Azrael melajukan kakinya membawa Leanna pergi dari situ tanpa menghiraukan Leanna.

Mata sempat berpaling ke arah Natasya.

Wajah gadis itu masam mencuka.

Azrael tersenyum puas. Sangat puas!

Bukan you saja yang tahu menyakitkan hati orang, Sya. And I boleh buat lebih lagi dari apa yang you nampak tadi.














Mata Leanna tajam menikam ke arah Azrael yang baru saja keluar dari kereta. Pandangannya sarat dengan rasa marah melihat figura lelaki yang paling menjengkelkan di dunia.

Kenapa nasib malang selalu singgah di dalam hari yang dijalaninya jika dia bertemu dengan lelaki bernama Azrael ini?

Tak pernah aman langsung!

"Tak ada kaki nak keluar?" suara Azrael dan pintunya yang terbuka itu mengejutkan Leanna.

Tanpa banyak bicara, Leanna terus keluar dari kereta. Mata tidak lepas dari menjeling ke arah Azrael sebelum memandang sekeliling.

Dah kenapa nak bawa aku pergi pantai tengahari buta begini?

"Sampai bila you nak berdiri tercegat di situ? Ingat I ada masa nak heret you?" Azrael bersuara lagi apabila melihat Leanna langsung tidak berganjak.

Aik?

"Dia heret tangan kita keluar dari kolej tadi banyak pula masa dia?! Sekarang macam kita pula yang gatal nak keluar dengan dia." bebel Leanna perlahan.

Kalau diikutkan hati, batu-batu yang ada di pasir ini rasanya sudah selamat di baling di atas kepala si Azrael tak guna tu.

Bersama omelan yang kurang jelas, Leanna membuntuti setiap langkah Azrael dari belakang sehingga lelaki itu berhenti di sebuah batu besar.

Punggung terus dilabuhkan pada tersebut.

"Duduklah. Semua benda I nak kena paksa ke?" lengan Leanna ditarik memaksa gadis itu duduk di sebelahnya.

Leanna mendengus geram. Rasa nak tumbuk saja lelaki di sebelahnya ini. Sepatutnya Leanna yang harus marah tapi kenapa sekarang macam dia yang buat salah?

Azrael diam sambil menikmati pemandangan laut. Matanya langsung tidak lari dari melihat ombak kecil yang sering menampar gigi pantai.

Cuaca redup serta bunyi merdu ombak menenangkan perasaan Azrael dan Leanna. Masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri.

"Jadi awak buat semua ini disebabkan Natasya?" tanpa Leanna sendiri sedar, soalan itu terpacul dari mulut.

Sedar dengan kesilapannya, Leanna tidak mungkin dapat menarik semula pertanyaan bodohnya tadi.2

"Maksud you?" Azrael memandang Leanna di sebelah.

"Awak tidur dengan saya. Cium saya depan semua orang. Semua tu semata-mata untuk awak sakitkan hati Natasya kan?" Leanna berterus terang.

Kejadian di cafe tadi membuatkan Leanna sedar apa tujuan Azrael mendekatinya selama ini.

"Jahatnya awak pada saya, Azrael. Kenapa mesti saya yang awak pergunakan untuk balas semua dendam awak? Apa salah saya? Awak pentingkan diri sendiri. Maruah saya, awak pijak-pijak macam saya tak ada perasaan langsung." air mata Leanna mula bergenangan.

Tak sangka nasibnya bakal semalang ini. Apatah lagi setelah dia mengetahui ada satu nyawa yang sedang hidup di dalam rahimnya.

Melihat keputusan positif pada pregnancy test yang dilakukannya pagi tadi hampir membuatkan roh Leanna pergi meninggalkan jasad.

Mimpi buruk yang ditakuti selama ini akhirnya menjadi realiti.

Dia mengandung.

Dia mengandungkan anak Azrael.

Tuhan, apa yang harus aku lakukan sekarang?

Jiwa Leanna sedang berkecamuk. Dia mungkin tampak tenang tapi tidak hati dan fikirannya.

Leanna rasakan kehidupannya sudah hancur. Hancur sehingga jadi debu. Perit baginya untuk menelan kenyataan ini.

Hamil pada usia semuda ini adalah satu bencana dan nasib yang amat malang bagi Leanna. Dan semua ini tidak akan terjadi jika dia tidak mengenali Azrael.

Azrael yang harus dipersalahkan!

Tapi mengapa dia yang menerima akibatnya?

"Saya benci awak, Azrael." ucap Leanna perlahan. Kepalanya tunduk menekur memandang pasir putih di bawah.

Sekali lagi Azrael berpaling ke arah Leanna. Entah mengapa kalimat itu bagai menusuk di hati Azrael. Sakit.

"A-apa dia?" tanya Azrael seakan tidak mendengar.

"Awak hancurkan hidup saya. Awak musnahkan masa depan yang saya perjuangkan. Hanya kerana dendam awak pada Natasya, maruah saya yang dipertaruhkan. Semua itu lebih dari cukup untuk saya membenci manusia seperti awak."

Azrael terkesima. Melihat air mata Leanna yang jatuh seakan satu sumpahan buatnya sehingga setiap satu tutur kata gadis itu tidak mampu di balas.

"Apa lagi yang ada pada diri saya yang awak nak, Azrael? I have nothing. Awak dah musnahkan semuanya." esakan Leanna semakin kedengaran. Di situ dia hamburkan segala rasa yang sarat di hati.

"Lea, I-" tangan Leanna disentuh lembut.

"Jangan sentuh saya!" tangan Azrael di tepis kasar lalu Leanna bingkas bangun.

"Saya harap hari ini adalah hari terakhir saya jumpa awak. Saya dah penat sangat jadi boneka awak, Azrael. Kalau awak nak ugut saya untuk tunjuk video kita pada semua orang sekalipun, saya dah tak kisah. Buatlah kalau itu yang boleh puaskan hati awak. I'm fucking done." Leanna berundur dan terus berpaling meninggalkan Azrael di situ.

Azrael bingkas bangun dan cuba menghalang Leanna agar tidak pergi.

"Lea, dengar dulu-"

"Lepaslah, Azrael! Saya benci bila awak sentuh saya. Saya rasa jijik!" bentak Leanna kuat.

Amarah Leanna benar-benar memuncak. Cukup dia pendam selama ini.

"Lepas ini saya merayu pada awak. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi. Saya tak nak jumpa awak dan saya tak nak lagi ada kaitan apa-apa dengan awak. Anggap saja apa yang kita pernah buat selama ini tak pernah berlaku and we're not know each other.

Azrael hanya terkaku di situ melihat pemergian Leanna.

Air mata Leanna.

Wajah benci Leanna memandangnya.

Dan setiap tutur kata Leanna itu seakan menghiris jiwanya.

Pedih. Sakit.

Dan ada rasa kehilangan di dalam dirinya.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now