Tengku Seducer: 10

Start from the beginning
                                    

- Lemah, tidur awal macam baby.
- See you Malaiqa.

Ian tersenyum sendirian. Dia meletakkan sebelah tangannya di belakang kepala. Dirinya sibuk membayangkan wajah Alessandra.

"Seronok semacam? Terbayang Malaiqa kau?" tegur Dilan dengan sengihan.

Ian mendecit. "Sibuklah kau."

"Jangan angau tanpa sedar Ian. Tahu-tahu nanti kau jatuh melutut dengan kata-kata kau sendiri."

"Ini Ian Hayflah. Aku tak mudah jatuh cinta." Ian mendabik dada.

"Kau cakap macam itu sebab kau taknak terima hakikat yang Malaiqa kau itu ada kuasa magik untuk goyahkan perasaan kau pada Qas. Mengaku jelah Ian." Dilan bangun untuk mencapai tuala di ampaian. Dia mahu membersihkan diri sebelum beradu.

Ian menutup telinganya yang berdesing disebabkan bebelan Dilan. Dia lantas bangun meninggalkan kawannya. Lebih baik dia habiskan masa di dalam biliknya sendiri. Nak rindu Alessandra pun tiada siapa yang akan kacau.

Eh?




RUANGAN pejabat Madam Laia sunyi sepi hanya kedengaran bunyi aircond. Hari ini, Madam Laia memanggil mereka semua untuk mengetahui perkembangan Misi Memikat Tengku Dilan. Ada juga klien mereka, cik Natasya.

"Sandra, how's Tengku Dilan? Dia okay?" Madam Laia memulakan perbincangan.

Alessandra tersenyum. "He's fine. Kami dah semakin rapat dan I boleh jamin tak lama lagi dia akan jatuh cinta dengan I."

Kedengaran tawa sinis cik Natasya yang duduk di hujung sofa. "You dapat keyakinan dari mana? You tahu tak Tengku Dilan itu lelaki yang penuh muslihat? Hari ini kata sayang, esok lusa dia tendang."

"I yakin cik Natasya. I dah lama dalam bidang ini, jadi I tahu cara I buat kerja." Alessandra cuba memaniskan mulutnya sehabis baik. Kalau dia bersikap kurang ajar, nanti dia juga yang akan menanggung akibat.

"Cik Nat, Sandra is our best seducer. Ramai dah golongan bangsawan yang dia dah tumpaskan. Tengku? Raja? Just name it," selar Dahlia. Dia amat tidak gemar jikalau ada yang menghina Alessandra.

"I tahu sebab itu I percayakan all of you untuk balas dendam bagi pihak I. I nak Dilan rasa betapa sakitnya apabila kita ditipu dan dikhianati orang yang kita sayang," jawab Natasya.

"Apa yang Dilan itu buat dekat cik?" celah Dahlia. Dia tak dapat menahan rasa ingin tahu.

"Dia tipu I. Dia cakap dia cintakan I tapi tak. I dapat rasakan dia cuma nak badan I. I patut dengar cakap kawan-kawan I, diorang dah pesan yang Dilan itu playboy." Natasya mengelap air matanya yang tiada. Dramatik sahaja.

Padahal, dia pun masih dambakan tengku Dilan. Aura lelaki itu lain daripada lain.

Alessandra mengerutkan dahinya. Sepanjang perkenalan dia dengan Ian, dia rasakan lelaki itu tak sama langsung dengan buah mulut orang. Lelaki itu.. baik. Aneh, dia lelaki yang nakal tapi baik. Jarang sekali lelaki itu mengambil kesempatan ke atas dirinya.

"It's okay, cik Nat. Don't worry, kami semua akan selesaikan," balas Madam Laia.

Perginya cik Natasya, tinggallah Madam Laia, Alessandra dan Dahlia di dalam pejabat.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now