Tengku Seducer: 12

Start from the beginning
                                    

"That's not how it works, tengku. I kena pastikan you jatuh tersungkur depan orang ramai dengan jatuhkan reputasi you. Bukan sekadar jatuh cinta dengan I." Perlahan-lahan Alessandra memusingkan badannya menghadap jejaka itu sepenuhnya. Susah pula apabila dia tidak melihat wajah Ian apabila bercakap.

"Stop calling me tengku." Ian mencerlung tajam ke arah Alessandra. Dia tidak sukakan gelaran itu.

"Why? You memang anak tengku. Tak kisahlah you anak kandung atau anak angkat Tengku Kafrael itu, he's technically still your father. Darah dia mengalir dalam darah you."

"Kalau macam itu.." Ian menggigit bibir bawahnya dengan muka yang nakal.

"Aku gigit kaulah biar darah kau bersatu dengan darah aku," nyatanya selari dia menarik kekura tangan Alessandra dan digigit lembut.

"Ouch, sakitlah!" Alessandra menggosok tangannya yang terasa sakit dek gigitan Ian. Habis berbekas. Dia ini vampire ke apa?

Bergema satu ruangan dengan tawa Ian yang meletus.

"Anyway, aku boleh tolong kau jatuhkan reputasi Dilan dengan syarat kau pun kena tolong aku," cadang Ian.

"Sekarang you tengah cuba nak buat deal apa pula dengan I? Tak cukup dah gigit I?" Alessandra berkerut seribu. Tangannya mencicip sedikit air kopi yang dibuatnya tadi. Kalau nak tunggu habis melayan si Ian ini, memang sejuk bekulah airnya.

"It'a a fair-fair situation Malaiqa. Kau dapat apa yang kau nak selama ini, dan aku pun akan dapat apa yang aku nak," balas Ian. Dia cuma merenung bibir Alessandra yang dari tadi bergerak meminum kopi.

"I tak faham apa yang ada dalam fikiran you sekarang ini."

"Then try to read my mind. Manusia memang makhluk yang kompleks. Kau tak akan faham seseorang kecuali kau duduk dekat tempat dia. So, come on greatest seducer," cabar Ian.

"You... nak gunakan I untuk balas dendam pada kawan baik you?"

"Bingo." Ian menjarakkan tubuhnya daripada terus menghimpit Alessandra. Risau pula tak bernafas anak orang itu.

"Jadi apa yang you harapkan I buat?"

"Kahwin dengan aku."

Sebaris ayat itu membuatkan Alessandra berdiri tegak dari terus bersandar di kabinet. Hampir sahaja terlepas cawan kopi daripada genggamannya. Lelaki ini sudah hilang akal ataupun dia yang salah dengar?

"Kahwin? You ajak I kahwin gaya semudah order ais kacang dekat kedai." Alessandra memerli.

"Memang semudah itu pun. Kau cuma perlu terima lamaran aku dan kita kahwin." Ian mencebik.

"Jangan sebut tentang kahwin seolah-olah itu satu permainan untuk tengku."

Wanita itu memberikan amaran. Hilang terus wajahnya yang manis tadi. Sudah dia agak Alessandra tak akan bersetuju.

Ian menghela nafas mengeluh. "Look. Aku tak main-main Malaiqa. Kita kahwin, aku akan bayar kau. Lagipun, kau buat kerja rahsia ini semua disebabkan duit kan? Lepas kita kahwin kau tak perlu buat semua ini lagi. Kau cuma perlu sumpah setia dengan aku sebagai suami kau."

Alessandra terdiam. Lebih kepada dia berperang dengan mindanya sendiri. Ada benarnya kata Ian itu, tapi mustahil untuk dia berkahwin dengan lelaki yang langsung tak cintakan dia. Malah, perasaan yang ada pada dirinya terhadap Ian pun sekarang ini cuma perasaan selesa sebagai seorang kawan. Kut.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now