Raykal terus menjelir lidahnya  kepada Aira. Tuan back up aku, buerkk!

Ariff berjalan menaiki tangga dan terus memasuki bilik setelah membuka pintu.

Tubuh Aira diletakkan diatas katil. Aira memeluk tubuh.

"Kau ni kenapa? Dengan lelaki pun nak jeles ke?" Soal Ariff. Yer nok. Dengan lelaki pun jeles kemain kau.

"Awak tu saya punya. Mana boleh lelaki senget tu rapat-rapat dengan awak." Balas Aira perlahan. Muncungnya usah dikatakan, sudah seperti itik.

"Ceh, tu tak bagi madu lagi, kalau bagi madu ni, entah apa jadinya." Tangan naik memeluk tubuh seraya berkata begitu. Aira terus menjelingnya.

"Haih.." Ariff mula melabuh punggung disebelah Aira. Dia memandang lama wajah Aira, tapi malangnya. Tatapannya tidak dibalas.

"Kau period ehh?" Soal Ariff lembut. Aira hanya mengangguk sebagai jawapan.

Ariff mengeluh perlahan. Patut lah perangai pelik-pelik, hormon tak stabil rupanya.

"Awak... Nak anggur." Kata Aira. Dia membuka tudung dan mula merehatkan kepalanya dipeha jejaka itu. Tangan Ariff mula mengusap lembut rambut itu.

"Kau mengandung ker?" Soal Ariff, nak anggur, macam mengidam jer pun.

"Ish. Saya period, mana ada mengandung." Dia memandang wajah Ariff dari bawah. Apasal makin hensem sia? HAHAHA.

"Ouh, lupa." Ariff sibuk dengan urusannya, bermain rambut Aira.

Aira bangun dari baringnya lalu menggapai telefon canggihnya. Baru dia ingin meletakkan kepala diatas peha jejaka itu, Ariff lantas menolaknya.

"Kejap sayang. Aku baru ingat ada benda tak buat lagi." Ariff bangun dari duduknya dan berlalu ingin keluar dari bilik itu.

Cih! Menyesal bangun.

"Pergi mana?"

"Pergi bilik kerja." Balas Ariff. Kelibatnya semakin menghilang dari pandangan.

Aira berniat ingin mengejarnya tapi malas. Aira kembali berbaring diatas katil itu dan mula bermain telefon.

.
.
.

Aira mengeliat setelah lama bermain telefon. Dia memandang jam didinding.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Sudah 2 jam suaminya menghilang. Dia bangun dari baringnya dan turun kebawah untuk membancuh air.

Disebabkan air kegemaran mereka sama, air matcha, Aira membuat dua gelas sekali gus. Usai bancuh, Aira berjalan perlahan menaiki tangga, kang kalau naik macam gergasi jatuh pecah pula gelas tu.

Aira Mengeluh perlahan sesampai sahaja ditingkat tiga. Bilik kerja Ariff ditingkat tiga, itu yang kena naik tinggi-tinggi.

Ni semua author punya fasal lah buat tingkat banyak-banyak sangat. Kan dah penat si Aira tu memanjat.

Alah tak per, kurus, kurus.

Ehh, tiber.

Dedaun pintu ditolak perlahan sesampai sahaja Aira dimuka bilik.

"Awak.." suara lembut Aira mula kedengaran di cuping telinga Ariff.

Aira tersenyum manis sambil berjalan mendekati Ariff. Ariff memandang Aira sehinggalah Aira berada ditepinya.

"Nah. Saya buatkan air matcha, kalau tak sedap tak tahu lah." Aira meletakkan muk itu disebelah kanan laptap Ariff.

"Thanks, sayang." Kata Ariff tersenyum manis. Aira apa lagi? Mengeletis suka lah member.

"Awak buat apa?" Soal Aira. Dia bosan sebenarnya, nak main telefon pun dah takde apa.

Soalan Aira tadi dibiar tergantung. Aira yang tidak berpuas hati langsung berjalan dan duduk diatas peha Ariff. Tangan naik merangkul dileher Ariff.

Ariff mengerut kening. Amboi engkau. Gediknya. Siapa ajar ni?

Ehh, ehh. Bukan author erk.

"Awak sambung buat kerja awak. Saya bosan jer." Kata Aira sambil tersengih. Ariff hanya membiarkannya dan sambung melakukan kerjanya yang tergendala tadi.

Lama Ariff memandang laptop, dia mengeluh seketika.

"Tangan tu duduk elok-elok lah." Ariff menarik tangan Aira turun dari terus bermain dimukanya.

"Cantiknya skin awak. Macam mana awak buat?" Soal Aira dengan mata menyinar.

Ternyata beginilah kalau melihat wajah tampan suamiku dari dekat.

Ulang balik, suamiku yer, bukan suami awak.

"Tak buat apa-apa pun." Ariff memandang kembali laptopnya. Ariff mengeluh lagi apabila Aira bermain tangannya yang sibuk menekan tetikus.

"Sayang.."

"Saya bosan lah." Aira mula membuat muka comelnya.

"Jom main dengan aku nak?" Soal Ariff dengan senyuman nakalnya.

Haa... Sudah.

SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLETE)Where stories live. Discover now