbuk.

Tak lama kemudian, perlawanan berakhir apabila kelihatan Hatashi terbaring longlai di atas gelanggang.

"3,2,1! Phyton berjaya menewaskan Hatashi Saidako di ajang mingguan ONE Night Muay Thai Championship kali ini dengan KO di pusingan kedua untuk perlawanan akhir kategori lelaki. Tahniah!"

Mendengar sahaja isytihar pengadil perlawanan itu, Alessandra tidak dapat mengawal rasa gembira di dalam hati meskipun dia langsung tidak faham aturan perlawanan muay thai ini.

Mereka semua bersorak teruja. Alessandra lihat beberapa orang siap berdiri memberikan tepukan yang gemuruh. Ian pula sujud syukur di atas gelanggang. Haih, happy sangat itu bang?

"Any tips or last words, Phyton?" tanya pengadil perlawanan yang memegang mikrofon.

Ian mengelap darah di pinggir bibirnya. "Tips yang aku mampu berikan cuma percaya pada Tuhan dan lakukan sehabis baik. And as for the last words, my Malaiqa."

Terperengah Alessandra apabila namanya keluar dari mulut Ian. Di depan khalayak ramai pula itu!

Tiba-tiba, satu ruangan mula tercari-cari gerangan yang disebutkan oleh petinju muda itu. Cari Alessandralah siapa lagi.

"Siapa Malaiqa?" Suara-suara mula mencari.

Alessandra mengetap bibirnya. Aduhai, ini yang dia tidak gemar. Ian suka lakukan perkara di luar jangkauannya.

"Siapa Malaiqa?" tanya gadis di sebelahnya pula.

Alessandra mengangkat bahu berkali-kali. "T-tak tahu, tak tahu."

"Perempuan yang paling cantik dekat sini, itu perempuan aku. Alessandra Malaiqa, kau jangan nak menyorok." Bergema suara Ian melalui corong mikrofon.

Tiada jawapan.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now